Benarkah Sains dan Agama
Bertentangan?
Manusia sejak
dari dahulu lagi mempunyai keinginan untuk mengetahui mengenai perkara-perkara
misteri seperti kejadian dan fenomena alam, manusia, haiwan dan sebagainya.
Keinginan ini timbul kerana manusia mempunyai kuasa intelek. Melalui sejarah
kita mendapati jawapan kepada perkara-perkara ini diperolehi melalui dua cara
utama iaitu agama dan sains. Dalam sesetengah tamaddun seperti tamaddun Kristian
pada zaman pertengahan Eropah (
medieval
age) pandangan agama sahaja yang diiktiraf sebagai mempunyai jawapan yang
tepat kepada setiap persoalan, baik sama ada persoalan yang menyentuh alam
fizikal mahupun metafizikal. Dalam tamaddun ini, mereka yang cuba mempersoalkan
autoriti gereja (
church) akan dihukum dengan berat dan sebarang percanggahan
dengan doktrin gereja tidak dibenarkan sama sekali sebagaimana yang berlaku
kepada Michael Serventus (1511) dan Giordano Bruno (1600) yang telah dihukum
bunuh atas dakwaan membawa fahaman menyalahi ajaran gereja.
Sejarah juga mencatit penolakan gereja terhadap teori
Heliocentric Copernicus and Galileo yang kemudiannya menjadi
medan pertembungan antara
sains barat dan gereja. Namun begitu adalah sukar untuk menafikan kesahihan
teori sains dan akhirnya ajaran gereja menjadi lemah pada permulaan zaman yang
dikenali sebagai kebangkitan Eropah atau
Renaissance.
Kemuncak kepada pertentangan
antara sains barat dan gereja ialah apabila Charles Darwin memperkenalkan teori
evolusinya melalui bukunya bertajuk
Origin
of Species pada tahun 1859. Teori ini bercanggah dengan ajaran kristian
mengenai kejadian manusia dan alam sebagaimana yang disebut di dalam
Book of Genesis.
Perdebatan
antara gereja dan sains mengenai teori evolusi telah memberi kesan yang besar
kepada masyarakat Eropah mengenai pandangan mereka terhadap agama. Ingersoll
sebagai contoh memomok ajaran agama dengan katanya: “religion has reduced
Spain to a
guitar,
Italy
to a handorgan and
Ireland
to exile”, manakala Karl Max mencemuh agama sebagai candu masyarakat (the opium
of the people).
Pandangan
umum Eropah terhadap agama ini kemudiannya menular kepada tamaddun lain akibat
daripada dominasi barat terhadap negara-negara timur dan selatan melalui
penjajahan, kekuasaan ketenteraan, ekonomi dan akhir-akhir ini melalui
globalisasi. Proses penularan kefahaman ini di negara-negara timur dan selatan
terutama
Asia adalah kompleks untuk dihuraikan
kerana ia berkait dengan pelbagai faktor lain seperti politik, sosial,
pendidikan dan lain-lain.
Namun persoalan
asasnya apakah sikap tamaddun negara-negara tersebut yang berasaskan kepada
agama tertentu seperti Hindu, Buddha dan Islam terhadap kajian-kajian sains? Penulis
Islam seperti M.Husain Sadr berpendapat bahawa tamaddun timur tidak mempunyai
pandangan negatif terhadap kajian sains bahkan keadaan yang berlaku adalah
disebaliknya iaitu menggunakan kajian sains bagi menyokong dan memperkuatkan
ajaran agama. Oleh yang demikian Sadr berpendapat pertentangan agama dan sains
adalah ciptaan unik Barat dan mereka yang
cuba untuk mengaitkan dengan
tamaddun lain mungkin bersifat
Eurocentric.
