Tuesday, 31 December 2024

Kewajipan Sijil Halal Melalui Perlesenan Perniagaan?

Cadangan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan (MPKB) melalui laporan akhbar pada 28 Disember 2024 yang lalu untuk mewajibkan pemilik premis makanan yang menjual makanan dan minuman kepada orang Islam sebelum kelulusan lesen perniagaan diberikan menerima pelbagai reaksi dari masyarakat. Walaupun begitu, isu ini tidaklah panas, memandangkan pada masa yang sama, tumpuan media diberikan terhadap isu hukuman sebatan di luar penjara terhadap pesalah jenayah Syariah. Berita akhbar di atas pada mulanya melaporkan pandangan atau kenyataan seorang menteri yang menyatakan bahawa keputusan MPKB tersebut tidak selaras dengan pendirian kerajaan persekutuan yang hanya menggalakkan premis penjualan makanan memperolehi sijil pengesahan halal Malaysia (SPHM). Begitu juga terdapat kebimbangan syarat sebegini akan membebankan peniaga kecil memandangkan terdapat kos permohonan SPHM yang terpaksa ditanggung oleh mereka serta juga proses permohonan yang perlu memenuhi pelbagai syarat yang mungkin boleh menimbulkan kerumitan dan kelewatan. Sungguhpun pihak JAKIM sebelum ini memberi jaminan bahawa semua permohonan akan diproses secepat mungkin, namun komplikasi boleh timbul memandangkan ramai di antara peniaga-peniaga kecil ini tidak memahami atau perihatin kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Kebimbangan ini sudah diantisipasi oleh pihak MPKB melalui kenyataan di akhbar pada 29 Disember 2024 bahawa kewajipan ini tidak terpakai kepada peniaga kecil atau gerai jalanan. Ianya lebih tertumpu kepada premis menjual makanan milik bukan Islam yang turut menjual makanan kepada orang Islam. Namun dalam laporan akhbar berbahasa Melayu syarat SPHM hanya dikenakan pada tujuh tempat sahaja tanpa menyebut sama ada ianya milik orang Islam atau tidak. Alasan yang diberikan bagi keputusan ini adalah untuk menjaga kemaslahatan 95 peratus penduduk Islam di Kelantan. Pada pandangan saya langkah ini adalah wajar memandangkan terdapat pelbagai laporan akhbar mengenai gerai makanan atau restoran tertentu yang menjadi tumpuan ramai termasuk orang Islam selepas digembar gemburkan di dalam media sosial. Ada di antara gerai makanan dan restoran ini diragukan tentang status halal makanan yang dijual. Berbalik kepada kenyataan bahawa kewajipan ini bercanggah dengan polisi kerajaan Persekutuan dan justru itu tindakan MPKB ini sesuatu yang tidak betul mungkin kurang tepat. Ini adalah kerana syarat berkenaan ditentukan oleh badan berkuasa negeri dan kerajaan tempatan yang berbidangkuasa. Pengenaan syarat ini pada pandangan saya adalah sama sahaja dengan syarat-syarat tambahan lain yang dikenakan sebelum ini seperti permastautin, umur, perkerjaan, jantina, pendidikan, pendapatan dan sebagainya. Namun yang lebih penting dari itu ia tidak menghalang mana-mana orang yang ingin menjual makanan tidak halal kepada orang bukan Islam sesuai dengan prinsip kebebasan beragama Perlembagaan Malaysia.    






 

Saturday, 28 December 2024

Memudahkan Proses Perkahwinan Rakyat Malaysia di Selatan Thai, Satu Keperluan?

