Tajuk keratan akhbar di bawah hanyalah satu bentuk endorsmen kepada sesuatu yang mungkin tidak perlu. Tidak dimungkiri bahawa terdapat keadaan yang perlu bagi mengadakan proses seperti yang dilaporkan. Sebagai contoh bagi staf atau pelajar yang bernikah dengan warga asing di negara mana perkahwinan tersebut berlangsung. Namun dalam konteks apa yang berlaku di Selatan Thai ialah seolah-olahnya perluasan pentadbiran jabatan agama Islam negeri-negeri Malaysia di wilayah-wilayah selatan Thailand. Ini adalah kerana rata-rata yang mendaftar pernikahan berkenaan adalah rakyat Malaysia yang mana perkahwinan pasangan berkenaan boleh diproses di Malaysia sendiri. Sudah menjadi maklum mengapa pasangan berkenaan "bermusafir" ke wilayah-wilayah berkenaan bagi melangsungkan perkahwinan. Baik sama ada perkahwinan pasangan berkenaan didaftarkan di Konsulat Malaysia atau tidak, permohonan pengesahan perkahwinan berkenaan masih boleh dibuat ke Mahkamah Syariah di Malaysia. Hanya mereka akan berhadapan dengan beberapa proses siasatan yang mungkin memakan masa serta terdedah kepada hukuman yang selalunya dalam bentuk denda yang mudah untuk dibayar. Oleh yang demikian rungutan kenaikan kos pernikahan seperti yang dilaporkan di bawah, akibat dari pertambahan satu hari masa pemprosesan pengesahan oleh pihak Konsulat bukanlah isu besar yang perlu dibangkitkan. Ini adalah kerana proses itu sendiri seperti menyediakan kemudahan bagi tujuan pengesahan perkahwinan berkenaan di Malaysia nanti yang sudah tentu akan menjimatkan masa dan kos bila berurusan dengan pihak Mahkamah Syariah memandangkan dokumen-dokumen penting sudah secara rasmi disahkan oleh pihak Konsulat sebagai bukti kukuh kesahihan perkahwinan berkenaan. Mungkin tujuan proses ini berniat baik bagi membantu pasangan terlibat memudahkan urusan mereka apabila kembali ke Malaysia. Persoalannya apakah pihak-pihak lain seperti isteri atau isteri-isteri bagi perkahwinan poligami atau wali atau penjaga bagi perkahwinan wali enggan atau bawah umur akan bersetuju dengan niat baik ini? Saya rasa kita tahu apa jawapannya.
Perspektif bertujuan memaparkan pandangan peribadi penulis terhadap pelbagai isu-isu semasa perundangan Islam bagi tujuan perbincangan dan perkongsian bersama. Perspektif is writer's view relating to contemporary issues in Islamic law for discussion and mutual sharing.
Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Saturday, 28 December 2024
Sunday, 17 November 2024
Saturday, 19 October 2024
Friday, 12 May 2017
The Role of Mediation: Sharia and English Law Perspective
Shariah and Law Department Guest Talk by Dr.Sobia Abdul Razaq, Senior Lecturer, University of Westminster, UK - Lecture delivered on 3rd August 2015.
Starting from April 2012 divorce petitioners need to attend mandatory mediation to avoid courts litigations. The mediation is done privately where there was about 200,000 cases of separation in a year. This requirement is expected to cut public legal aid cost on the divorce cases. The charge for mediation is only GBP100 - GB150 per hour compared to GBP10K - GBP20K for divorce petition lawyer's fee. Nonetheless the mediation is not successful in the UK particularly among the Muslim who avoid them because of cultural issues. Mediators are not necessary lawyers, although having a legal background is an advantage. Therefore mediation is not meant for highly controversial or high credited risk couple where issues are complicated. Its aim is to assist couple with straightforward or less complicated claims in order to lessen the burden of the court.
