عن علي قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا تقاضى إليك رجلان فلا تقض للأول حتى تسمع ما يقول الآخر فإنك سوف ترى كيف تقضي ، قال علي : فما زلت بعدها قاضيا
Perspektif bertujuan memaparkan pandangan peribadi penulis terhadap pelbagai isu-isu semasa perundangan Islam bagi tujuan perbincangan dan perkongsian bersama. Perspektif is writer's view relating to contemporary issues in Islamic law for discussion and mutual sharing.
عن علي قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا تقاضى إليك رجلان فلا تقض للأول حتى تسمع ما يقول الآخر فإنك سوف ترى كيف تقضي ، قال علي : فما زلت بعدها قاضيا
Tajuk di atas artikel saya di dalam Buletin Lajnah Syariah dan Undang-undang Bil.1, Februari 2003, hh.6-7. Di bawah ini disertakan salinan PDF artikel berkenaan. Terima kasih kepada saudara Mohamad Affendy Junaidi (sekarang peguam Syarie di Brunei Darussalam), Pengerusi Lajnah JSU (sekarang dikenali dengan SALSOC) dan barisan kepimpinan Lajnah sesi 2002/2003 di atas usaha menerbit Buletin ini. Ketika itu masih belum ada media sosial seperti sekarang. Posting ini diharapkan dapat mendigitalkan beberapa usaha generasi pelajar JSU terdahulu.
Bagi orang bukan Islam, kedudukan amanah rahsia
telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan melalui keputusan kes rayuan Chin
Jhin Thien & Anor v. Chin Huat Yean & Anor [2020] 7 CLJ 137 baru-baru
ini. Di dalam kes ini perayu/plaintif membantah keputusan mahkamah rayuan yang membenarkan
rayuan responden/defendan mengenai kesahihan wasiat yang dibuat oleh simati.
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan berkenaan serta turut mengesahkan bahawa
amanah rahsia yang dibuat oleh simati terpakai di Malaysia di bawah prinsip ekuti
undang-undang Inggeris melalui peruntukan Akta Sivil 1956. Fakta kes ini ialah
simati sebelum meninggal dunia membuat wasiat kepada abangnya (defendan/responden
pertama) memberi kesemua hartanya kepada defendan. Si mati mempunyai tiga orang
isteri. Selepas kematian simati, defendan berjaya mendapat surat tadbir wasiat
atau probet. Anak simati daripada isteri pertama membantah pemberian probet ini
dan memfailkan permohonan membatalkan wasiat tersebut dengan alasan simati tidak
mempunyai kapasiti membuat wasiat dan terdapat keraguan semasa wasiat tersebut
dibuat. Dalam pembelaan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi defendan
menyatakan antaranya wasiat tersebut dibuat untuk kebajikan isteri kedua simati
dan anak-anak mereka yang masih kecil secara rahsia. Mahkamah Tinggi menerima
permohonan plaintif dengan menyatakan simati tidak mempunyai keupayaan membuat
wasiat kerana dibuat ketika dia menderita akibat sakit barah buah pinggang sebelum
meninggal dunia. Keputusan ini diubah oleh mahkamah rayuan dengan menyatakan tiada
bukti yang kukuh dikemukakan bagi menyatakan keadaan mental simati tidak stabil
semasa dia membuat wasiat berkenaan. Kes ini dirayu ke Mahkamah Persekutuan untuk
menentukan beberapa persoalan antaranya ialah kedudukan amanah rahsia di
Malaysia. Mahkamah mengambil peluang menjelaskan latar belakang sejarah dan
rasional di sebalik kebenaran amanah rahsia ini iaitu melaksana niat simati
yang ia tidak ingin masyarakat ramai mengetahuinya, sebagaimana dalam kes ini
kebajikan isteri keduanya dan anak mereka. Isteri kedua simati juga merupakan kakak kepada
isteri pertamanya. Mahkamah Rayuan juga menegaskan bahawa amanah rahsia ini
tidak boleh dikaitkan dengan wasiat kerana ia adalah persetujuan di antara
simati dan pemegang amanah iaitu defendan untuk menjalankan tugas menjaga
kebajikan isteri kedua dan anak-anak mereka.