Tajuk keratan akhbar di bawah hanyalah satu bentuk endorsmen kepada sesuatu yang mungkin tidak perlu. Tidak dimungkiri bahawa terdapat keadaan yang perlu bagi mengadakan proses seperti yang dilaporkan. Sebagai contoh bagi staf atau pelajar yang bernikah dengan warga asing di negara mana perkahwinan tersebut berlangsung. Namun dalam konteks apa yang berlaku di Selatan Thai ialah seolah-olahnya perluasan pentadbiran jabatan agama Islam negeri-negeri Malaysia di wilayah-wilayah selatan Thailand. Ini adalah kerana rata-rata yang mendaftar pernikahan berkenaan adalah rakyat Malaysia yang mana perkahwinan pasangan berkenaan boleh diproses di Malaysia sendiri. Sudah menjadi maklum mengapa pasangan berkenaan "bermusafir" ke wilayah-wilayah berkenaan bagi melangsungkan perkahwinan. Baik sama ada perkahwinan pasangan berkenaan didaftarkan di Konsulat Malaysia atau tidak, permohonan pengesahan perkahwinan berkenaan masih boleh dibuat ke Mahkamah Syariah di Malaysia. Hanya mereka akan berhadapan dengan beberapa proses siasatan yang mungkin memakan masa serta terdedah kepada hukuman yang selalunya dalam bentuk denda yang mudah untuk dibayar. Oleh yang demikian rungutan kenaikan kos pernikahan seperti yang dilaporkan di bawah, akibat dari pertambahan satu hari masa pemprosesan pengesahan oleh pihak Konsulat bukanlah isu besar yang perlu dibangkitkan. Ini adalah kerana proses itu sendiri seperti menyediakan kemudahan bagi tujuan pengesahan perkahwinan berkenaan di Malaysia nanti yang sudah tentu akan menjimatkan masa dan kos bila berurusan dengan pihak Mahkamah Syariah memandangkan dokumen-dokumen penting sudah secara rasmi disahkan oleh pihak Konsulat sebagai bukti kukuh kesahihan perkahwinan berkenaan. Mungkin tujuan proses ini berniat baik bagi membantu pasangan terlibat memudahkan urusan mereka apabila kembali ke Malaysia. Persoalannya apakah pihak-pihak lain seperti isteri atau isteri-isteri bagi perkahwinan poligami atau wali atau penjaga bagi perkahwinan wali enggan atau bawah umur akan bersetuju dengan niat baik ini? Saya rasa kita tahu apa jawapannya.     



 

Pemerkasaan Undang-undang Islam di Malaysia


Pemerkasaan Undang-undang Islam di Malaysia

Penulis rencana akhbar di bawah memberitahu pembaca kenapa bidangkuasa Mahkamah Syariah serta punca kuasa agensi Agama Islam di Malaysia terutama jabatan Mufti perlu diperkasakan. Menurutnya pada masa kini terdapat peningkatan kes-kes yang mencabar bidangkuasa Mahkamah Syariah. Ini antaranya mencabar bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar permohonan badan atau entiti milik orang Islam seperti Majlis Agama Islam atas alasan Mahkamah Syariah hanya berbidangkuasa kepada orang Islam yang ditafsirkan sebagai individu yang menganut agama Islam. Mengikut penulis rencana melalui perkembangan semasa yang mencabar ini sudah sampai masanya undang-undang yang berkaitan dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah serta punca kuasa agensi-agensi Agama Islam diperkasakan supaya segala cabaran ini boleh di atasi dengan baik. Pergantungan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada dalam menghadapi cabaran semasa ini sungguhpun boleh dipertahankan melalui hujah-hujah di Mahkamah, namun penerimaannya banyak bergantung kepada kecendurangan, minat dan kefahaman pihak yang menghakimi kes-kes berkenaan. Keadaan ini boleh menimbulkan keadaan tidak pasti dan kebimbangan kepada kedudukan masa hadapan undang-undang Islam di Malaysia. Justru itu penulis mencadangkan dua langkah yang perlu diambil bagi memperkasakan kedudukan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah di Malaysia iaitu:

(1) Melaksanakan cadangan pindaan RUU 355 bagi memberi bidang kuasa yang sewajarnya kepada Mahkamah Syariah. Namun dalam konteks ini penulis membuat kritikan kenapa dalam pelaksanaan hukuman undang-undang Jenayah Syariah Islam, diperlukan kelulusan daripada Parlimen? Penulis tidak memberi solusi kepada kritikan ini.

(2) Bidang kuasa mahkamah Syariah harus diperluaskan kepada badan atau entiti milik orang Islam seperti Majlis Agama Islam. Perluasan bidangkuasa ini memerlukan kepada pindaan kepada Perlembagaan. Penulis tidak memberi apa-apa cadangan spesifik bagaimana untuk melaksanakan pindaan ini.

Namun sebagai langkah awalan RUU Mufti seperti yang sekarang diperdebatkan perlu diluluskan supaya martabat institusi Islam di Malaysia dapat diperkasakan.
  
