This is about a story of Judge Jasper Yeates, an American that became one of the famous Mixed Court Judge in Egypt. I came across his name when I was a graduate student at SOAS more than 20 years ago. Mixed Court was perhaps an origins to the Egyptian National Court established soon after the abolition of the Mixed Court in 1950. Together with it was the introduction of Egyptian Civil Code 1949 which was considered by its drafter Profesor Dr. Abdul Razzaq al-Sanhuri included it its provision teachings and influence from the Islamic Sharia. This material is intended for my IUGH6113 class, but everyone is welcome to read and thanks to Saudi Aramco.
Saudi Aramco World : Jasper Yeates Brinton: an American Judge in Egypt
Perspektif bertujuan memaparkan pandangan peribadi penulis terhadap pelbagai isu-isu semasa perundangan Islam bagi tujuan perbincangan dan perkongsian bersama. Perspektif is writer's view relating to contemporary issues in Islamic law for discussion and mutual sharing.
Sunday, 17 February 2013
Sunday, 10 February 2013
Ulasan Buku "Albani and His Friends"

Gibril Fouad Haddad (2009), Albani and His Friends: A
Concise Guide to the Salafi Movement, 2nd Edition (Revised and
Expanded) (First Published in 2003), Birmingham: AQSA Publication. 248 pages,
ISBN 978-0-9547540-2-0.
Buku ini adalah respon aliran mazhab kepada beberapa
dasar fahaman salafi/wahabi yang difokuskan kepada beberapa ikon aliran
berkenaan. Yang dimaksudkan aliran mazhab di sini ialah mazhab yang empat
termasuk pegangan mereka dalam perkara akidah yang berasaskan kepada aliran Ash’ariyyah
dan Maturidiyyah serta aliran Tasauf. Albani dipilih oleh penulis sebagai tajuk buku
ini kerana pengaruhnya sebagai ideologue moden dalam aliran salafi/wahabi
terutama kesan pemikirannya kepada pengajian ilmu hadis. Sungguhpun penulis
menyenaraikan 21 tokoh aliran ini termasuk Albani sendiri, namun perbincangan
nampaknya tertumpu kepada enam tokoh iaitu Abd Aziz bin Baz (bekas Mufti Arab
Saudi), Abu Bakr al-Jaza’iri, Muhammad al-Khumayyis, Muhammad Salih al-Uthaymin,
Ihsan Ilahi Zahir dan Albani. Kesemua tokoh-tokoh ini dari Timur Tengah
melainkan Ihsan Zahir dari Pakistan yang terbunuh pada bulan Mac 1987 dalam
satu letupan bom. Sungguhpun tajuk buku ini mengenai rakan-rakan seperjuangan
Albani sangat sedikit penerangan yang diberikan mengenai latar belakang mereka
termasuk Albani. Perbincangan penulis banyak tertumpu kepada apakah pandangan
dan pegangan golongan ini yang dianggap bercanggah dan bertentangan dengan
fahaman mazhab. Malah pendahuluan buku ini menjelaskan maksud perkataan Salaf
dan siapakah yang dikatakan sebagai Salafi. Mengikut penulis golongan Salaf ialah
mereka yang hidup di period awal Islam yang termasuk di dalamnya imam-imam
Mazhab yang empat sehingga ketahun 400 Hijrah (h.14). Masyarakat Islam yang
hidup selepas zaman ini dianggap sebagai golongan khalaf atau muta’akhkhirun.
Penjelasan ini adalah untuk menolak dakwaan golongan salafi/wahabi yang penulis
sifatkan sebagai satu bentuk pseudo-salafiyya (atau mungkin dapat diterjemahkan
dengan salafiyah kazibah). Isi kandungan atau perbincangan buku ini
adalah tidak tersusun dalam ertikata terdapat beberapa topik yang diulang-ulang
di sana sini namun dengan penjelasan yang berbeza. Tokoh yang paling banyak
mendapat perhatian penulis adalah Ibn Baz iaitu sebanyak 72 halaman (hampir
satu pertiga daripada buku ini). Ini tidak mengherankan kerana Ibn Baz dianggap
sebagai spiritual leader salafi/wahabi masa moden kerana kedudukannya
sebagai Mufti Arab Saudi yang berpengaruh dari segi kedudukan politik dan kewangan.