Sebagaimana yang dinyatakan di atas keputusan
ini tidak menimbulkan persoalan kepada orang bukan Islam kerana mereka ditadbir
oleh undang-undang statut dan perkara wasiat dan juga prinsip undang-undang Inggeris
dalam perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam statut seperti kes di atas.
Namun begitu bagi orang Islam apakah konsep amanah rahsia ini boleh terpakai
kepada mereka. Dalam hukum wasiat, antara syarat utama yang perlu dijaga ialah
larangan wasiat kepada waris dan tidak boleh melebihi satu pertiga harta dan
tujuan wasiat itu bukan sesuatu yang dilarang syarak. Oleh demikian nampaknya tidak
ada sebarang masalah jika seorang Muslim membuat suatu wasiat kepada seseorang supaya
hartanya diagihkan kepada seseorang yang lain secara rahsia jika tidak
melanggar syarat-syarat di atas. Persoalannya apakah pemberian seseorang Muslim
kepada anak luar nikahnya secara rahsia melalui wasiat selepas kematiannya boleh
dianggap sebagai maksiat dan oleh itu wasiat berkenaan tidak sah? Saya rasa tidak,
kerana tiada bezanya pemberian tersebut kepada anak orang lain yang tidak sah
taraf, bahkan terlebih afdal dia membantu anak luar nikahnya. Tambahan pula
agama Islam menyeru supaya keaiban seseorang itu ditutup.
CHIN JHIN THIEN & ANOR v. CHIN HUAT YEAN & ANOR [2020] 7 CLJ 137
FEDERAL COURT, PUTRAJAYA
MOHD ZAWAWI SALLEH FCJ; IDRUS HARUN FCJ; NALLINI PATHMANATHAN FCJ;
ZALEHA YUSOF FCJ; HASNAH MOHAMMED HASHIM FCJ
[CIVIL APPEAL NO: 02(f)-29-04-2019(P)]
07 JULY 2020
[2020] CLJ (JT4)
The doctrine of secret trust which enables a testator to direct vide his will the disposition of his property upon his death to a 'legatee' to hold it on trust for an unnamed or a secret beneficiary is statutorily applicable in Malaysia, bearing in mind the purport of s. 3(1) of the Civil Law Act 1956, the Wills Act 1959 and the fact that the concept has never been explicitly abrogated by any of our statutes or Acts of Parliament. The doctrine does not offend public policy and is consistent with the fundamental human right of privacy, and the Wills Act, it ought to be noted, protects the testamentary freedom of testators. Another justification for its enforcement is that it is made outside and independently of the will, having arisen from the independent obligation as so accepted by the trustee. It follows therefore that if the testator is of sound mind, memory and understanding, and has not been shown to have been suffering from any testamentary incapacity, such as the testator in this case, it would not be right to deny him his agreement with his trustee and with it his right and desire to make dispositions to his sons through his marriage to his second wife, and nor would it be realistic for the court to uphold a strict reading of the statutes so as to allow the trust to fail.