    


 

Sunday, 8 December 2024

Medical Takaful/Insurance Re-Pricing Not Final

It seems that this issue of Medical Takaful/Insurance re-pricing is still being debated. The Takaful and Insurance Operators, it appears to have settled the re-pricing process and everything seems to move towards that. Even one of the certificate holder as reported below already received a notice from the company on the increased premium. Naturally many people are not happy with this increase which has been viewed by as outrageously high and frequent. Under pressure, particularly where the question was raised by several MPs in the Parliament on the matter, the Finance Ministry agree to review the hike. The news was reported in a Malay papers and did not not make the way to one of the English new papers that I subscribe. It seems to be something of a great concern to the government as the Prime Minister himself has to make a statement. Not sure what the outcome of this review will be. I am sure, the re-pricing will still increase the price but less than what has been proposed previously.







  

Monday, 2 December 2024

Medical Insurance "Repricing" a.k.a. pay more

The term repricing here is on the increase of premium that the policy holder has to pay in the coming years as the result of the rising of medical cost inflation up to more than 50 percent since 2021. Three main factors have been identified to this increase. (1) rising cost of medical treatments (2) use of new technologies (which is in my view supposed to be cheaper? but in medical terms, the prime purpose, I suspect, is to cure illness rather than to reduce cost) and (3) increase demand for the use of private medical services (not sure whether this medial tourism where Malaysia is famous for in one of the reason for this increase). The recent implementation of co-payment option of insurance or co-takaful medical plan can help maintaining the pricing of the premium. In respect of Takaful to my knowledge the existing takaful certificate holders may not be affected by this repricing unless there is a mechanism to do so, such as mutual agreement or provision of the effective contribution based on ceiling rate etc. Anyhow the best way to avoid additional cost to your health care is to stay healthy. 


 

Tuesday, 19 November 2024

Global Internal Audit Standard

This a release of a new standard by the Institute of Internal Auditor (IIA) last January 9, 2024 and will become effective on January 9, 2025 next year. The article below articulates some of the basic objectives and functions of the internal audit in a given organization mainly for the purpose to provide assurance to the Company Board in particular and other stakeholder generally on the company's effective governance, sound management of risk and robust controls on the financial process and other operational functions according to a given standard or rule. For more information on the standard reader can browse this link


   

Monday, 18 November 2024

Bumiputra Economic Position 2024

These are some takeaways from the reporting below:

(1) In the past three years (2021-2023?) Bumiputra owns only 1 out 97 listed firms (hugely disproportioned).

(2) Proposal on mandatory stability reporting of company's employees based on DEI policy. This would make supposedly the increase in Bumiputra participation and  in the economy and promote foreign investment?

(3) Bumiputra household income is 29% lower than Chinese.

(4) Median formal employee wages for Bumiputra is 45% lower than Chinese.

(5) Bumiputra equity ownership is at only 18.4% 

These numbers despite all the policies favor Bumiputra. For that matter proposal takeaway no.2 is no different in my view. That is why GISB probably a good model to study in order to stimulate Bumiputra economy less the ideology.



   

 

What is Non-Bank Financial Institutions?

The bank is where you deposit money for safekeeping or investment and others, make payment and apply for financing. Well other non bank can do a similar function but probably with limitation and more focus to a more specific purpose like protection for Takaful or retirement for Pension Fund. The apparent limitation is probably for retail financing which is mainly handled by Banks.  




Halal in Taiwan



 

Saturday, 16 November 2024

More younger millionaires in Malaysia

The stories told to us that most of them started early in their teens. Dedication, hard work and seizing opportunity at every availability are some of the ingredients to success. But how about the schooling and other form of formal education. There is a trend not to continue studies in pursue of wealth or to put it mildly for the betterment of livelihood. Perhaps educational system as it is today should be revamped as AI is now starting to gain momentum and impacting today's business, politics and even day to day errands.