Perbincangan kritikan atau kutukan (atau dalam keadaan tertentu takfir) salafi/wahabi
terhadap aliran mazhab boleh dibahagikan kepada empat yang utama iaitu akidah,
amalan, tradisi pengajian dan perbezaan fiqh. Perbezaan utama akidah
salafi/wahabi yang dianggap menyeleweng oleh aliran mazhab ialah pegangan
terhadap pendekatan tajassum/mujassimah atau anthropomorphism di dalam
perbincangan sifat-sifat Allah. Perkara ini bukanlah perkara baru dalam
perbincangan akidah secara ilmu kalam dalam tradisi keilmuan Islam, namun ianya
melebar kerana propaganda golongan salafi/wahabi melalui gerakan keagamaan
dalam bentuk bantuan kewangan kepada institusi pendidikan atau tokoh-tokoh
tempatan yang menyokong idealism salafi/wahabi dan juga melalui penyebaran
bahan bacaan secara percuma yang mencabar kedudukan dan pegangan aliran mazhab
di kebanyakan negara dan masyarakat Islam. Sebagai contoh golongan
salafi/wahabi telah menghidupkan semula serta mengedarkan secara percuma penulisan
Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim yang telah ditolak oleh ulama aliran Ash’ariyyah
seperti Fatwa Hamawiyya dan al-Qasidah al-Nuniyyah (h.92-93).
Pengerakan salafi/wahabi juga turut menyentuh amalan-amalan keagamaan mazhab
yang dilabel sebagai bid‘ah atas alasan yang mudah iaitu ianya tidak
wujud di zaman Rasulullah s.a.w. Barangkali mungkin benar ada di antara amalan
itu yang bertentangan dengan nas-nas al-Quran atau al-Sunnah, namun justifikasi
kritikan dan pemerangannya itu adalah keras dan radikal. Penulis buku ini membawa
beberapa contoh kritikan tersebut seperti (1) dakwaan bahawa sambutan mawlid
dan (2) berdiri di hadapan makam Rasulullah s.a.w. dengan memberi salam dan berdoa
sebagai bid‘ah, (h.41). Bahkan terdapat kenyataan-kenyataan yang
menghiris dikeluarkan seperti oleh Abu Bakar al-Jaza’iri bahawa “daging yang
disembelih sempena perayaan mawlid itu terlebih haram daripada daging
babi” (h.133) dan bapa serta ibu kepada Rasulullah berada di dalam neraka
(h.131). Sebagai respon kepada kritikan ini penulis telah memberi jawapan
dengan merujuk kepada penjelasan Imam Syafi‘i mengenai bid‘ah kepada mahmudah
dan mazmumah (h.235). Kritikan ini juga berbentuk kecaman dan penghinaan
seperti desakan supaya makam Rasulullah diubah keluar dari masjid dan kubah
hijau masjid Nabi dirobohkan serta kenyataan bahawa umat Palestin seharusnya
keluar daripada Palestin dan biarkan sahaja ianya ditawan oleh Israel sebagai
sebuah negara kafir. Kenyataan sebegini bukan sahaja menghiris umat Islam di
tempat dan negara lain bahkan juga di Arab Saudi yang mana akhirnya Raja Faisal
memerintahkan Albani dikeluarkan daripada Madinah. Beliau selepas itu menetap
di Amman Jordan dan meninggal dunia di sana pada bulan Oktober 1999.