SUCCESSION
Probate - Will - Validity - Allegation that will made was secret trust - Whether testator had testamentary capacity to make will before death - Whether requirements for formality of valid will satisfied - Whether will a secret trust - Whether will contradictory to Wills Act 1959 and/or against public policy - Whether will valid and ought to be given effect
TRUSTS
Secret trust - Will - Allegation that will made was secret trust - Whether requirements for formality of valid will satisfied - Whether will a secret trust - Whether concept of secret trust applicable to Malaysia - Whether secret trust abrogated in Malaysia - Whether secret trust applicable in cases involving issue of testamentary capacity of testator - Whether secret trust contradictory to Wills Act 1959 and/or against public policy
https://mail.google.com/mail/u/0/?tab=rm&ogbl#inbox/FMfcgxwJXLfplnXtvMhMsCchzXsPkHxM
Mahkamah Persekutuan Putrajaya dalam
kes Tebin Mostapa v. Hulba-Danyal Balia
& Anor [2020] 7 CLJ 561 pada 3 Julai 2020 yang lalu
setelah meneliti maksud beberapa perkataan berkaitan di dalam dua undang-undang
utama berkaitan tanah dan pentadbiran pusaka di Sarawak seperti berikut:
- Pemilik
berdaftar/registered proprietor di seksyen 115, 177 dan 218 di
dalam Kanun Tanah Sarawak (Cap 81)
- Wakil/representative di
seksyen 2 Kanun Tanah Sarawak
- Pentadbir/administrator di
seksyen 4, 5 dan 17 Ordinan Pentadbiran Pusaka Sarawak (Cap 80)
- Diletakhak/vest di
seksyen 15 Ordinan Pentadbiran Pusaka Sarawak
memutuskan pentadbir harta pusaka
atau administrator mempunyai locus standi atau
keahlian untuk membuat tindakan atau permohonan mengenepikan kaveat yang
didaftarkan ke atas tanah pusaka di bawah kuasa pentabirannya. Di dalam Kanun
Tanah Sarawak, pemilik yang meninggal dunia (deceased proprietor)
termasuk juga pentadbir wasiat dan pusaka dan Kanun yang sama juga menganggap
pentadbir tersebut sebagai pemilik pendaftar. Oleh yang demikian melalui
seksyen 177(1), pentadbir secara undang-undangnya dianggap sebagai pemilik
berdaftar harta pusaka berkenaan. Begitu juga Ordinan Pusaka di seksyen 15
memperuntukkan apabila seorang pentadbir dilantik di bawah kuasa pentadbiran,
semua harta, pusaka dan pemilikan gemulah diletakhak (vested) kepadanya.
Oleh yang demikian pentadbir mengambil alih tugas gemulah pemilik harta dan
mempunyai kelayakan untuk berurusan dengan harta berkenaan seolah-olah ianya
sama seperti pemilik harta tersebut.
Tidak dapat dipastikan apakah
keputusan ini terpakai di semenanjung, memandangkan terdapat undang-undang
berbeza mengenai tanah dan pusaka antara Sarawak dan negeri-negeri semenanjung.
Begitu juga persoalan sama ada ianya terpakai kepada orang Islam atau tidak.
Namun berdasarkan kes di atas, pihak-pihak yang bertikai adalah orang Islam.
Oleh yang demikian, sekurang-kurangnya keputusan kes ini terpakai kepada orang
Islam di Sarawak.
Sebagaimana yang dimaklumi tanggungjawab seseorang pentadbir harta pusaka adalah menguruskan agihan harta-harta simati kepada waris-warisnya yang berhak. Ini adalah kerana terdapat banyak urusan yang perlu dilakukan seperti pembayaran hutang dan cukai atau zakat yang tertunggak serta pendaftaran nama-nama waris sekiranya melibatkan hartanah dan lain-lain aset seperti saham, kenderaan dan sebagainya. Dari sudut perundangan Islam, perkara ini tidak menimbulkan persoalan. Namun begitu status seorang pentadbir harta pusaka di dalam perundangan Islam tidaklah sampai sama seperti pemilik harta berkenaan dalam semua segi. Seorang pentadbir bertindak menunaikan hak-hak yang terlibat dengan harta berkenaan sahaja. Ia tidak boleh bertindak melebihi daripada itu. Barangkali, maksud keputusan kes ini adalah kelayakan pentadbir untuk melakukan urusan-urusan bagi melindungi kepentingan pihak-pihak berkepentingan terhadap berkenaan.
Kes ini memberi pengesahan kepada fungsi dan tanggungjawab seorang pentadbir, iaitu bagi menjamin kepentingan harta berkenaan terpelihara. Ianya mungkin mempunyai persamaan dengan tanggungjawab seorang pemegangan amanah atau trustee. Di dalam undang-undang Inggeris pemegangan amanah mempunyai hak yang lebih luas daripada seorang pemegangan amanah di dalam undang-undang Islam. Di dalam pengurusan harta wakaf sebagai contoh seorang pemegang amanah hanya bertindak mengikut mandat yang telah ditetapkan oleh pewakaf. Ia tidak boleh bertindak melebihi daripada apa yang telah ditetapkan kepadanya.
