Living Inheritance boleh difahami secara umumnya seseorang yang telah mencapai umur pesaraan terus menyara atau mengeluar perbelanjaan kepada anak atau cucunya yang sudah mencapai umur pekerjaan. Boleh jadi juga seseorang itu menanggung anaknya yang masih belum dewasa, namun itu dianggap sebagai tanggungjawab. Persoalan ini timbul mungkin kerana keadaan ekonomi dan desakan hidup zaman moden yang menyebabkan anak atau cucu perlu bergantung kepada bantuan ibubapa mereka untuk meneruskan penghidupan. Dalam masyarakat Barat terutama di United Kingdom kajian mendapati satu daripada enam orang dewasa berumur dari 18-34 tahun tinggal bersama ibubapa mereka (http://www.dailymail.co.uk/news/article-2748629/Adult-children-staying-home-easy-life-84-parents-say-cooking-laundry-offspring.html). Perumahan yang mahal dan gaji yang rendah adalah faktor utama mengapa anak-anak dewasa ini (terutamanya lelaki yang dikenali sebagai boomerang children) terus tinggal bersama ibubapa mereka. Perkara ini mungkin banyak diwarnai oleh latarbelakang budaya dan agama masyarakat berkaitan. Dalam masyarakat Malaysia, terutama umat Islam, sudah tentulah perkara ini tidak akan dilihat sebagai satu isu, terutama untuk membantu anak-anak yang baru membina penghidupan mereka. Bahkan ia dilihat sebagai satu tanggungjawab atau pengorbanan demi kebahagiaan dan kejayaan anak-anak itu. Namun dari sisi yang lain, kajian mendapati tanggungjawab yang berterusan ini atau diistilahkan sebagai living inheritance akan menjejaskan keupayaan ibubapa yang akan atau telah mencapai umur pesaraan untuk mencapai impian dan hasrat mereka inginkan melalui wang dan harta yang telah dikumpulkan selama ini. Melalui kajian yang dibuat di United Kingdom mendapati 69% daripada pesara berpandangan mereka bersedia membantu anak-anak mereka di samping menikmati hasil simpanan mereka (http://www.thisismoney.co.uk/money/pensions/article-3059296/Will-splash-retirement-help-family-living-inheritance.html). Memandangkan isu nampaknya mula diperkatakan di Malaysia, langkah-langkah awal perlu difikirkan agar ianya tidak menjadi satu gejala yang boleh menjejaskan kualiti penghidupan pesara-pesara.
Perspektif bertujuan memaparkan pandangan peribadi penulis terhadap pelbagai isu-isu semasa perundangan Islam bagi tujuan perbincangan dan perkongsian bersama. Perspektif is writer's view relating to contemporary issues in Islamic law for discussion and mutual sharing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ulasan Buku: Ensiklopedia Perawatan Islam oleh Dr, Hj Abdullah Yusof Al-Kemachi (Puchong: MHCS Sercives, 2026).
Ulasan Buku: Ensiklopedia Perawatan Islam oleh Dr, Hj Abdullah Yusof Al-Kemachi (Puchong: MHCS Sercives, 2026, kulit nipis, 544 halaman). ...
-
*Artikel ini ditulis pada November 2011 © Ahmad Hidayat Buang 2011 Peristiwa terbunuhnya bekas pemimpin Libya Kolonel Muamar Ghad...
-
12 Mei 2017 (Balai Ilmu, APIUM) Forum ini diwacanakan oleh gabungan tiga ahli panel terdiri dari ahli akademik, pengamal sukan diving ...
-
MOHD ISHA AWANG v. MOHAMAD IDRIS SERAMAL BARIS [2020] 9 CLJ 760 COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA KAMALUDIN MD SAID JCA; ABU BAKAR JAIS JCA; GU...

No comments:
Post a Comment