![]() |
| Sheikh Albani |
Golongan
salafi/wahabi, terutama melalui Albani juga dilihat cuba untuk membentuk
pemikiran baru dalam tradisi pengajian Islam dengan menolak mazhab terutama
mazhab Hanafi yang dikatakan dicemarkan oleh pemikiran falsafah golongan Ash’ari
dan muktazilah. Oleh yang demikian mereka menolak Usul al-Fiqh kecuali al-Risalah
oleh al-Shafi‘i, al-Ihkam oleh Ibn Hazm dan al-Muwafaqat oleh
Shatibi (h.55). Asas rujukan fiqh bagi mereka adalah al-Quran dan al-Sunnah
yang harus diambil tanpa pengaruh fahaman mazhab. Bahkan mereka memperkecil dan
menghina mazhab dengan kata-kata al-tawaghit al-arba’ah dan mengelar
Imam Abu Hanifah sebagai ulama awwam (h.54-55). Sebagai gantinya mereka
menabal Albani sebagai pakar ulung dalam bidang hadith dan meletakkannya pada
taraf yang sama dengan Imam al-Awza‘i serta Imam-imam Mazhab yang empat
(h.173). Perbezaan dalam kaedah pemahaman nas-nas Syarak ini akan menyebabkan
timbulnya perbezaan pada amalan fiqh yang selama ini diamalkan oleh umat Islam
yang lain seperti lafaz niat dalam sembahyang, menyapu muka selepas berdoa,
membaca qunut pada waktu solat fajar, membaca al-Quran atau doa kepada simati,
amalan menziarahi keluarga dan sahabat handai pada hari raya dan pelbagai lagi.
Perkara ini adalah masalah cabang yang mungkin tidak menimbulkan persoalan,
namun golongan salafi/wahabi atas alasan puritanism mereka mencerca
amalan-amalan ini sebagai bid‘ah dan bertentangan dengan sunnah. Tidak
memadai dengan itu mereka juga melabel golongan yang tidak bersama mereka
sebagai sesat dan kadang-kadang kafir seperti mereka menuduh golongan tasauf
sebagai mengikut fahaman yahudi, zoroastrinism dan dualism. Bahkan mereka
menuduh al-Qastallani, seorang Imam Muhadithin pensyarah Kitab Sahih Bukhari
sebagai seorang ektremis yang gemar kepada kubur (h.164). Begitu juga perbuatan
Albani dengan membahagikan al-Jami‘ Tirmidhi kepada dua iaitu Sahih
Tirmidhi dan Da’if Tirmidhi di mana semua ulama Hadith masa kini
menganggapnya sebagai satu bentuk penghinaan kepada Imam Tirmidhi (81). Kesimpulannya
buku ini cuba untuk mendedahkan beberapa dakwaan/tuduhan serta cercaan golongan
salafi/wahabi yang dikepalai oleh Albani terhadap aliran mazhab dan apakah
respon kepada dakwaan dan tuduhan itu. Penulis buku ini berasal dari Lubnan dan
memeluk agama Islam semasa melanjut pengajiannya di Universiti of Columbia New York.
| Sheikh Gibril Fouad Haddad |
Wednesday, 6 February 2013
Ulasan Buku "Islamic Banking and Finance"
Munawar Iqbal (ed.) (2001), Islamic Banking and Finance: Current Developments in Theory and Practice, Leicester, UK: Islamic Foundation. 449 halaman termasuk indeks.