   

Shia Followers Apprehended in Kedah Malaysia

It will be interesting to see whether there will be a formal charge in Kedah Syariah Court to these suspects. In the past, followers of religious sects or cults considered as deviant form of Islam would claim as non Muslim to avoid prosecution since Shariah Court has no jurisdiction over non Muslim in Malaysia. They will also potentially seeking declaration from the Civil Court that the action taken for their arrest as unconstitutional on the ground of constitutional guarantee on freedom of religion. Of course theologically Shia is accepted as part of Muslim community albeit misguided, nonetheless there are some fatwa in Malaysia which declare them other wise, similar to Ahmadiyyah which was declared by Fatwa as not part of Muslim ummah.



  

Cukai memang tidak popular

 


Friday, 15 November 2024

Many can be learned from this

Harmful action is never acceptable even to animals. So what that is happening currently in Palestine, Lebanon and in the Western Asia as a whole is beyond imagination of every sense of humanity. May Allah protect the weak, the oppressed and provide them strength and security. Amin.

 

The caption says "a youth of 13th years old admitted guilty for burning kitten alive" He was sentenced to juvenile center by the Magistrate. 


Dilema Lulusan Sains Sosial?

Persoalan seperti di petikan-petikan akhbar terlampir di bawah sering didebatkan terutama dalam dekad mutakhir ini akibat dari kepesatan perkembangan sains dan teknologi yang mengubah demografi bentuk pekerjaan dari sains sosial terutama bidang kemanusiaan kepada bidang-bidang berteraskan sains gunaan dan teknologi.  Sebenarnya semua bidang pengajian adalah relevan kerana ia berkaitan dengan penghidupan manusia. Sebagai contoh bidang falsafah yang dikatakan mungkin sukar mendapat tempat dalam pasaran kerja, namun ianya penting bagi melahirkan pekerja atau lulusan yang berfikiran kritikal dan berinovatif. Contoh seterusnya bidang kesenian kerana boleh melahirkan pekerja yang kreatif. Begitu juga dalam bidang bahasa yang penting bagi tujuan komunikasi. Manakala dalam bidang pengajian Islam ia adalah amat penting dalam konteks penerusan tradisi ilmu yang diwarisi sejak dari zaman berzaman bagi memelihara akidah dan hukum Islam dalam menghadapi cabaran zaman. Persoalannya ialah lambakan lulusan berkenaan yang tidak seimbang yang menyebabkan ketidakboleh pasaran lulusan pengajian yang berkaitan. Bahkan bidang-bidang sains dan teknologi pun jika tidak dipelbagaikan akan menyebabkan berlakunya tompokan dan akhirnya menyempitkan peluang pekerjaan dalam bidang berkenaan. Oleh itu secara mudahnya isu yang dihadapi sekarang ialah bagaimana untuk mengimbangkan jumlah lulusan dalam pengajian bidang-bidang terbabit supaya dapat diwujudkan pasaran kerja yang optimum dan realistik dalam pelbagai bidang ilmu. 




  

Keadilan Mangsa Trajedi Tak Bai Thailand Mungkin Luput?

Dalam sistem keadilan Thailand dakwaan jenayah kejadian di atas akan dibatasi oleh had masa 20 tahun. Mengikut laporan di bawah pegawai tentera yang dituduh terlibat dalam kejadian berkenaan tidak hadir dalam perbicaraan menyebabkan kes tidak boleh diteruskan. Ketidakhadiran ini menimbulkan persoalan.




Thursday, 14 November 2024

Majikan Tidak Suka Kerja Dari Rumah (WFH)

Tiga sebab utama sebagaimana yang dilaporkan ialah masalah disiplin, kurang komitmen untuk berkerja dan tiada pengawasan yang berkesan. Mungkin kepada sektor pekerjaan bersifat output harian. Manakala bentuk perkerjaan yang menekankan kepada output dalam tempoh masa tertentu yang bekerja secara tanpa penyeliaan, bentuk kerja secara WFH mungkin lebih produktif.




GST lebih baik dari SST?



Tajuk yang amat sensitif. Kalau menyokong dilihat dengan pelbagai tanggapan. Kalau tidak menyokong dilihat sebagai beremosi. Jika mengikut penulis ini banyak kebaikan GST berbanding sistem SST sekarang. 


 

Saturday, 26 October 2024

Faktor Kesukaran Menghabiskan Agihan Zakat?


Mungkin berlaku kerana faktor pengurusan kewangan secara moden menggunakan budjet dan kaedah perakaunan.  

Friday, 25 October 2024

Kelulusan Sijil Halal Dalam Dalam 15 Hari?


