Tuesday, 28 January 2025

Profesor M.B. Hooker dan Kurikulum Fakulti Pengajian Islam UKM

Petikan di bawah adalah semi autobiografi Profesor M.B.Hooker menjelaskan penglibatan beliau dengan kurikulum Pengajian Islam di UKM. Tidak pasti siapa dan bagaimana beliau boleh terlibat kerana tidak dijelaskan. Petikan ini di ambil dari artikel oleh Veronica Taylor (2017). M.B.Hooker and Southeast Asian Law: Path-breaking Passions. In Gary F. Bell (ed.). Pluralism, Transnationalism and Culture in Asian Law. Singapore: ISEAS. Artikel penuh boleh dilihat di link berikut:

https://acrobat.adobe.com/id/urn:aaid:sc:AP:8bcda56e-8029-44c2-ae8f-dfc1547ff18a





Wednesday, 15 January 2025

Intergenerational Housing Loan Proposal A Cause for Rising Housing Price?

House ownership is no longer affordable to many common folks simply because the price is beyond the reach. One of the recent proposal to make house ownership affordable is by prolonging the loan repayment tenure up to 50 or even 60 years, making the monthly payment reduced. Although this proposal might provide people with house ownership, but it has certain issues both economically and socially. Among the problems that will arise are burden of paying the loan will be passed to children who may not economically or mentally prepared for such a responsibility. Based the mathematic or calculation of the loan repayment it seems that the issue of owning of the house is to a large extent passed only to the owner or co-owners who has to pay the monthly instalments through family "generation". The government let alone the banks and the property developers have little participation in solving this issue. In fact the latter two tremendously benefitted from this proposal of generational housing loan. What ever the solution that is going to be tabled or proposed, it has to be fair and borne by all, and not only one sided. The government house ownership policies hitherto seem not able to bring the house price down, but in fact to the contrary. Simply because the focus is mainly to protect the interest of the developer and banks. It is true and not to deny that certain government housing projects have been initiated to help people from lower income group to own house. But these projects do not significantly impact the house price because of other counter policies that kept the house price high at the same time. Another aspect that is has a close relation to house ownership in Malaysia is the culture which needs to be changed. With the rise of gig and financial technology, the aims are now moving from ownership to accessibility. This has started to impact car ownership where now more people are using e-hailing service for mobility. Although house is not the same with car, the same concept or idea of accessibility for such a service can be remodeled and by this everyone or at least most of common folks will have the place to stay without any unnecessary burden of housing loan. But culture and habits are hard.           



 

Wednesday, 8 January 2025

Polemik Hukuman Sebat Syariah di Malaysia


Perlecehan terhadap pelaksanaan hukuman jenayah Syariah memang sudah menjadi kelaziman sejak dari dahulu lagi. Dari segi sejarah ianya  bersifat keagamaan dan rasism bagi mengambarkan kekejaman hukuman jenayah Islam yang dikatakan ketinggalan zaman. Ini terutamanya merujuk kepada hukuman korporal bersifat fisikal terhadap kesalahan yang dianggap sebagai persoalan moraliti seperti perzinaan dan minuman keras. Minda masyarakat barat terutamanya ditanam dengan prejudis ini dan ia akhirnya turut melebar kepada orang-orang Islam sendiri yang dikatakan berpendirian progresif dan liberal akibat daripada kemajuan teknologi, pengaruh pendidikan serta kemakmuran ekonomi dan pergaulan sosial. Namun pada masa kini prejudis ini terutama di kalangan masyarakat yang bercampur-campur seperti Malaysia dan lain-lain terutama di barat seperti Eropah dan Amerika lebih mempersoalkannya dari segi hak asasi manusia terutama yang menyentuh hak personal dalam perkara peribadi. Bagi sebahagian masyarakat Islam pula, pelaksanaan hukuman jenayah Syariah ini dilihat sebagai ketaatan ultimate kepada ajaran Islam, memandangkan kesukaran dan cabaran yang dihadapi. Oleh itu tiada kompromi boleh diberikan. Sebahagian yang lain pula berpandangan nilai-nilai tinggi ajaran Islam itu terletak kepada rahmah dan keadilan melalui dakwah dan lain-lain pendekatan yang bersifat mendidik dan menasihati. Pendirian ini sekali lagi merujuk kepada bentuk masyarakat yang kini bukan lagi bersifat hemogenous, namun satu pluraliti majmuk yang mementingkan toleransi dan kesejahteraan bersama. Oleh itu nilai-nilai yang dikatakan "ekstrem" yang disimbolkan melalui hukuman-hukuman korperal jenayah Islam ini, apatah lagi yang dilaksanakan secara publik tidak bersesuaian dengan nuansa ini. Sebagaimana biasa persoalan yang bersifat keagamaan ini tidak akan terlepas daripada dipolitikkan dengan niat hanya untuk meraihkan sokongan atau kemasyhuran serta populariti sebagai jambatan kepada kuasa, kedudukan dan wang. 






 

Wednesday, 1 January 2025

Kurang Kesedaran Pengguna Punca Peningkatan Sijil Halal Palsu?

