This is about a story of Judge Jasper Yeates, an American that became one of the famous Mixed Court Judge in Egypt. I came across his name when I was a graduate student at SOAS more than 20 years ago. Mixed Court was perhaps an origins to the Egyptian National Court established soon after the abolition of the Mixed Court in 1950. Together with it was the introduction of Egyptian Civil Code 1949 which was considered by its drafter Profesor Dr. Abdul Razzaq al-Sanhuri included it its provision teachings and influence from the Islamic Sharia. This material is intended for my IUGH6113 class, but everyone is welcome to read and thanks to Saudi Aramco.
Saudi Aramco World : Jasper Yeates Brinton: an American Judge in Egypt
Perspektif bertujuan memaparkan pandangan peribadi penulis terhadap pelbagai isu-isu semasa perundangan Islam bagi tujuan perbincangan dan perkongsian bersama. Perspektif is writer's view relating to contemporary issues in Islamic law for discussion and mutual sharing.
Sunday, 17 February 2013
Sunday, 10 February 2013
Ulasan Buku "Albani and His Friends"
Gibril Fouad Haddad (2009), Albani and His Friends: A
Concise Guide to the Salafi Movement, 2nd Edition (Revised and
Expanded) (First Published in 2003), Birmingham: AQSA Publication. 248 pages,
ISBN 978-0-9547540-2-0.
Buku ini adalah respon aliran mazhab kepada beberapa
dasar fahaman salafi/wahabi yang difokuskan kepada beberapa ikon aliran
berkenaan. Yang dimaksudkan aliran mazhab di sini ialah mazhab yang empat
termasuk pegangan mereka dalam perkara akidah yang berasaskan kepada aliran Ash’ariyyah
dan Maturidiyyah serta aliran Tasauf. Albani dipilih oleh penulis sebagai tajuk buku
ini kerana pengaruhnya sebagai ideologue moden dalam aliran salafi/wahabi
terutama kesan pemikirannya kepada pengajian ilmu hadis. Sungguhpun penulis
menyenaraikan 21 tokoh aliran ini termasuk Albani sendiri, namun perbincangan
nampaknya tertumpu kepada enam tokoh iaitu Abd Aziz bin Baz (bekas Mufti Arab
Saudi), Abu Bakr al-Jaza’iri, Muhammad al-Khumayyis, Muhammad Salih al-Uthaymin,
Ihsan Ilahi Zahir dan Albani. Kesemua tokoh-tokoh ini dari Timur Tengah
melainkan Ihsan Zahir dari Pakistan yang terbunuh pada bulan Mac 1987 dalam
satu letupan bom. Sungguhpun tajuk buku ini mengenai rakan-rakan seperjuangan
Albani sangat sedikit penerangan yang diberikan mengenai latar belakang mereka
termasuk Albani. Perbincangan penulis banyak tertumpu kepada apakah pandangan
dan pegangan golongan ini yang dianggap bercanggah dan bertentangan dengan
fahaman mazhab. Malah pendahuluan buku ini menjelaskan maksud perkataan Salaf
dan siapakah yang dikatakan sebagai Salafi. Mengikut penulis golongan Salaf ialah
mereka yang hidup di period awal Islam yang termasuk di dalamnya imam-imam
Mazhab yang empat sehingga ketahun 400 Hijrah (h.14). Masyarakat Islam yang
hidup selepas zaman ini dianggap sebagai golongan khalaf atau muta’akhkhirun.
Penjelasan ini adalah untuk menolak dakwaan golongan salafi/wahabi yang penulis
sifatkan sebagai satu bentuk pseudo-salafiyya (atau mungkin dapat diterjemahkan
dengan salafiyah kazibah). Isi kandungan atau perbincangan buku ini
adalah tidak tersusun dalam ertikata terdapat beberapa topik yang diulang-ulang
di sana sini namun dengan penjelasan yang berbeza. Tokoh yang paling banyak
mendapat perhatian penulis adalah Ibn Baz iaitu sebanyak 72 halaman (hampir
satu pertiga daripada buku ini). Ini tidak mengherankan kerana Ibn Baz dianggap
sebagai spiritual leader salafi/wahabi masa moden kerana kedudukannya
sebagai Mufti Arab Saudi yang berpengaruh dari segi kedudukan politik dan kewangan.