Pun begitu andaian bahawa Sains Barat menentang agama bukanlah gambaran yang
menyeluruh kerana terdapat argumen menyatakan bahawa kajian sains juga
menyokong doktrin dan dogma kristianiti dan apa yang berlaku pada masa lepas
adalah salah faham antara saintis dan paderi dan campurtangan politik dan serta
perebutan pengaruh antara golongan tertentu dalam negara Eropah. Oleh demikian,
semacam terdapat dua pandangan yang berbeza mengenai peranan sains dan agama
mengikut pelbagai kebudayaan dan agama. Berasaskan kepada huraian-huraian di
atas artikel ini bertujuan untuk membentangkan pandangan mengenai peranan agama
dan sains dan
cuba
untuk membincangkan apakah terdapat penyesuaian di antara kedua-duanya (jika
ada).
Agama dan Sains: Perbezaan dan Persamaan
Agama sering
ditakrifkan sebagai kepercayaan kepada kuasa supernatural atau Tuhan.
Kepercayaan ini akan terselah dalam bentuk komitmen sama ada secara berkelompok
atau peribadi dalam bentuk kepercayaan dan amalan ritual. Perkataan agama di
dalam bahasa Inggeris yang bermaksud
religion
berasal daripada bahasa latin
religio yang mempunyai beberapa makna antaranya
takut (
fear), mengumpul (
gather) atau untuk mengulang-gulangkan
sesuatu sehingga menjadikannya sesuatu yang lazim (
to pass over things repeatedly to bind things together).
Dalam
bahasa Arab agama diterjemahkan sebagai
millah
atau
din. Kedua-dua istilah ini
ditakrifkan sebagai jalan atau cara yang diamalkan bagi penyembahan kepada
tuhan. Daripada maksud ini agama boleh difahamkan sebagai (1) takut kepada
tuhan atau tuhan-tuhan dan segala macam ritual yang dibuat bagi menghormati
tuhan itu seperti dalam agama
abrahamic,
(2) satu obsessi untuk mengadakan amalan ritual kerana perkara tersebut
merupakan amalan yang telah dilakukan secara turun temurun lagi seperti dalam
agama dan kepercayaan nenek moyang dan (3) kehendak ramai bagi membolehkan
masyarakat secara umumnya terlibat dalam upacara keagamaan seperti dalam agama
Hindu. Daripada huraian agama di atas agama lebih tertumpu kepada persoalan
kepercayaan semata-mata atau
faith
tanpa menunjangkan kepercayaan itu kepada apa-apa asas empirikal. Ini tidak
menghairankan kerana kepercayaan agama secara umum tidak menghendaki logik dan
pembuktian empirikal. Begitu juga agama dan pemuka agama seperti paderi dan
rahib tidak bertanggungan untuk menunjukkan bukti-bukti terhadap doktrin ajaran
agama mereka. Agama sebagaimana kata sesetengah ahli agama hanya memerlukan
perasaan kasih saying, ihsan dan penyerahan sebagai syarat kepercayaan
kepadanya.
Sains lazimnya
diasosiasikan dengan metod atau proses rasional serta empirikal untuk mengkaji
fenomena alam atau kejadian alam. Secara logiknya data yang diperolehi oleh
sains adalah bersifat objektif dan neutral. Ini adalah kerana asas penting di
dalam sains adalah kuasa taakulan atau
reasoning
bagi menerangkan hakikat sesuatu perkara. Kuasa taakulan ini dikatakan adalah
bebas dari pengaruh-pengaruh nilai atau etika. Oleh yang demikian konsep-konsep
agama seperti hari kiamat atau kehidupan selepas kematian tidak mendapat tempat
dalam sains kerana konsep tersebut tidak dapat diterangkan atau dibuktikan
melalui metod empirikal sains secara rasional. Namun begitu tanpa disedari
tujuan, arah tuju dan pemakaian konsep atau teori sains adalah didasari oleh
nilai-nilai tertentu. Azizan Baharuddin dalam konteks ini menyatakan terdapat
dua aliran falsafah secara implisitnya mendasari kemajuan sains masa kini iaitu
aliran
scientism dan aliran
reductionism.
Dalam hubungan ini maka tidak hairanlah jika ada orang bercakap bahawa sains
juga adalah satu bentuk agama kerana mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.