Mengikut laporan akhbar pada 21/12/2024 kurangnya kesedaran pengguna antara punca peningkatan sijil halal palsu atau penyalahgunaan sijil berkenaan. Faktor lain ialah kekurangan tenaga manusia agensi berkenaan untuk memantau sijil berkenaan. Ini dapat dilihat kepada jumlah kompaun yang dikenakan pada tahun 2024 sebanyak RM140,500 dengan jumlah rampasan bernilai RM1.813 juta dari 800,000 pemeriksaan. Tidak dapat dinafikan jumlah pemeriksaan ini adalah banyak dan oleh itu secara nisbahnya jumlah rampasan dan kompaun ini adalah kecil. Ini juga boleh bermakna pemantauan yang berkesan sungguhpun laporan akhbar menyatakan sebaliknya. Selain itu, daripada pemerhatian penulis sendiri mendapati ada premis-premis jualan makanan yang menggunakan lambang-lambang agama Islam seperti tulisan ayat al-Quran, namun secara zahirnya kesemua pekerjanya adalah bukan Islam. Penggunaan lambang-lambang agama berkenaan boleh juga disalahgunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dan pemeriksaan ke atas premis-premis sebegini perlu dilakukan untuk menjaga kemaslahatan orang-orang Islam dari segi makanan dan minuman halal.   



 

Tuesday, 31 December 2024

Kewajipan Sijil Halal Melalui Perlesenan Perniagaan?

Cadangan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan (MPKB) melalui laporan akhbar pada 28 Disember 2024 yang lalu untuk mewajibkan pemilik premis makanan yang menjual makanan dan minuman kepada orang Islam sebelum kelulusan lesen perniagaan diberikan menerima pelbagai reaksi dari masyarakat. Walaupun begitu, isu ini tidaklah panas, memandangkan pada masa yang sama, tumpuan media diberikan terhadap isu hukuman sebatan di luar penjara terhadap pesalah jenayah Syariah. Berita akhbar di atas pada mulanya melaporkan pandangan atau kenyataan seorang menteri yang menyatakan bahawa keputusan MPKB tersebut tidak selaras dengan pendirian kerajaan persekutuan yang hanya menggalakkan premis penjualan makanan memperolehi sijil pengesahan halal Malaysia (SPHM). Begitu juga terdapat kebimbangan syarat sebegini akan membebankan peniaga kecil memandangkan terdapat kos permohonan SPHM yang terpaksa ditanggung oleh mereka serta juga proses permohonan yang perlu memenuhi pelbagai syarat yang mungkin boleh menimbulkan kerumitan dan kelewatan. Sungguhpun pihak JAKIM sebelum ini memberi jaminan bahawa semua permohonan akan diproses secepat mungkin, namun komplikasi boleh timbul memandangkan ramai di antara peniaga-peniaga kecil ini tidak memahami atau perihatin kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Kebimbangan ini sudah diantisipasi oleh pihak MPKB melalui kenyataan di akhbar pada 29 Disember 2024 bahawa kewajipan ini tidak terpakai kepada peniaga kecil atau gerai jalanan. Ianya lebih tertumpu kepada premis menjual makanan milik bukan Islam yang turut menjual makanan kepada orang Islam. Namun dalam laporan akhbar berbahasa Melayu syarat SPHM hanya dikenakan pada tujuh tempat sahaja tanpa menyebut sama ada ianya milik orang Islam atau tidak. Alasan yang diberikan bagi keputusan ini adalah untuk menjaga kemaslahatan 95 peratus penduduk Islam di Kelantan. Pada pandangan saya langkah ini adalah wajar memandangkan terdapat pelbagai laporan akhbar mengenai gerai makanan atau restoran tertentu yang menjadi tumpuan ramai termasuk orang Islam selepas digembar gemburkan di dalam media sosial. Ada di antara gerai makanan dan restoran ini diragukan tentang status halal makanan yang dijual. Berbalik kepada kenyataan bahawa kewajipan ini bercanggah dengan polisi kerajaan Persekutuan dan justru itu tindakan MPKB ini sesuatu yang tidak betul mungkin kurang tepat. Ini adalah kerana syarat berkenaan ditentukan oleh badan berkuasa negeri dan kerajaan tempatan yang berbidangkuasa. Pengenaan syarat ini pada pandangan saya adalah sama sahaja dengan syarat-syarat tambahan lain yang dikenakan sebelum ini seperti permastautin, umur, perkerjaan, jantina, pendidikan, pendapatan dan sebagainya. Namun yang lebih penting dari itu ia tidak menghalang mana-mana orang yang ingin menjual makanan tidak halal kepada orang bukan Islam sesuai dengan prinsip kebebasan beragama Perlembagaan Malaysia.    






 

Saturday, 28 December 2024

Memudahkan Proses Perkahwinan Rakyat Malaysia di Selatan Thai, Satu Keperluan?