Perbincangan kritikan atau kutukan (atau dalam keadaan tertentu takfir) salafi/wahabi
terhadap aliran mazhab boleh dibahagikan kepada empat yang utama iaitu akidah,
amalan, tradisi pengajian dan perbezaan fiqh. Perbezaan utama akidah
salafi/wahabi yang dianggap menyeleweng oleh aliran mazhab ialah pegangan
terhadap pendekatan tajassum/mujassimah atau anthropomorphism di dalam
perbincangan sifat-sifat Allah. Perkara ini bukanlah perkara baru dalam
perbincangan akidah secara ilmu kalam dalam tradisi keilmuan Islam, namun ianya
melebar kerana propaganda golongan salafi/wahabi melalui gerakan keagamaan
dalam bentuk bantuan kewangan kepada institusi pendidikan atau tokoh-tokoh
tempatan yang menyokong idealism salafi/wahabi dan juga melalui penyebaran
bahan bacaan secara percuma yang mencabar kedudukan dan pegangan aliran mazhab
di kebanyakan negara dan masyarakat Islam. Sebagai contoh golongan
salafi/wahabi telah menghidupkan semula serta mengedarkan secara percuma penulisan
Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim yang telah ditolak oleh ulama aliran Ash’ariyyah
seperti Fatwa Hamawiyya dan al-Qasidah al-Nuniyyah (h.92-93).
Pengerakan salafi/wahabi juga turut menyentuh amalan-amalan keagamaan mazhab
yang dilabel sebagai bid‘ah atas alasan yang mudah iaitu ianya tidak
wujud di zaman Rasulullah s.a.w. Barangkali mungkin benar ada di antara amalan
itu yang bertentangan dengan nas-nas al-Quran atau al-Sunnah, namun justifikasi
kritikan dan pemerangannya itu adalah keras dan radikal. Penulis buku ini membawa
beberapa contoh kritikan tersebut seperti (1) dakwaan bahawa sambutan mawlid
dan (2) berdiri di hadapan makam Rasulullah s.a.w. dengan memberi salam dan berdoa
sebagai bid‘ah, (h.41). Bahkan terdapat kenyataan-kenyataan yang
menghiris dikeluarkan seperti oleh Abu Bakar al-Jaza’iri bahawa “daging yang
disembelih sempena perayaan mawlid itu terlebih haram daripada daging
babi” (h.133) dan bapa serta ibu kepada Rasulullah berada di dalam neraka
(h.131). Sebagai respon kepada kritikan ini penulis telah memberi jawapan
dengan merujuk kepada penjelasan Imam Syafi‘i mengenai bid‘ah kepada mahmudah
dan mazmumah (h.235). Kritikan ini juga berbentuk kecaman dan penghinaan
seperti desakan supaya makam Rasulullah diubah keluar dari masjid dan kubah
hijau masjid Nabi dirobohkan serta kenyataan bahawa umat Palestin seharusnya
keluar daripada Palestin dan biarkan sahaja ianya ditawan oleh Israel sebagai
sebuah negara kafir. Kenyataan sebegini bukan sahaja menghiris umat Islam di
tempat dan negara lain bahkan juga di Arab Saudi yang mana akhirnya Raja Faisal
memerintahkan Albani dikeluarkan daripada Madinah. Beliau selepas itu menetap
di Amman Jordan dan meninggal dunia di sana pada bulan Oktober 1999.