Daripada
penerangan di atas seolah-olahnya terdapat perbezaan ketara antara sains dan
agama atau dengan kata lain pertentangan antara dogma dan rasional. Mengikut
Khalijah Saleh dalam syarahan perdananya pada tahun 1996 pertentangan ini
banyak berpunca daripada sikap ahli-ahli sains barat yang
cuba untuk
memisahkan agama, doktrin metafisik serta nilai-nilai kemanusiaan dari
perbincangan dan proses sains. Mengikut analisisnya faktor ini menjadikan sains
terpisah jauh dari budaya orang Melayu Islam di Malaysia dan seterusnya
menjadikan masyarakat Melayu tidak bersedia untuk meneroka bidang sains
sepenuhnya.
Brooke
semasa menghurai perhubungan agama dan sains berpendapat bahawa tidak semua
perhubungan sains dan agama dalam keadaan konflik. Brooke memberi dua lagi
keadaan iaitu sains dan agama saling lengkap melengkapi dan penemuan sains
memberi manafaat kepada pengukuhan ajaran agama.
Konflik antara
agama pada masa lepas dikatakan adalah berpunca daripada sikap ahli agama yang
tidak bersedia untuk bertolak ansur dan mengamal sikap keterbukaan dalam
menilai penemuan sains. Dalam tamaddun barat, pertentangan agama dan sains
adalah berpunca daripada sikap ahli agama yang enggan memisahkan dasar ajaran
agama dengan simbol atau perlambangan tertentu seperti penolakan teori
Heliocentric Copernicus kerana
mempertahankan doktrin
Geocentric
bahawa bumi adalah pusat alam. Azizan juga menunjukkan kepada kita bahawa
pertentangan ini juga wujud dalam tamaddun Islam di mana tokoh-tokoh reformis
Islam seperti Sayyid Ahmad Khan, Afghani dan Iqbal mendapat tentangan daripada
ulama-ulama tradisi ketika mana tokoh-tokoh reformis ini menganjurkan sikap
keterbukaan kepada sains dan kemajuan ilmu pengetahuan moden.
Begitu juga sains bukanlah penyebab utama keruntuhan agama. Drees berpendapat
bahawa sains bukan faktor utama kemerosotan agama di Barat. Faktor lain yang
lebih utama mengikutnya adalah sikap ajaran agama itu sendiri terhadap
perubahan seperti toleransi terhadap kebudayaan dan agama lain dan sikap dingin
masyarakat kepada agama. Bagi Dress, walaupun terdapat kemerosotan dalam agama
di Barat, ia
masih penting memandangkan agama merupakan faktor yang membentuk cara hidup,
pengalaman dan pandangan seseorang terhadap dunia dan sekelilingnya.
Agama dan Sains Saling Memerlukan
Semasa
membincangkan konflik antara agama dan sains, Brooke mengemukakan dua keadaan
yang saling bercanggah iaitu (1) apabila terdapat konflik antara agama dan
sains, maka agama akan mengalah dan memberi laluan kepada sains, namun (2)
walau sains telah berjaya memperkecilkan agama, ia masih dapat bertahan dan
tidak dapat dihapuskan pengaruhnya.
Kenyataan ini menunjukkan bahawa sains dan agama mesti wujud bersama-sama demi
untuk kesejahteraan umat manusia. Ia juga boleh memberi makna bahawa agama dan
sains tidak semestinya wujud dalam konflik, tetapi juga saling bantu membantu
dan mewujudkan masyarakat dunia yang lebih baik. Ini adalah kerana jika dulunya
agama berada dalam keadaan defensif, maka sekarang tiba giliran sains yang
menjadi sasaran kritikan kerana kegagalannya menyumbang kepada kesejahteraan
manusia terutama penggunaan teknologi sains secara berlebihan yang menyebabkan
pencemaran alam, masalah dan isu moral dan sebagainya. Azizan menegaskan bahawa
sudah tiba masanya kemajuan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi
didasari dengan nilai-nilai kemanusiaan. Bagi Azizan kemajuan dan survival umat
manusia bergantung kepada gabungan antara kaedah empirikal sains dan
nilai-nilai kemanusian.