Tajuk keratan akhbar di bawah hanyalah satu bentuk endorsmen kepada sesuatu yang mungkin tidak perlu. Tidak dimungkiri bahawa terdapat keadaan yang perlu bagi mengadakan proses seperti yang dilaporkan. Sebagai contoh bagi staf atau pelajar yang bernikah dengan warga asing di negara mana perkahwinan tersebut berlangsung. Namun dalam konteks apa yang berlaku di Selatan Thai ialah seolah-olahnya perluasan pentadbiran jabatan agama Islam negeri-negeri Malaysia di wilayah-wilayah selatan Thailand. Ini adalah kerana rata-rata yang mendaftar pernikahan berkenaan adalah rakyat Malaysia yang mana perkahwinan pasangan berkenaan boleh diproses di Malaysia sendiri. Sudah menjadi maklum mengapa pasangan berkenaan "bermusafir" ke wilayah-wilayah berkenaan bagi melangsungkan perkahwinan. Baik sama ada perkahwinan pasangan berkenaan didaftarkan di Konsulat Malaysia atau tidak, permohonan pengesahan perkahwinan berkenaan masih boleh dibuat ke Mahkamah Syariah di Malaysia. Hanya mereka akan berhadapan dengan beberapa proses siasatan yang mungkin memakan masa serta terdedah kepada hukuman yang selalunya dalam bentuk denda yang mudah untuk dibayar. Oleh yang demikian rungutan kenaikan kos pernikahan seperti yang dilaporkan di bawah, akibat dari pertambahan satu hari masa pemprosesan pengesahan oleh pihak Konsulat bukanlah isu besar yang perlu dibangkitkan. Ini adalah kerana proses itu sendiri seperti menyediakan kemudahan bagi tujuan pengesahan perkahwinan berkenaan di Malaysia nanti yang sudah tentu akan menjimatkan masa dan kos bila berurusan dengan pihak Mahkamah Syariah memandangkan dokumen-dokumen penting sudah secara rasmi disahkan oleh pihak Konsulat sebagai bukti kukuh kesahihan perkahwinan berkenaan. Mungkin tujuan proses ini berniat baik bagi membantu pasangan terlibat memudahkan urusan mereka apabila kembali ke Malaysia. Persoalannya apakah pihak-pihak lain seperti isteri atau isteri-isteri bagi perkahwinan poligami atau wali atau penjaga bagi perkahwinan wali enggan atau bawah umur akan bersetuju dengan niat baik ini? Saya rasa kita tahu apa jawapannya.     



 

Pemerkasaan Undang-undang Islam di Malaysia


Pemerkasaan Undang-undang Islam di Malaysia

Penulis rencana akhbar di bawah memberitahu pembaca kenapa bidangkuasa Mahkamah Syariah serta punca kuasa agensi Agama Islam di Malaysia terutama jabatan Mufti perlu diperkasakan. Menurutnya pada masa kini terdapat peningkatan kes-kes yang mencabar bidangkuasa Mahkamah Syariah. Ini antaranya mencabar bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar permohonan badan atau entiti milik orang Islam seperti Majlis Agama Islam atas alasan Mahkamah Syariah hanya berbidangkuasa kepada orang Islam yang ditafsirkan sebagai individu yang menganut agama Islam. Mengikut penulis rencana melalui perkembangan semasa yang mencabar ini sudah sampai masanya undang-undang yang berkaitan dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah serta punca kuasa agensi-agensi Agama Islam diperkasakan supaya segala cabaran ini boleh di atasi dengan baik. Pergantungan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada dalam menghadapi cabaran semasa ini sungguhpun boleh dipertahankan melalui hujah-hujah di Mahkamah, namun penerimaannya banyak bergantung kepada kecendurangan, minat dan kefahaman pihak yang menghakimi kes-kes berkenaan. Keadaan ini boleh menimbulkan keadaan tidak pasti dan kebimbangan kepada kedudukan masa hadapan undang-undang Islam di Malaysia. Justru itu penulis mencadangkan dua langkah yang perlu diambil bagi memperkasakan kedudukan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah di Malaysia iaitu:

(1) Melaksanakan cadangan pindaan RUU 355 bagi memberi bidang kuasa yang sewajarnya kepada Mahkamah Syariah. Namun dalam konteks ini penulis membuat kritikan kenapa dalam pelaksanaan hukuman undang-undang Jenayah Syariah Islam, diperlukan kelulusan daripada Parlimen? Penulis tidak memberi solusi kepada kritikan ini.

(2) Bidang kuasa mahkamah Syariah harus diperluaskan kepada badan atau entiti milik orang Islam seperti Majlis Agama Islam. Perluasan bidangkuasa ini memerlukan kepada pindaan kepada Perlembagaan. Penulis tidak memberi apa-apa cadangan spesifik bagaimana untuk melaksanakan pindaan ini.

Namun sebagai langkah awalan RUU Mufti seperti yang sekarang diperdebatkan perlu diluluskan supaya martabat institusi Islam di Malaysia dapat diperkasakan.
  
    


 

Profesor M.B. Hooker dan Kurikulum Fakulti Pengajian Islam UKM

Petikan di bawah adalah semi autobiografi Profesor M.B.Hooker menjelaskan penglibatan beliau dengan kurikulum Pengajian Islam di UKM. Tidak ...