Sheikh Albani |
Golongan
salafi/wahabi, terutama melalui Albani juga dilihat cuba untuk membentuk
pemikiran baru dalam tradisi pengajian Islam dengan menolak mazhab terutama
mazhab Hanafi yang dikatakan dicemarkan oleh pemikiran falsafah golongan Ash’ari
dan muktazilah. Oleh yang demikian mereka menolak Usul al-Fiqh kecuali al-Risalah
oleh al-Shafi‘i, al-Ihkam oleh Ibn Hazm dan al-Muwafaqat oleh
Shatibi (h.55). Asas rujukan fiqh bagi mereka adalah al-Quran dan al-Sunnah
yang harus diambil tanpa pengaruh fahaman mazhab. Bahkan mereka memperkecil dan
menghina mazhab dengan kata-kata al-tawaghit al-arba’ah dan mengelar
Imam Abu Hanifah sebagai ulama awwam (h.54-55). Sebagai gantinya mereka
menabal Albani sebagai pakar ulung dalam bidang hadith dan meletakkannya pada
taraf yang sama dengan Imam al-Awza‘i serta Imam-imam Mazhab yang empat
(h.173). Perbezaan dalam kaedah pemahaman nas-nas Syarak ini akan menyebabkan
timbulnya perbezaan pada amalan fiqh yang selama ini diamalkan oleh umat Islam
yang lain seperti lafaz niat dalam sembahyang, menyapu muka selepas berdoa,
membaca qunut pada waktu solat fajar, membaca al-Quran atau doa kepada simati,
amalan menziarahi keluarga dan sahabat handai pada hari raya dan pelbagai lagi.
Perkara ini adalah masalah cabang yang mungkin tidak menimbulkan persoalan,
namun golongan salafi/wahabi atas alasan puritanism mereka mencerca
amalan-amalan ini sebagai bid‘ah dan bertentangan dengan sunnah. Tidak
memadai dengan itu mereka juga melabel golongan yang tidak bersama mereka
sebagai sesat dan kadang-kadang kafir seperti mereka menuduh golongan tasauf
sebagai mengikut fahaman yahudi, zoroastrinism dan dualism. Bahkan mereka
menuduh al-Qastallani, seorang Imam Muhadithin pensyarah Kitab Sahih Bukhari
sebagai seorang ektremis yang gemar kepada kubur (h.164). Begitu juga perbuatan
Albani dengan membahagikan al-Jami‘ Tirmidhi kepada dua iaitu Sahih
Tirmidhi dan Da’if Tirmidhi di mana semua ulama Hadith masa kini
menganggapnya sebagai satu bentuk penghinaan kepada Imam Tirmidhi (81). Kesimpulannya
buku ini cuba untuk mendedahkan beberapa dakwaan/tuduhan serta cercaan golongan
salafi/wahabi yang dikepalai oleh Albani terhadap aliran mazhab dan apakah
respon kepada dakwaan dan tuduhan itu. Penulis buku ini berasal dari Lubnan dan
memeluk agama Islam semasa melanjut pengajiannya di Universiti of Columbia New York.
Sheikh Gibril Fouad Haddad |
Wednesday, 6 February 2013
Ulasan Buku "Islamic Banking and Finance"
Munawar Iqbal (ed.) (2001), Islamic Banking and Finance: Current Developments in Theory and Practice, Leicester, UK: Islamic Foundation. 449 halaman termasuk indeks.
Buku ini berasal daripada tajuk-tajuk kertas kerja terpilih seminar yang dibentangkan di Fourth International Conference on Islamic Economics and Banking di Universiti Loughborough, UK pada tahun 2001. Mungkin ulasan buku ini sudah terlewat memandangkan ianya sudah diterbitkan 11 tahun yang lalu. Namun apa yang menarik ialah isu-isu yang dibentangkan telah menjadi realiti pada masa kini. Sebagai contoh ialah cadangan penulis supaya ditubuhkan sebuah badan antarabangsa bagi tujuan regulasi dan penyeliaan badan-badan kewangan Islam telah ditubuhkan pada tahun 2002 melalui IFSB. Perbincangan buku ini dibahagikan kepada tiga iaitu (1) perkembangan terkini teori perbankan dan ekonomi Islam, (2) verifikasi teori melalui survei dan (3) amalan perbankan dan kewangan Islam. Ketiga-tiga bahagian ini dibincangkan dalam 19 bab yang ditulis oleh pakar-pakar dan pengamal kewangan dan perbankan Islam. Kebanyakan daripada mereka (bahkan keseluruhan