 

NST 19 October 2024

Akta Halal Masih Jauh Lagi Perjalanannya

21 Mei 2012 

Ahmad Hidayat Buang



Akta atau Undang-undang Halal yang diwawarkan dalam media cetak dan elektronik sebagai mendapat kelulusan kabinet dan sebagainya tidaklah semudah sebagaimana yang digambarkan. Perbincangan yang dianjurkan oleh Bahagian Halal JAKIM menyerlahkan beberapa masalah dasar yang masih belum dapat diselesaikan. Akta ini bertujuan untuk menyelaraskan semua peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan urusan halal dan memberi JAKIM kuasa perundangan berkaitan halal terutama dari segi pengeluaran sijil halal, pemantauan dan penguatkuasaan peraturan halal. Perkara pokok yang dijelaskan menghalang pelaksanaan cadangan Akta Halal ini nampaknya masih berkait rapat dengan persoalan kuasa negeri berkaitan dengan agama Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Memandangkan cadangan Akta Halal ditafsirkan sebagai perkara yang berkaitan dengan agama Islam maka ianya terletak di bawah bidang kuasa negeri dan oleh itu Parlimen tidak berhak untuk membuat undang-undang yang berkaitan dengannya. Hujah untuk menyamakan perkara halal ini dengan kewangan dan perbankan Islam pun tidak dapat diterima, memandangkan perkara mengenai perniagaan dan perbankan memang jelas diperuntukan dalam Perlembagaan terletak di bawah senarai Persekutuan. Begitu juga alasan untuk menyamakan dengan urusan tanah tidak dapat diterima kerana terdapat peruntukan dalam Perlembagaan yang berkaitan dengan penyelarasan pentadbiran tanah. 

Oleh yang demikian mengapa tidak dibiarkan sahaja urusan halal ini ditangani oleh pihak negeri, tanpa campur tangan kerajaan Persekutuan. Mengapa pihak JAKIM perlu bersusah payah mahu mencadangkan satu undang-undang atau akta yang jelas sukar untuk dilaksanakan? Jikalau dalam perkara-perkara lain seperti Mahkamah Syariah, perkahwinan, perceraian, wakaf, zakat, baitulmal, fatwa dan lain-lain boleh diuruskan oleh pihak negeri sebagaimana biasa mengapa tidak pula urusan halal. Bahkan mengikut pengamatan penulis, sudah ada pun peruntukan mengenai makanan halal di dalam undang-undang negeri terutamanya Enakmen Jenayah Syariah. Manakala dari segi fatwa pula sudah banyak pandangan dan nasihat agama dikeluarkan mengenai perkara halal. Tambahan pula pihak negeri sendiripun mahu menguruskan perkara halal sebagaimana dengan kewujudan sijil-sijil halal negeri. Jawapan kepada persoalan ini harus dilihat dari segi keberkesanan undang-undang. Sudah banyak rungutan mengenai urusan pentadbiran agama Islam di Malaysia akibat kepelbagaian dari segi undang-undang, pentadbiran, proses dan amalan. Sungguhpun perkara ini telah di atasi namun masih terdapat beberapa perkara yang kerapkali dibangkitkan di media massa. Jika dilihat secara kos-efektif dan keberkesanan pentadbiran sudah tentulah perkara ini adalah lebih baik jika ditadbir secara bersepadu dan terselaras. Namun begitu realiti undang-undang dan institusi yang diwarisi sejak dari dahulu menjadikan urusan agama itu diuruskan secara tersendiri oleh negeri-negeri. Mungkin ada kebaikan atau keunikan tertentu di dalam sistem yang diamalkan kini. Itu tidak dapat dinafikan. 

Sungguhpun demikian, akibat perubahan masa terdapat perbezaan dalam urusan halal ini dengan urusan keagamaan lain. Jika pada masa dahulu urusan halal dan haram adalah perkara keperluan persendirian umat Islam namun kini ianya sudah menjadi satu industri, satu bentuk perniagaan multinasional dan internasional. Urusannya lebih hampir kepada industri kewangan Islam. Oleh yang demikian meletakan urusan halal dalam situasi masa dahulu mungkin akan menjejas keberkesan urusannya dari segi proses, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang. Berbeza dengan urusan agama yang lain, urusan halal ini sejak dari dahulu lagi apabila melibatkan agensi-agensi kerajaan yang lain yang melibatkan import eskport barangan makanan diuruskan oleh pihak JAKIM. Apatah lagi untuk melindungi kemaslahatan masyarakat Islam daripada penyelewengan dan penyalahgunaan logo halal oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian mahu tidak mahu urusan halal ini perlu ditanggani oleh satu pihak di peringkat Pusat, khususnya apabila melibatkan pihak dari luar negara.