Sometimes or many times a title could mislead you. Or perhaps it is a way to attract your attention and probably so to distract you. It was sometimes last two years appeared in New Sunday Times a piece purported to suggest the emergence of halal kind of arts. In the mist of high interest in halal industries in Malaysia and globally this labelling would suggest a genuine efforts to cleanse "arts" from any impurity deems inappropriate to Islam. On other note, taking the advantage of commercial power and selling points of the term halal, it seems that presently, all things need such an endorsement which in the past were naturally accepted religiously and socially. Perhaps the use of technology in enhancing and modifying these natural produce triggers the suspicion on the purity of these natural substance. The use of GMO or genetically Modified Organism in food production is in fact similar to this suspicion whereby it arouse intense debate on GMO products' suitability for human consumption. Indeed there is no doubt that the Shariah has certain requirements in all aspect of human activities including arts. Despite disagreement and different understanding on these requirements they all appeal to same sources for support. In Islamic history of arts, particularly paintings, the Persian and Mughals were famous in producing the master piece. The middle eastern Muslim communities, particularly in the Islamic heartlands and Africa, have shown strong dislike to this kind of artistic endeavor and focus more on symmetrical arts and calligraphy which are now dominating the present Islamic arts. With the adventure and coming of western colonists to Muslim lands a new breed of arts or paintings known as orientalism emerged as early as in the seventeenth centuries. The purpose of these paintings is to illustrate and record the life and intriguing practices of the indigenous people in the Muslim lands particularly which came under French influence in the former Ottoman territories and North Africa. Although these paintings show a great deal about Muslim lives in colorful details, they were considered offensive and disrespectful to Muslims. With the advancement of photography, this aspect of arts was phased out. Nonetheless the article from NST, although bearing the title of Halal and Haram of arts did not actually address this nor it reflects the continuation of the historical past of Islamic arts especially by Persian and Mughals of India that a reader was hopeful for. It was rather in fact questioning or depicting the binary, or as mentioned by one of the artist, the duality of halal and haram in Islam. It is a sort of a challenge to a conservative mind in embracing what is halal dan haram as personal choice of one's way of life. It was a critic expressed in form of paintings which probably send a more effective message than usual. Nonetheless, in the East, especially in Malaysia and Indonesia, perhaps influenced by modernization of the West, the painting of images and portraits has slowly become popular especially among the affluent and opulent segment of Muslim community. Although they seem to revive or restore the legacy of Muslim paintings in Persia and India, but their style and purpose are different and probably follow evolution of modern arts. All in all paintings in Muslim or Islamic culture is still viewed with suspicion and for that matter a clear guide from the authority is timely needed.
HE-CON SDN BHD v. BULYAH ISHAK & ANOR AND ANOTHER APPEAL [2020] 7 CLJ 271 FEDERAL COURT, PUTRAJAYA
"Saudi Arabia’s cooperative insurance model is a Sharia-compliant structure where 10 per cent of the net surplus of an insurer’s profit is returned to policyholders annually, by direct payment or reduction in the premiums for the following year. However, in contrast to takaful, it does not include any provisions relating to Sharia-compliant investment requirements, Sharia-compliant boards, or the segregation of takaful funds from shareholder insurance funds".Ref
Ulasan Artikel Dalam Islamiyat al Ma‘rifah
(Journal of Contemporary Islamic Thought) Vol.25, No.98 2019/1440. 182 halaman
(Ketua Editor: Fathi Hasan Malkawi, Penerbit: Institute of Islamic Thought, Herndon
Virginia USA). 182 halaman.
Dalam keluaran ini terdapat empat artikel dan dua ulasan penerbitan. Apa yang menarik bagi pengkaji Syariah ialah penulisan oleh Muhammad al-Tahir al-Maysawi dan Bilal Barakat Salhab bertajuk Ara’ Abi al-Hasan al-Asy'ari fi Masa’il Usul al-Fiqh wa Atharuha fi Ikhtiyaratihi al-Kalamiyyah, halaman 11-44. Penulisan kedua ialah ulasan buku oleh Munjid Mustafa Bahjat di halaman 159-172. Buku ini bertajuk Isma‘il al-Faruqi wa Ishamatuhu fi al-Islah al-Fikri al-Islami al-Mu‘asir diedit oleh Fathi Malkawi et.al.
