Persoalan seperti di petikan-petikan akhbar terlampir di bawah sering didebatkan terutama dalam dekad mutakhir ini akibat dari kepesatan perkembangan sains dan teknologi yang mengubah demografi bentuk pekerjaan dari sains sosial terutama bidang kemanusiaan kepada bidang-bidang berteraskan sains gunaan dan teknologi. Sebenarnya semua bidang pengajian adalah relevan kerana ia berkaitan dengan penghidupan manusia. Sebagai contoh bidang falsafah yang dikatakan mungkin sukar mendapat tempat dalam pasaran kerja, namun ianya penting bagi melahirkan pekerja atau lulusan yang berfikiran kritikal dan berinovatif. Contoh seterusnya bidang kesenian kerana boleh melahirkan pekerja yang kreatif. Begitu juga dalam bidang bahasa yang penting bagi tujuan komunikasi. Manakala dalam bidang pengajian Islam ia adalah amat penting dalam konteks penerusan tradisi ilmu yang diwarisi sejak dari zaman berzaman bagi memelihara akidah dan hukum Islam dalam menghadapi cabaran zaman. Persoalannya ialah lambakan lulusan berkenaan yang tidak seimbang yang menyebabkan ketidakboleh pasaran lulusan pengajian yang berkaitan. Bahkan bidang-bidang sains dan teknologi pun jika tidak dipelbagaikan akan menyebabkan berlakunya tompokan dan akhirnya menyempitkan peluang pekerjaan dalam bidang berkenaan. Oleh itu secara mudahnya isu yang dihadapi sekarang ialah bagaimana untuk mengimbangkan jumlah lulusan dalam pengajian bidang-bidang terbabit supaya dapat diwujudkan pasaran kerja yang optimum dan realistik dalam pelbagai bidang ilmu.
Perspektif bertujuan memaparkan pandangan peribadi penulis terhadap pelbagai isu-isu semasa perundangan Islam bagi tujuan perbincangan dan perkongsian bersama. Perspektif is writer's view relating to contemporary issues in Islamic law for discussion and mutual sharing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kurang Kesedaran Pengguna Punca Peningkatan Sijil Halal Palsu?
Mengikut laporan akhbar pada 21/12/2024 kurangnya kesedaran pengguna antara punca peningkatan sijil halal palsu atau penyalahgunaan sijil be...
-
Yang dimaksudkan dengan sekuriti makanan ialah keadaan di mana terdapatnya bekalan makanan yang mencukupi secara tetap dan makanan tersebu...
-
12 Mei 2017 (Balai Ilmu, APIUM) Forum ini diwacanakan oleh gabungan tiga ahli panel terdiri dari ahli akademik, pengamal sukan diving ...
-
Kealpaan Membawa Padah: Tidak Patuh Syariah pada akad Bai ‘Inah dalam Kes FLH ICT Services & Anor v. Malaysian Debt Ventures Bhd [2016...
No comments:
Post a Comment