Since the mediation can be done privately, the UK Muslim Shariah Council (founded in 1984 registered as charity) offers the service to the Muslims. This council also undertake several other extra judicial processes mainly in regards to marriage (nikah), divorce (khul'), maintenance (nafkah) and other family related matters with fees by issuing certificates (for example the khul' fee is GBP400). Being a private institution, the Council has no power to enforce its decision and therefore has no standing in the UK legal system. The observation of the decision is mainly achieved by agreement and willingness of the parties involved. Similarly there is no written procedures to conduct hearings and the session is not presided by qualified or trained legal person. The hearings are informal meetings between the couple to seek advice and the end of the session the mediator or "Kadi" would make pronouncement. Since the the council has no enforcement power, financial settlement has to be brought to the Court. But there are also other concerns such as the hearings has no structural foundations that normally related to legal institution such as accountability, transparency and consistency in making decision. Because of these concerns and others Muslim petitioners prefer to go to the Court directly.
Saturday, 17 October 2015
Beberapa Fakta Perkahwinan Bawah Umur di Malaysia
Beberapa Fakta Perkahwinan Bawah Umur di Malaysia
(1) Angka-angka
Mengikut laporan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2010 terdapat sebanyak 82,00 wanita yang berkahwin di Malaysia berumur antara 15-19 tahun. Perkara ini menimbulkan persoalan kerana Malaysia telah menerima resolusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada tahun 2013 untuk menamatkan amalan perkahwinan secara paksa dan di bawah umur. Dari data statistik yang dikumpulkan oleh Voice of Children iaitu sebuah badan NGO yang bergabung di bawah Child Rights Coalition menunjukkan sejak dari 10 tahun yang lepas terdapat seramai 6,800 kanak-kanak wanita dan 4,600 kanak-kanak lelaki yang berumur di bawah 15 tahun yang berkahwin. Dari jumlah ini seramai 2,450 pasangan adalah dari etnik Melayu, 1,600 Cina, 600 India dan lain-lain kaum 600. Jumlah ini sebenarnya adalah anggaran kerana tiada data rasmi seperti bancian yang mengumpul maklumat sebegini ditambah lagi dengan dua sistem pendaftaran perkahwinan Islam dan sivil di Malaysia yang menyukarkan data-data dikumpulkan secara holistik dan menyeluruh. Namun begitu bagi pasangan yang beragama Islam jumlah yang dikumpulkan oleh pihak JAKIM menunjukkan pada tahun 2014 sebanyak 1106 permohonan perkahwinan di bawah umur telah diterima dengan sebanyak 971 kelulusan diberikan. Negeri terbanyak yang menerima permohonan perkahwinan (dan kelulusan) di bawah umur di Mahkamah Syariah bagi bulan Januari dan Februari 2014 ialah Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak 37 (21; 23), Kelantan 31 (23), Terengganu 15 (15), Johor 13 (12) dan Pahang 12 (10).
(2) Undang-undang dan Amalan
Undang-undang di Malaysia memperuntukkan umur minima bagi pasangan beragama Islam 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi wanita, manakala bagi pasangan bukan beragama Islam 18 tahun bagi kedua-dua jantina. Namun begitu undang-undang membenarkan perkahwinan di bawah umur dengan kebenaran Mahkamah Syariah bagi pasangan beragama Islam dan Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi pasangan bukan beragama Islam. Antara faktor-faktor yang diambil kira sewaktu mempertimbangkan permohonan perkahwinan di bawah umur ialah: (1) status ekonomi, (2) kematangan pasangan, (3) kesihatan dan (4) persetujuan kedua-dua keluarga pasangan. Dari segi amalan di Mahkamah Syariah pula Hakim akan memanggil kesemua pihak yang terlibat untuk menyiasat apakah sebab-sebab permohonan perkahwinan berkenaan, persetujuan pihak-pihak keluarga terutama pertanyaan kepada pasangan berkenaan apakah benar-benar mereka mahu berkahwin. Bagi memperkukuhkan proses permohonan ini, pihak kerajaan telah mewajibkan laporan perubatan dan laporan saikologi atau sosial kepada pihak Mahkamah dan Menteri Besar semasa menimbang sesuatu permohonan perkahwinan di bawah umur.