Memang tidak dinafikan bahawa pada masa kini pihak JAKIM bagi pihak kerajaan Pusat telah diberi tanggungjawab bagi menguruskan urusan halal seperti pengeluaran sijil dan penguatkuasaan logo halal. Namun tangunggjawab ini hanya berpunca daripada arahan eksekutif dan bukan daripada kuasa undang-undang melalui Akta tertentu. Ini adalah kerana urusan produk dan makanan halal di Malaysia melibatkan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) dan pihak kerajaan tempatan. Kementerian-kementerian dan jabatan ini mempunyai kuasa melalui akta mereka bagi menjalankan tanggungjawab dan fungsi masing-masing. Oleh yang demikian Akta Halal ini boleh memberikan JAKIM kuasa undang-undang yang dikehendakinya menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya dalam urusan halal. Memang tidak dapat dinafikan kerjasama yang erat telah diberikan oleh agensi kerajaan yang lain kepada JAKIM untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam perkara halal. Sebagai contoh Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan baru-baru ini telah mengiktiraf penggunaan logo halal JAKIM dan Majlis Agama Islam negeri sebagai logo halal yang boleh dipamerkan oleh badan perniagaan. Begitu juga kakitangan JAKIM dilantik sebagai pegawai penguatkuasa di bawah Akta berkenaan. Namun begitu Akta diletakkan di bawah KPDNKK.    

Perlembagaan Malaysia telah digubal sejak 50 tahun yang lalu. Dalam tempoh masa itu kita melihat banyak pindaan telah dibuat kepada Perlembagaan. Tujuan pindaan ini dibuat adalah bagi menyesuaikan Perlembagaan berkenaan dengan perkembangan semasa. Sebagai contoh utama ialah pindaan kepada perkara 121 (1A) Perlembagaan Malaysia pada tahun 1988 terhadap bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar kes-kes yang berkaitan dengan undang-undang Islam secara eksklusif. Kita melihat selepas pindaan ini Mahkamah Syariah telah berkembang menjadi institusi agama Islam yang mantap dan kukuh. Persoalan halal haram dalam kerangka Perlembagaan mungkin sesuai pada masa dahulu. Dengan perkembangan perniagaan halal pada masa kini kerangka ini mungkin lagi tidak sesuai. Ramai pihak kurang selesa dengan pendekatan pindaan Perlembagaan ini bagi membolehkan penggubalan Akta Halal kerana melibatkan banyak perkara yang sensitif dan seterusnya menjadikan usaha yang murni ini sesuatu yang sukar terutama dalam keadaan politik semasa yang tidak menentu. Namun begitu didapati banyak perkara yang berkaitan dengan kemaslahatan umat Islam di Malaysia pada hari ini nampaknya bukan dihalang oleh kehendak masyarakat atau rakyat, dan bukan juga oleh pengaruh politik atau pemerintahan, tetapi halangannya banyak kepada aspek-aspek kuasa dan teknikal perundangan serta pentadbiran. Jika dilihat kepada pengalaman negara-negara Islam yang lain yang cuba untuk melaksanakan prinsip-prinsip Syariah dalam pemerintahan dan pentadbiran negara, kegagalan berlaku bukan kerana tiada kehendak atau peruntukan undang-undang, namun berpunca daripada kekurangan kepakaran dalam sistem pentadbiran yang menyokong usaha-usaha itu.

