Perlecehan terhadap pelaksanaan hukuman jenayah Syariah memang sudah menjadi kelaziman sejak dari dahulu lagi. Dari segi sejarah ianya bersifat keagamaan dan rasism bagi mengambarkan kekejaman hukuman jenayah Islam yang dikatakan ketinggalan zaman. Ini terutamanya merujuk kepada hukuman korporal bersifat fisikal terhadap kesalahan yang dianggap sebagai persoalan moraliti seperti perzinaan dan minuman keras. Minda masyarakat barat terutamanya ditanam dengan prejudis ini dan ia akhirnya turut melebar kepada orang-orang Islam sendiri yang dikatakan berpendirian progresif dan liberal akibat daripada kemajuan teknologi, pengaruh pendidikan serta kemakmuran ekonomi dan pergaulan sosial. Namun pada masa kini prejudis ini terutama di kalangan masyarakat yang bercampur-campur seperti Malaysia dan lain-lain terutama di barat seperti Eropah dan Amerika lebih mempersoalkannya dari segi hak asasi manusia terutama yang menyentuh hak personal dalam perkara peribadi. Bagi sebahagian masyarakat Islam pula, pelaksanaan hukuman jenayah Syariah ini dilihat sebagai ketaatan ultimate kepada ajaran Islam, memandangkan kesukaran dan cabaran yang dihadapi. Oleh itu tiada kompromi boleh diberikan. Sebahagian yang lain pula berpandangan nilai-nilai tinggi ajaran Islam itu terletak kepada rahmah dan keadilan melalui dakwah dan lain-lain pendekatan yang bersifat mendidik dan menasihati. Pendirian ini sekali lagi merujuk kepada bentuk masyarakat yang kini bukan lagi bersifat hemogenous, namun satu pluraliti majmuk yang mementingkan toleransi dan kesejahteraan bersama. Oleh itu nilai-nilai yang dikatakan "ekstrem" yang disimbolkan melalui hukuman-hukuman korperal jenayah Islam ini, apatah lagi yang dilaksanakan secara publik tidak bersesuaian dengan nuansa ini. Sebagaimana biasa persoalan yang bersifat keagamaan ini tidak akan terlepas daripada dipolitikkan dengan niat hanya untuk meraihkan sokongan atau kemasyhuran serta populariti sebagai jambatan kepada kuasa, kedudukan dan wang.
Perspektif bertujuan memaparkan pandangan peribadi penulis terhadap pelbagai isu-isu semasa perundangan Islam bagi tujuan perbincangan dan perkongsian bersama. Perspektif is writer's view relating to contemporary issues in Islamic law for discussion and mutual sharing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tinjauan Penyelidikan Pengajian Islam Global 2026: Trend Baharu, Bidang Terokaan Penyelidikan dan Hala Tuju Masa Hadapan
Syarahan Perdana di Minggu Penyelidikan Pengajian Islam di APIUM pada 03 November 2026 Tinjauan Penyelidikan Pengajian Islam Global 2026: Tr...
-
Muhammad bin Salih bin ‘Uthaymin, ‘Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah , Direktorat Urusan Masjid Haram dan Masjid Nabawi, t.t. (48 hal...
-
Islamic Law in the Age of AI: Ethics and Innovation [1] Professor Dato’ Dr. Ahmad Hidayat bin Buang Honorary Professor Department of ...
-
House ownership is no longer affordable to many common folks simply because the price is beyond the reach. One of the recent proposal to mak...




sfsdfsfs
ReplyDelete