Buku ini berasal daripada tajuk-tajuk kertas kerja terpilih seminar yang dibentangkan di Fourth International Conference on Islamic Economics and Banking di Universiti Loughborough, UK pada tahun 2001. Mungkin ulasan buku ini sudah terlewat memandangkan ianya sudah diterbitkan 11 tahun yang lalu. Namun apa yang menarik ialah isu-isu yang dibentangkan telah menjadi realiti pada masa kini. Sebagai contoh ialah cadangan penulis supaya ditubuhkan sebuah badan antarabangsa bagi tujuan regulasi dan penyeliaan badan-badan kewangan Islam telah ditubuhkan pada tahun 2002 melalui IFSB. Perbincangan buku ini dibahagikan kepada tiga iaitu (1) perkembangan terkini teori perbankan dan ekonomi Islam, (2) verifikasi teori melalui survei dan (3) amalan perbankan dan kewangan Islam. Ketiga-tiga bahagian ini dibincangkan dalam 19 bab yang ditulis oleh pakar-pakar dan pengamal kewangan dan perbankan Islam. Kebanyakan daripada mereka (bahkan keseluruhan mereka) terdiri daripada ahli-ahli ekonomi dan
kewangan moden yang mendapat pendedahan mengenai sistem muamalat Islam. Editor buku ini dalam pendahuluannya membawa ringkasan latarbelakang senario perbankan dan kewangan Islam dengan memaparkan pengalaman negara-negara Islam seperti Pakistan, Iran, Sudan dan Malaysia. Sungguhpun ketiga-tiga negara-negara yang pertama ini mendapat sokongan pemerintah dan terdapat perubahan perundangan dan kehakiman dalam sistem kewangan dan perbankan Islam mereka, namun perkembangan terkini menunjukkan Malaysia lebih berdaya maju. Dari segi perkembangan teori terkini perkara yang dibincangkan meliputi larangan gharar dalam aktiviti perbankan dan kewangan, persoalan moral hazard atau bahaya moral, penggalakan penggunaan kontrak perkongsian untung dan persoalan pasaran saham. Kebanyakan isu-isu ini sudah selesai atau sudah menjadi perkara akademik. Sebagai contoh perdebatan mengenai keharusan pasaran saham. Manakala dari segi survei yang dilakukan bagi mengesah teori banyak memberi tekanan kepada persoalan kontrak perkongsian untung rugi. Perbincangan mengenai amalan perbankan dan kewangan Islam adalah pelbagai namun terdapat kecenderungan untuk membuat pembandingan dengan perbankan dan kewangan konvensional dari segi perkembangan dan saiz. Isu-isu ini diringkaskan oleh editor di bahagian pendahuluan buku ini di mana beliau menyatakan dari segi teori terdapat lima perkara yang perlu dikaji dan diperdebatkan iaitu (1) penyertaan perbankan dan kewangan Islam dalam pasaran ekuiti, (2) isu peminjam yang munkir dan penalti kewangan, (3) pengindeksan, (4) kejuruteraan kewangan dan (5) pengurusan risiko dalam tujuh aspek iaitu: akad murabahah, akad salam, akad istisna‘, penggunaan LIBOR, keuntungan bayaran akad mudarabah, penggunaan hedging dan persoalan risiko kecairan kerana kekurangan instrument kewangan dan pergantungan kepada akaun deposit. Isu-isu ini kebanyakannya sudah selesai dijawab dan di atasi. Begitu juga editor meringkaskan beberapa cabaran yang menyentuh operasi perbankan dan kewangan Islam juga kepada lima perkara iaitu: (1) penubuhan institusi kewangan dan perbankan Islam mega di peringkat antarabangsa, (2) pengukuhan dari segi regulasi, pengawasan dan penyeliaan, (3) penubuhan pasaran wang Islam, (4) kerangka tadbir urus yang lebih telus dan mantap dan (5) meningkatkan lagi penggunaan mode perkongsian untung rugi. Sebagaimana di teori kebanyakan isu ini sudah diselesaikan. Namun begitu persoalan perkongsian mode untung rugi masih belum dirungkai sepenuhnya iaitu perkembangan yang berlaku ialah daripada penggunaan akad murabahah telah bertukar kepada ijarah dantawarruq. Dalam konteks Malaysia penggunaan Bay‘ al-‘Inah yang kontroversi itu sudah dilumpuhkan dengan arahan terbaru Bank Negara Malaysia supaya semua bentuk komunikasi atau conditionality yang memaklumkan syarat ‘inah mesti dielakkan. - (boring kan ulasan ini!)