mereka) terdiri daripada ahli-ahli ekonomi dan kewangan moden yang mendapat pendedahan mengenai sistem muamalat Islam. Editor buku ini dalam pendahuluannya membawa ringkasan latarbelakang senario perbankan dan kewangan Islam dengan memaparkan pengalaman negara-negara Islam seperti Pakistan, Iran, Sudan dan Malaysia. Sungguhpun ketiga-tiga negara-negara yang pertama ini mendapat sokongan pemerintah dan terdapat perubahan perundangan dan kehakiman dalam sistem kewangan dan perbankan Islam mereka, namun perkembangan terkini menunjukkan Malaysia lebih berdaya maju. Dari segi perkembangan teori terkini perkara yang dibincangkan meliputi larangan gharar dalam aktiviti perbankan dan kewangan, persoalan moral hazard atau bahaya moral, penggalakan penggunaan kontrak perkongsian untung dan persoalan pasaran saham. Kebanyakan isu-isu ini sudah selesai atau sudah menjadi perkara akademik. Sebagai contoh perdebatan mengenai keharusan pasaran saham. Manakala dari segi survei yang dilakukan bagi mengesah teori banyak memberi tekanan kepada persoalan kontrak perkongsian untung rugi. Perbincangan mengenai amalan perbankan dan kewangan Islam adalah pelbagai namun terdapat kecenderungan untuk membuat pembandingan dengan perbankan dan kewangan konvensional dari segi perkembangan dan saiz. Isu-isu ini diringkaskan oleh editor di bahagian pendahuluan buku ini di mana beliau menyatakan dari segi teori terdapat lima perkara yang perlu dikaji dan diperdebatkan iaitu (1) penyertaan perbankan dan kewangan Islam dalam pasaran ekuiti, (2) isu peminjam yang munkir dan penalti kewangan, (3) pengindeksan, (4) kejuruteraan kewangan dan (5) pengurusan risiko dalam tujuh aspek iaitu: akad murabahah, akad salam, akad istisna‘, penggunaan LIBOR, keuntungan bayaran akad mudarabah, penggunaan hedging dan persoalan risiko kecairan kerana kekurangan instrument kewangan dan pergantungan kepada akaun deposit. Isu-isu ini kebanyakannya sudah selesai dijawab dan di atasi. Begitu juga editor meringkaskan beberapa cabaran yang menyentuh operasi perbankan dan kewangan Islam juga kepada lima perkara iaitu: (1) penubuhan institusi kewangan dan perbankan Islam mega di peringkat antarabangsa, (2) pengukuhan dari segi regulasi, pengawasan dan penyeliaan, (3) penubuhan pasaran wang Islam, (4) kerangka tadbir urus yang lebih telus dan mantap dan (5) meningkatkan lagi penggunaan mode perkongsian untung rugi. Sebagaimana di teori kebanyakan isu ini sudah diselesaikan. Namun begitu persoalan perkongsian mode untung rugi masih belum dirungkai sepenuhnya iaitu perkembangan yang berlaku ialah daripada penggunaan akad murabahah telah bertukar kepada ijarah dantawarruq. Dalam konteks Malaysia penggunaan Bay‘ al-‘Inah yang kontroversi itu sudah dilumpuhkan dengan arahan terbaru Bank Negara Malaysia supaya semua bentuk komunikasi atau conditionality yang memaklumkan syarat ‘inah mesti dielakkan. - (boring kan ulasan ini!)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kurang Kesedaran Pengguna Punca Peningkatan Sijil Halal Palsu?
Mengikut laporan akhbar pada 21/12/2024 kurangnya kesedaran pengguna antara punca peningkatan sijil halal palsu atau penyalahgunaan sijil be...
-
Yang dimaksudkan dengan sekuriti makanan ialah keadaan di mana terdapatnya bekalan makanan yang mencukupi secara tetap dan makanan tersebu...
-
12 Mei 2017 (Balai Ilmu, APIUM) Forum ini diwacanakan oleh gabungan tiga ahli panel terdiri dari ahli akademik, pengamal sukan diving ...
-
Kealpaan Membawa Padah: Tidak Patuh Syariah pada akad Bai ‘Inah dalam Kes FLH ICT Services & Anor v. Malaysian Debt Ventures Bhd [2016...