Dalam ketika tidak lama lagi pilihanraya umum ke-13 pada 5 Mei 2013 akan berlangsung, mungkin elok sedikit ulasan diberi kepada buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Buku ini merupakan koleksi daripada tulisan-tulisan Tunku di dalam akbar The Star yang mana Tunku adalah pengerusinya di tahun 1970an. Tujuan utama Tunku menulis buku ini menurutnya adalah untuk memberitahu peristiwa-peristiwa yang Tunku mengalami sendiri dan beberapa kejadian menurut persepktifnya sebelum, ketika dan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Tunku dia merasa kurang berpuashati kerana terdapat beberapa perkara penting mengenai perkara-perkara itu tidak ditulis atau dinyatakan di dalam buku-buku sejarah Malaysia. Dengan demikian dia berpandangan maka penting dia menulis sendiri menceritakan perkara-perkara tersebut supaya masyarakat dan rakyat memahami sendiri bagaimana kejadian sesuatu peristiwa itu berlaku. Perkara ini berlaku mungkin dalam konteks di mana Tunku telah ditohmah dengan label-label tertentu seperti menjual negara kepada bangsa China terutama melalui peristiwa pemisahan Singapura daripada Malaysia dan kemudiannya talibarut penjajah oleh fundamentalis agama. Apa yang boleh disimpulkan daripada buku ini ialah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan atau untuk mencapai sesuatu cita-cita tersebut mengikut perspektif Tunku seharusnya melalui constitutional process dan rule of law. Bagi beliau seboleh mungkin pertumpahan darah dan penggunaan senjata perlu dielakkan. Atas dasar inilah menyebabkan beliau mendesak kerajaan penjajah British supaya memberi keizinan kepadanya untuk membuat perundingan dengan Chin Peng dan pihak Komunis dalam pertemuan di Baling pada Disember1955. Tujuan pertemuan ini untuk memujuk pihak Komunis supaya meletakkan senjata dan menyertai proses demokrasi. Pendekatan sebegini banyak mendapat cemuhan bahkan kutukan daripada pelbagai pihak terutama daripada golongan fundamentalis agama kemudiannya pada lewat 1970an and awal 1990an yang menuduh Tunku sebagai talibarut penjajah kerana mengekalkan perlembagaan dan undang-undang penjajah.
Perspektif bertujuan memaparkan pandangan peribadi penulis terhadap pelbagai isu-isu semasa perundangan Islam bagi tujuan perbincangan dan perkongsian bersama. Perspektif is writer's view relating to contemporary issues in Islamic law for discussion and mutual sharing.
Monday, 29 April 2013
Looking Back Monday Musings and Memories - Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Dalam ketika tidak lama lagi pilihanraya umum ke-13 pada 5 Mei 2013 akan berlangsung, mungkin elok sedikit ulasan diberi kepada buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Buku ini merupakan koleksi daripada tulisan-tulisan Tunku di dalam akbar The Star yang mana Tunku adalah pengerusinya di tahun 1970an. Tujuan utama Tunku menulis buku ini menurutnya adalah untuk memberitahu peristiwa-peristiwa yang Tunku mengalami sendiri dan beberapa kejadian menurut persepktifnya sebelum, ketika dan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Tunku dia merasa kurang berpuashati kerana terdapat beberapa perkara penting mengenai perkara-perkara itu tidak ditulis atau dinyatakan di dalam buku-buku sejarah Malaysia. Dengan demikian dia berpandangan maka penting dia menulis sendiri menceritakan perkara-perkara tersebut supaya masyarakat dan rakyat memahami sendiri bagaimana kejadian sesuatu peristiwa itu berlaku. Perkara ini berlaku mungkin dalam konteks di mana Tunku telah ditohmah dengan label-label tertentu seperti menjual negara kepada bangsa China terutama melalui peristiwa pemisahan Singapura daripada Malaysia dan kemudiannya talibarut penjajah oleh fundamentalis agama. Apa yang boleh disimpulkan daripada buku ini ialah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan atau untuk mencapai sesuatu cita-cita tersebut mengikut perspektif Tunku seharusnya melalui constitutional process dan rule of law. Bagi beliau seboleh mungkin pertumpahan darah dan penggunaan senjata perlu dielakkan. Atas dasar inilah menyebabkan beliau mendesak kerajaan penjajah British supaya memberi keizinan kepadanya untuk membuat perundingan dengan Chin Peng dan pihak Komunis dalam pertemuan di Baling pada Disember1955. Tujuan pertemuan ini untuk memujuk pihak Komunis supaya meletakkan senjata dan menyertai proses demokrasi. Pendekatan sebegini banyak mendapat cemuhan bahkan kutukan daripada pelbagai pihak terutama daripada golongan fundamentalis agama kemudiannya pada lewat 1970an and awal 1990an yang menuduh Tunku sebagai talibarut penjajah kerana mengekalkan perlembagaan dan undang-undang penjajah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Profesor M.B. Hooker dan Kurikulum Fakulti Pengajian Islam UKM
Petikan di bawah adalah semi autobiografi Profesor M.B.Hooker menjelaskan penglibatan beliau dengan kurikulum Pengajian Islam di UKM. Tidak ...

-
12 Mei 2017 (Balai Ilmu, APIUM) Forum ini diwacanakan oleh gabungan tiga ahli panel terdiri dari ahli akademik, pengamal sukan diving ...
-
Yang dimaksudkan dengan sekuriti makanan ialah keadaan di mana terdapatnya bekalan makanan yang mencukupi secara tetap dan makanan tersebu...
-
Petikan di bawah adalah semi autobiografi Profesor M.B.Hooker menjelaskan penglibatan beliau dengan kurikulum Pengajian Islam di UKM. Tidak ...
No comments:
Post a Comment