kewangan moden yang mendapat pendedahan mengenai sistem muamalat Islam. Editor buku ini dalam pendahuluannya membawa ringkasan latarbelakang senario perbankan dan kewangan Islam dengan memaparkan pengalaman negara-negara Islam seperti Pakistan, Iran, Sudan dan Malaysia. Sungguhpun ketiga-tiga negara-negara yang pertama ini mendapat sokongan pemerintah dan terdapat perubahan perundangan dan kehakiman dalam sistem kewangan dan perbankan Islam mereka, namun perkembangan terkini menunjukkan Malaysia lebih berdaya maju. Dari segi perkembangan teori terkini perkara yang dibincangkan meliputi larangan gharar dalam aktiviti perbankan dan kewangan, persoalan moral hazard atau bahaya moral, penggalakan penggunaan kontrak perkongsian untung dan persoalan pasaran saham. Kebanyakan isu-isu ini sudah selesai atau sudah menjadi perkara akademik. Sebagai contoh perdebatan mengenai keharusan pasaran saham. Manakala dari segi survei yang dilakukan bagi mengesah teori banyak memberi tekanan kepada persoalan kontrak perkongsian untung rugi. Perbincangan mengenai amalan perbankan dan kewangan Islam adalah pelbagai namun terdapat kecenderungan untuk membuat pembandingan dengan perbankan dan kewangan konvensional dari segi perkembangan dan saiz. Isu-isu ini diringkaskan oleh editor di bahagian pendahuluan buku ini di mana beliau menyatakan dari segi teori terdapat lima perkara yang perlu dikaji dan diperdebatkan iaitu (1) penyertaan perbankan dan kewangan Islam dalam pasaran ekuiti, (2) isu peminjam yang munkir dan penalti kewangan, (3) pengindeksan, (4) kejuruteraan kewangan dan (5) pengurusan risiko dalam tujuh aspek iaitu: akad murabahah, akad salam, akad istisna‘, penggunaan LIBOR, keuntungan bayaran akad mudarabah, penggunaan hedging dan persoalan risiko kecairan kerana kekurangan instrument kewangan dan pergantungan kepada akaun deposit. Isu-isu ini kebanyakannya sudah selesai dijawab dan di atasi. Begitu juga editor meringkaskan beberapa cabaran yang menyentuh operasi perbankan dan kewangan Islam juga kepada lima perkara iaitu: (1) penubuhan institusi kewangan dan perbankan Islam mega di peringkat antarabangsa, (2) pengukuhan dari segi regulasi, pengawasan dan penyeliaan, (3) penubuhan pasaran wang Islam, (4) kerangka tadbir urus yang lebih telus dan mantap dan (5) meningkatkan lagi penggunaan mode perkongsian untung rugi. Sebagaimana di teori kebanyakan isu ini sudah diselesaikan. Namun begitu persoalan perkongsian mode untung rugi masih belum dirungkai sepenuhnya iaitu perkembangan yang berlaku ialah daripada penggunaan akad murabahah telah bertukar kepada ijarah dantawarruq. Dalam konteks Malaysia penggunaan Bay‘ al-‘Inah yang kontroversi itu sudah dilumpuhkan dengan arahan terbaru Bank Negara Malaysia supaya semua bentuk komunikasi atau conditionality yang memaklumkan syarat ‘inah mesti dielakkan. - (boring kan ulasan ini!) Wednesday, 9 January 2013
Kematian Muamar Ghadafi dan Syariah*
*Artikel ini ditulis pada November 2011
© Ahmad
Hidayat Buang 2011
Peristiwa terbunuhnya
bekas pemimpin Libya Kolonel Muamar Ghadafi bersama anak dan bekas menterinya
mengundang pelbagai spekulasi. Bagi ramai orang, terutama rakyat Libya dan pihak
Barat apa yang penting sekarang ini ialah Ghadafi yang dikatakan seorang diktator
yang kejam kepada rakyatnya sendiri telah berjaya dihapuskan. Ini sekaligus
menamatkan episode lama dan bermulanya era baru Libya yang bebas dan
demokratik. Sungguhpun terdapat gesaan pihak tertentu untuk menyiasat bagaimana
Ghadafi terbunuh, namun perkara ini nampaknya bukan satu keutamaan buat masa
kini. Kata orang, penawar atau ubat kepada sesuatu yang trajik adalah masa.