(3) Faktor-faktor Perkahwinan dan Isu Sosial
Daripada amalan dan pemerhatian didapati antara faktor-faktor perkahwinan di bawah umur ialah (1) kehamilan awal yang tidak diingini oleh pasangan dan keluarga terbabit, (2) untuk menutup kesalahan pasangan (3) untuk membendung tindak-tanduk anak gadis yang sukar dikawal dan (4) bagi keluarga yang miskin sebagai jalan keluar bagi mengatasi masalah ekonomi. Sungguhpun perkahwinan di bawah umur ini dapat menyelesai beberapa masalah seperti di atas, sesetengah pengkaji berpandangan terdapat beberapa isu sosial dan kekeluargaan akibat daripada perkahwinan sebegini iaitu (1) pasangan berkenaan terdedah kepada risiko fisikal dan mental seperti emosi yang tertekan (2) keadaan tubuh fisikal yang masih belum bersedia untuk menjalani kehidupan suami isteri seperti kehamilan yang akan menjejaskan kesihatan dan kandungan (3) tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab berumah tangga sebagaimana pasangan normal yang lain - akan menyebabkan berlakunya perselisihan dan akhirnya perceraian, (4) akan berlaku pengabaian pendidikan dan menyebabkan pasangan berkenaan berkerja di sektor bawahan bagi menampung kehidupan dan (5) jika pasangan berbeza umur boleh menyebabkan berlakunya keganasan atau pengabaian rumah tangga.
Sunday, 24 May 2015
Apa Masalah Dengan "Living Inheritance"
Living Inheritance boleh difahami secara umumnya seseorang yang telah mencapai umur pesaraan terus menyara atau mengeluar perbelanjaan kepada anak atau cucunya yang sudah mencapai umur pekerjaan. Boleh jadi juga seseorang itu menanggung anaknya yang masih belum dewasa, namun itu dianggap sebagai tanggungjawab. Persoalan ini timbul mungkin kerana keadaan ekonomi dan desakan hidup zaman moden yang menyebabkan anak atau cucu perlu bergantung kepada bantuan ibubapa mereka untuk meneruskan penghidupan. Dalam masyarakat Barat terutama di United Kingdom kajian mendapati satu daripada enam orang dewasa berumur dari 18-34 tahun tinggal bersama ibubapa mereka (http://www.dailymail.co.uk/news/article-2748629/Adult-children-staying-home-easy-life-84-parents-say-cooking-laundry-offspring.html). Perumahan yang mahal dan gaji yang rendah adalah faktor utama mengapa anak-anak dewasa ini (terutamanya lelaki yang dikenali sebagai boomerang children) terus tinggal bersama ibubapa mereka. Perkara ini mungkin banyak diwarnai oleh latarbelakang budaya dan agama masyarakat berkaitan. Dalam masyarakat Malaysia, terutama umat Islam, sudah tentulah perkara ini tidak akan dilihat sebagai satu isu, terutama untuk membantu anak-anak yang baru membina penghidupan mereka. Bahkan ia dilihat sebagai satu tanggungjawab atau pengorbanan demi kebahagiaan dan kejayaan anak-anak itu. Namun dari sisi yang lain, kajian mendapati tanggungjawab yang berterusan ini atau diistilahkan sebagai living inheritance akan menjejaskan keupayaan ibubapa yang akan atau telah mencapai umur pesaraan untuk mencapai impian dan hasrat mereka inginkan melalui wang dan harta yang telah dikumpulkan selama ini. Melalui kajian yang dibuat di United Kingdom mendapati 69% daripada pesara berpandangan mereka bersedia membantu anak-anak mereka di samping menikmati hasil simpanan mereka (http://www.thisismoney.co.uk/money/pensions/article-3059296/Will-splash-retirement-help-family-living-inheritance.html). Memandangkan isu nampaknya mula diperkatakan di Malaysia, langkah-langkah awal perlu difikirkan agar ianya tidak menjadi satu gejala yang boleh menjejaskan kualiti penghidupan pesara-pesara.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tinjauan Penyelidikan Pengajian Islam Global 2026: Trend Baharu, Bidang Terokaan Penyelidikan dan Hala Tuju Masa Hadapan
Syarahan Perdana di Minggu Penyelidikan Pengajian Islam di APIUM pada 03 November 2026 Tinjauan Penyelidikan Pengajian Islam Global 2026: Tr...
-
Muhammad bin Salih bin ‘Uthaymin, ‘Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah , Direktorat Urusan Masjid Haram dan Masjid Nabawi, t.t. (48 hal...
-
House ownership is no longer affordable to many common folks simply because the price is beyond the reach. One of the recent proposal to mak...
-
Islamic Law in the Age of AI: Ethics and Innovation [1] Professor Dato’ Dr. Ahmad Hidayat bin Buang Honorary Professor Department of ...