Tuesday, 22 October 2024

Wakaf, Takaful dan Skim Hybrid Persaraan



Dalam skim persaraan tradisional KWSP yang ada pada masa sekarang dikatakan bersifat sumbangan langsung dari pekerja dan majikan. Sistem ini dikatakan tidak lagi sesuai dengan perkembangan semasa terutama dalam konteks ekonomi digital. Secara umumnya dalam skim hybrid yang dicadangkan ini masih mengabungkan sumbangan pekerja dan majikan di mana sumbangan tertakrif atau defined contribution (DC)  disumbangkan oleh pekerja dan manfaat tertakrif atau defined benefit (DB) disumbangkan oleh majikan.  Mengikut penjelasan yang diberikan seperti dalam keratan akhbar di bawah sumbangan-sumbangan ini adalah milik kolektif pekerja bagi tujuan pembayaraan persaraan mereka ketika waktu bersara. Oleh yang demikian struktur skim hybrid ini nampaknya hampir sama dengan skim persaraan kerajaan yang mana sumbangan pekerja dimasukkan dalam satu tabung. 

Memandangkan ianya adalah milik kolektif maka terdapat cadangan supaya prinsip wakaf dan takaful digunakan dalam pengelolaan skim hybrid ini. Cadangan ini boleh diteroka bagi tujuan pelaksanaannya secara yang lebih praktikal. Namun perlu diingat jika menggunakan wakaf sumbangan tersebut bukan lagi menjadi milik pekerja. Namun begitu syarat boleh dibuat bagi pengendali wakaf persaraan berkenaan untuk membuat bayaran tertentu kepada pekerja berkenaan samada berbentuk sekali gus atau saraan bulanan ketika persaraan nanti. Struktur ini adalah hampir sama dengan modul takaful berasaskan wakaf. Manakala penggunaan takaful mungkin bermaksud sumbangan berkenaan dimasukkan dalam mana-mana skim berkelompok Takaful bagi tujuan pembayaran ketika persaraan nanti. Sumbangan takaful boleh dibuat oleh kedua-dua pekerja dan majikan. Kelebihan struktur takaful ialah terdapat manfaat kematian dan ilat kekal serta jaminan deposit oleh kerajaan.    



Menyentuh tentang Takaful dan Wakaf terdapat dua keadaan. Pertama ialah modul Takaful berkenaan berasaskan kepada wakaf sebagaimana yang dijelaskan di atas. Modul ini tidak diamalkan di Malaysia. Setakat ini modul ini dilaksanakan di Pakistan. Namun cara pengurusannya hampir sama sahaja dengan modul wakalah di mana pengendali atau operator Takaful boleh mengenakan yuran wakalah dari tabung wakaf. Perbezaannya dengan modul wakalah ialah sebagaimana dalam konteks wakaf boleh menggunakan wang dari tabung wakaf untuk perbelanjaan pengurusan Takaful berkenaan. Sunggupun demikian lebihan atau surplus jika ada tidak boleh dikongsi bersama dengan operator sebagaimana yang berlaku dalam modul wakalah. 

Keadaan kedua takaful dan wakaf ialah sama ada gabungan antara takaful dan wakaf sebagaimana yang ditawarkan oleh Hong Leong MSIG Takaful atau pilihan oleh pencarum atau peserta Takaful untuk menyumbang manfaat takaful berkenaan sebagai wakaf seperti yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful. Gabungan antara wakaf dan takaful oleh Hong Leong MSIG Takaful dibuat secara bersama dengan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). Dalam produk ini 5% dari sumbangan wakaf peserta akan digunakan oleh YWM bagi perbelanjaan pengurusan. Di samping sumbangan terus sebagai wakaf, peserta juga diminta bersetuju untuk menyumbang kepada YWM sebagai wakaf dengan kadar tidak melebihi dari 1/3 manfaat takaful apabila berlaku kematian. Nampaknya kedua-dua Takaful berkenaan tidak membenarkan penamaan manfaat berkenaan secara hibah bersyarat, sebaliknya menganggapnya sebagai wasiat. Pun begitu dari segi proses pentadbiran agihan manfaat takaful ini samada kepada YWM atau badan-badan wakaf yang lain dijangkakan akan dibuat sepertimana penamaan. Ini adalah kerana agihan secara wasiat memerlukan surat kuasa wasiat atau probet dari Mahkamah dan ini sudah tentulah menyulitkan atau melambatkan agihan berkenaan.



Kewajipan Sijil Halal Melalui Perlesenan Perniagaan?

Cadangan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan (MPKB) melalui laporan akhbar pada 28 Disember 2024 yang lalu untuk mewajibkan pemili...