Oleh yang demikian kejadian ini akan hanya dibincangkan apabila keadaan sudah
tenang, emosi sudah pudar, perasaan marah sudah hilang dari ingatan. Apatahlagi
di Libya pada saat ini, untuk dianggap sebagai simpatisan kepada Ghadafi boleh
membahayakan diri dan keluarga. Tujuan saya bukanlah untuk menyokong kezaliman
yang dikatakan dilakukan oleh Ghadafi, tetapi untuk menjelaskan beberapa
perkara yang berkaitan hukum Islam yang mungkin boleh dilihat dari perspektif
yang bebas dari emosi dan sentimen. Perkara ini penting kerana beberapa fatwa
yang dikeluarkan oleh beberapa pihak menyatakan pembunuhan Ghadafi, sebagaimana
yang dipaparkan di dada media atau internet, adalah sesuatu yang halal boleh
menimbulkan salah tanggapan kepada ajaran Islam.
Tidak syak lagi Islam membenarkan peperangan
bagi tujuan mempertahankan diri dan membela agama daripada penindasan. Atas
dasar ini, bagi mempertahankan harta, diri dan keluarga serta amalan agama,
apatah lagi setelah berlakunya kezaliman menyebabkan sesetengah ulama
membenarkan tindakan balas dalam bentuk kekerasan. Sungguhpun demikian, terdapat
pandangan ulama sunni yang tidak membenarkan tindakan menentang pemerintah
Islam walaupun mereka itu kejam, selagimana syiar-syiar dan rukun-rukun Islam
boleh terus diamalkan tanpa halangan. Perkara ini jelas dalam sejarah umat
Islam di mana majoriti ulama, termasuk semua ulama pendiri mazhab yang empat
mengambil sikap berkecuali dalam politik dan pemerintahan Khalifah Umayyah dan
Abasiah. Namun ini tidaklah bermakna ulama-ulama berkenaan berdiam diri. Apa
yang berlaku ialah mereka memberi nasihat dan teguran kepada pemerintah supaya
kembali kepada ajaran Islam sebagaimana Imam Malik yang memberi teguran kepada
Khalifah Abasiah terhadap lafaz taat setia atau bay‘ah yang dibuat
secara paksa.
Walaupun apa hujah yang diberi, jika kita
menerima sekalipun keharusan melakukan tindakan kekerasan yang termasuk antaranya
pembunuhan nyawa manusia Muslim yang lain, masih ada lagi peraturan-peraturan
hukum Syarak dalam pertempuran atau peperangan yang perlu dipatuhi. Dalam
hubungan ini adalah layanan terhadap tawanan perang. Al-Quran jelas memberi
panduan terhadap pilihan yang boleh diambil oleh pihak pemerintah iaitu (1)
dibebaskan, (2) diambil harta tebusan (sebagaimana yang berlaku dalam
peperangan Badr) dan (3) dibunuh. Dalam perbincangan seterusnya melalui al-Sunnah
selain daripada tiga yang di atas tawanan perang juga dijadikan hamba sebagai
tindakan reciprocal amalan musuh Islam yang menjadikan tawanan Muslim
sebagai hamba. Yang dimaksudkan dengan tawanan perang itu ialah apabila
pertempuran telah selesai atau musuh menyerah diri. Apabila keadaan ini berlaku
maka menjadi tanggungjawab pihak yang menang untuk melindungi tawanan perang serta
menjamin hak mereka sebagai seorang manusia seperti makanan, pakaian dan sama
sekali tidak boleh disiksa (apatah lagi dibunuh tanpa proses yang sah). Layanan
secara baik ini bukan sahaja kepada yang masih hidup bahkan kepada yang sudah
terbunuh, di mana Rasulullah s.a.w. melarang para sahabat melakukan perbuatan
menghina mayat tentera kaum Quraisyh yang sebelum ini telah menghina secara
kejam jenazah bapa saudara Nabi, Hamzah ibn Abdul Mutallib yang syahid dalam
peperangan Uhud. Oleh itu apa yang diperlakukan kepada jenazah Ghadafi dan
anaknya adalah sesuatu yang tidak menepati apa yang diajar oleh Baginda
Rasulullah s.a.w. terutama sekali apabila jenazah Muslim.