Agama, mengikut
Azizan lagi boleh belajar daripada sains dari segi menerima perubahan. Jika
agama adalah kebenaran maka penemuan sains akan menjadikan ajaran agama semakin
kukuh kerana sains adalah pemerhatian kepada bukti-bukti empirikal kejadian
alam.
Azizan
menerangkan bahawa sains itu adalah kefahaman terhadap aspek luaran sesuatu
realiti, manakala agama adalah kefahaman terhadap aspek dalaman realiti itu.
Oleh demikian agama dan sains saling memerlukan untuk mencapai keseimbangan
alam ini. Sebagai contoh persidangan mengenai alam sekitar dunia mengistiharkan
bahawa pengaruh dan kuasa moral agama hendaklah digunakan bagi mengakhiri
ekploitasi manusia yang tidak terkawal terhadap sumber-sumber alam serta
menanam semangat bertanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar.
Dari
aspek agama, sains juga mengajar akan kelemahan
dan kekurangan manusia untuk memahami fenomena alam sepenuhnya. Sebagai contoh
kejadian ombak tsunami yang melanda negara-negara Asia pada 27 Disember 2004
yang telah mengorbankan lebih 100,000 jiwa mengingatkan ahli-ahli sains dan
juga orang ramai bahawa sains ada batasannya. Maka yang menjangkau batasan ini
adalah agama. Maka bagi saintis Muslim perkara ini amat relevan kerana ia
mengingatkannya sebagai makluk ciptaan Allah swt.
Sikap agama masa
kini, terutama Kristianiti, terhadap sains juga telah berubah dengan drastiknya.
Penemuan dan pengumuman oleh gereja menyatakan bahawa ajaran-ajaran Injil
tidaklah bercanggah atau menekan pemikiran saintifik terutama dalam aspek
kritikal seperti pengklonan gen, kejuruteraan genetik dan tenaga nukliar. Namun
apa yang memeranjatkan ialah pengumunan oleh gereja katolik bahawa kejadian
manusia berkemungkinan bukan ciptaan Tuhan secara tiba-tiba, tetapi melalui
proses evolusi.
Sungguhpun pihak gereja katolik tidak merujuk kepada teori evolusi dalam
kenyataan ini, ramai yang memahami bahawa ia adalah pengiktirafan kepada teori
evolusi
Darwin.
Apa yang berlaku kepada gereja Katolik secara mikronya tidaklah penting kerana
kontroversi teori
Darwin
tersebut mungkin tidak dapat diterima oleh agama atau tamaddun lain terutama
Islam. Namun apa yang mustahaknya sudah terdapat titik pertemuan atau
sekurang-kurangnya kerjasama antara sains dan agama.
Kesimpulan
Konflik antara
agama dan sains mungkin berpunca dari keunikan satu tamaddun Barat yang telah
menular kepada tamaddun lain akibat dominasi Barat ke atas umat dunia melalui
penjajahan, penguasaan ekonomi dan ketenteraan serta globalisasi. Konflik ini
telah menurun masa kini kerana interaksi dengan tamadun lain yang tidak
mempunyai pandangan yang hostail terhadap kajian dan penemuan sains. Keadaan
sekarang menunjukkan terdapat penyesuaian dan kerjasama di antara sains dan
agama. Antonino Zichichi, seorang pakar nukliar fizik Itali yang terkenal
menyatakan: “Alaf baru akan menyaksikan kerjasama agung di antara agama dan
sains Galileo’.
Kerjasama
ini berpunca daripada sikap keterbukaan agama dan sains dalam menilai fenomena
alam demi kesejahteraan umat manusia. Perkara ini sudah lama ditegaskan oleh
Iqbal dengan katanya: “the only course open to us is to approach modern
knowledge with a respectable but independence attitude and to appreciate the
teachings of Islam in the light of that knowledge, even though we may be led to
differ from those who had gone before us”.
5. Rujukan