Artikel oleh
Maysawi dan Salhab cuba untuk menonjolkan penggunaan kaedah-kaedah Usuliyyah
oleh Imam Abu al-Hassan al-Asy’ari, iaitu pengasas kepada aliran Asya’irah, dalam
masalah ilmu kalam. Menurut penulis tiada kajian khusus pernah dilakukan terhadap
pemikiran Imam dalam persoalan Usul al-Fiqh melalui rujukan kepada kitabnya
secara langsung atau kepada kitab salah seorang muridnya. Kajian-kajian yang
ada mengenai pandangan Imam dalam persoalan Usul al-Fiqh tidak menggunakan
bahan penulisan Imam sendiri atau yang dipetik langsung daripadanya. Oleh yang
demikian artikel ini bertujuan untuk membuat analisis pemikiran Imam dalam
persoalan Usul al-Fiqh dari kitabnya iaitu al-Ibanah dan al-Luma‘
serta Mujarad Maqalat al-Shaikh Abi al-Hasan al-Asy’ari tulisan muridnya
bernama Ibn Furaq. Perbandingan juga dilakukan dengan merujuk kepada penulisan
ulama Usul al-Fiqh dari aliran Asy‘irah yang lain seperti Baqillani dan Isfirayayni.
Rujukan lain yang diguna ialah penulisan Razi, Ghazali, Zarkhasi dan Suyuti. Penulis
memberitahu bahawa sumber Syariah yang empat iaitu al-Quran, al-Sunnah, Ijma‘
serta Qiyas (dalam pelbagai istilah seperti ijtihad dan ra’y) sudah menjadi
maklum kepada ulama, sebelum Imam Syafi‘i lagi. Bahkan dikatakan Wasil bin
‘Ata’, pengasas mazhab Mu’tazilah, iaitu guru kepada Imam Asy’ari pernah berkata:
“kebenaran itu diketahui dari empat cara iaitu Kitab (al-Quran) yang jelas (natiq),
khabar yang dipersetujui oleh semu kebenarannya, hujah akal dan ijmak” (h.22-23).
Dengan merujuk
kepada perbahasan ilmu kalam dalam masalah Ru’yatul Allah, penulis
memilih enam kaedah Usulliyyah dalam menafsirkan dalil-dalil hukum
Syarak iaitu tawqif fi ma’na al-lughah, muhkam wa mutasyabih, nass
wa zahir, haqiqah wa majaz, ‘am wa khas dan takhsis al-‘am.
Dalam penggunaan kaedah-kaedah bahasa ini Imam telah berpegang kepada kaedah
yang digunakan oleh ulama-ulama Usul al-Fiqh aliran mutakalimin iaitu makna
sesuatu perkataan di dalam nas hendaklah difahamo sevata muhkam, apa yang dinaskan
dan secara hakikat perkataan ini. Makna yang disebalik itu hanya boleh diubah daripada
muhkam atau nas atau hakikat atau dari pada ‘am kepada khas dengan petunjuk
daripada dengan nas atau dalil-dalil yang diiktiraf. Oleh yang demikian keharusan
seseorang hamba untuk melihat Allah swt di hari akhirat nanti adalah sesuatu
yang hakiki dan tidak boleh ditukar atau diubah melainkan dengan dalil.
Daripada perbincangan yang diutarakan menunjukkan Imam Asy’ari mementingkan nas
dalam pemahaman dalil-dalil syarak, namun pada saat yang sama memberi akal
peranan dalam pemahaman nas. Dalam hubungan ini Imam berkata untuk memahami nas
boleh diperolehi melalui akal, bahasa dan pendengaran (h.32). Asas ini ditegaskan
oleh Imam Asy’ari dengan katanya “Pengetahun mengenai hukum hakam
perkara-perkara diperolehi melalui empat iaitu Kitab dan Sunnah, Ijmak ummah,
qiyas dan ‘ibrah (h.24). Pengkelasan ‘ibrah sebagai sumber kepada
pengetahuan dan ilmu menunjukkan penerimaan peranan pemikiran oleh Imam Asy’ari.
Perkara ini menjadikan aliran pemikiran Asya’irah sasaran kritikan oleh aliran Mujassamah
dan neo-salafi yang menolak kefahaman nas berasaskan ‘ibrah terutama di
dalam perbincangan ilmu kalam.
Ulasan buku oleh Munjid al-Bahjat yang relevan kepada pengkaji Syariah adalah pada bab ketiga yang menyentuh metodologi atau pendekatan Profesor Faruqi menggunakan dan menganalisis bahan-bahan tradisi atau turath Islam. Sebagaimana yang diketahui Profesor Faruqi adalah tokoh pemikir Islam moden yang cuba untuk menilai semula beberapa kesimpulan dan metodologi tradisi Islam dalam konteks pemikiran moden. Buku ini berasal daripada dua siri pembentangan kertas kerja pada tahun 2014 dan 2014 yang diadakan di Jordan. Antara sumbangan terbesar Profesor Faruqi adalah gagasan Islamiyyatul Ma’rifah atau Islamization of Knowledge yang difokuskan kepada enam tema ilmu moden barat iaitu ekonomi, sosial, pendidikan, politik, saikologi dan sejarah. Gagasan ini adalah untuk memahami hakikat ilmu berkenaan dari aspek positif dan negatifnya dari sudut pandangan Islam. Namun begitu kacamata Islam yang digunakan oleh Profesor Faruqi untuk melihat ilmu-ilmu moden ini bukanlah secara ikutan kepada tradisi Islam lampau, namun memahami ilmu berkenaan melalui pembacaan Islam yang baru dengan mengambil faedah daripada metodologi dan analisis ilmu-ilmu moden di atas. Dengan kata lain Profesor Faruqi menggunakan instrument atau alat analisis dan ilmiah ilmu berkenaan untuk memahami Islam. Ini bermakna apa yang dilakukan ialah analisis atau penilaian kepada fenemona ilmu mengikut nilai dan asas ajaran Islam namun dengan mengunakan teknik dan instrumen ilmu-ilmu moden dari barat (h.161).
Di sini mungkin ada perbezaan dengan maksud Islamization of Knowledge seperti yang difahami oleh sesetengah penulis terutama di Malaysia sebagai pengislaman ilmu barat atau moden. Kefahaman ini bermaksud asas ilmu tersebut adalah dari Barat yang diislamkan samada dengan memasukkan elemen-elemen Islam dan membuang elemen-elemen yang bertentangan dengan Islam atau Syariah. Contoh yang boleh ditunjukkan disini ialah seperti ekonomi Islam atau saikologi Islam. Pendekatan ini sudah tentu akan menghasilkan yang natijah berbeza di mana anjuran atau tujuan asal menilai semula kesimpulan dan metodologi tradisi Islam tidak akan tercapai. Oleh yang demikian dalam disiplin Ekonomi Islam dan kemudiannya dikembangkan kepada kewangan Islam, amalan-amalan perbankan moden hanya diperbaiki dan dimodifikasi secara kosmetik oleh akad-akad tradisi Islam. Jika mengikut pendekatan asal Islamization of Knowledge Profesor Faruqi seperti yang dinyatakan oleh penulis, apa yang akan berlaku adalah penilaian tafsiran riba oleh ulama tradisi mengikut instrumen dan kacatama moden. Jika ini dilakukan sudah tentulah natijah yang dihasilkan berbeza daripada apa yang difahami pada hari ini. Sungguhpun demikian kefahaman yang berbeza ini timbul akibat daripada faktor-faktor lain seperti pengaruh aliran neo-salafi dan revivalis yang menguasai kebanyakan institusi agama negara-negara Islam termasuk institusi kewangan Islam.
Profesor Sugimoto sedang menyampaikan
syarahannya
|
Bersama Prof Raihanah, Pengarah API,
Dr. Asmak dan Dr. Shahid seusai syarahan
|
Bersama Ustaz Johari, pegawai Halal JAKIM di Masjid Turki, Tokyo |
Restoran "Mesra Syariah" di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita,Tokyo |
Tanda Arah Surau di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita |
Tempat Wuduk di surau di Lapangan Terbang Narita |
Cadangan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan (MPKB) melalui laporan akhbar pada 28 Disember 2024 yang lalu untuk mewajibkan pemili...