Para ulama berpendapat apa-apa pilihan tindakan
seperti di atas yang akan diambil oleh pemerintah kepada tawanan perang adalah
berasaskan kepada maslahah dan kepentingan awam. Dalam sejarah Islam, tiga
orang tawanan perang yang dijatuhkah hukuman bunuh oleh Baginda Rasullullah
s.a.w. iaitu Nadir ibn al-Harith, Uqbah ibn Mu’ayt (kedua-duanya dalam
peperangan Badr) dan Abu ‘Azzah al-Jumahi (dalam peperangan Uhud). Mengikut
para pengkaji ketiga-ketiga mereka dijatuhkan hukuman bunuh kerana sikap mereka
yang kejam dan zalim terhadap orang Islam di Mekah. Oleh itu mereka dibunuh
kerana kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan. Dan ianya dilakukan selepas
diperintah oleh Rasulullah s.a.w.. Peristiwa ini dijadikan satu kaedah dalam
undang-undang jenayah Islam iaitu hukuman bunuh termasuk kepada tawanan perang
mesti melalui kuasa pemerintah. Perkara ini juga selaras dengan Konvensyen
Geneva 1949 dalam perkara peperangan. Berkemungkinan besar Ghadafi akan
dijatuhkan hukuman bunuh sebagaimana yang dialami oleh Saddam Husein melalui
proses perundangan. Namun berbeza dengan Ghadafi, Saddam ditawan oleh tentera
Amerika. Jika tidak kemungkinan Saddam juga akan mengalami nasib yang sama.
Dalam apa-apa keadaanpun pengajaran kepada kita ialah sesiapa yang melakukan
perbuatan jenayah dan zalim lambat laun akan menerima hukuman juga samada secara
sewajarnya mengikut lunas-lunas Syariah dan undang-undang atau sebaliknya.
Rujukan
Ahmad al-Dawoody,
The Islamic Law of War: Justifications and Regulations, New York:
Palgrave Macmillan, 2011, hh.136-138.
Muhammad
Abu Zahrah, al-Jarimah wa al-‘Uqubah fi al-Fiqh al-Islami, Kaherah: Dar
al-Fikr al-‘Arabi, 1966.
Saturday, 5 January 2013
PENYESUAIAN ANTARA AGAMA DAN SAINS
Benarkah Sains dan Agama
Bertentangan?
Manusia sejak
dari dahulu lagi mempunyai keinginan untuk mengetahui mengenai perkara-perkara
misteri seperti kejadian dan fenomena alam, manusia, haiwan dan sebagainya.
Keinginan ini timbul kerana manusia mempunyai kuasa intelek. Melalui sejarah
kita mendapati jawapan kepada perkara-perkara ini diperolehi melalui dua cara
utama iaitu agama dan sains. Dalam sesetengah tamaddun seperti tamaddun Kristian
pada zaman pertengahan Eropah (medieval
age) pandangan agama sahaja yang diiktiraf sebagai mempunyai jawapan yang
tepat kepada setiap persoalan, baik sama ada persoalan yang menyentuh alam
fizikal mahupun metafizikal. Dalam tamaddun ini, mereka yang cuba mempersoalkan
autoriti gereja (church) akan dihukum dengan berat dan sebarang percanggahan
dengan doktrin gereja tidak dibenarkan sama sekali sebagaimana yang berlaku
kepada Michael Serventus (1511) dan Giordano Bruno (1600) yang telah dihukum
bunuh atas dakwaan membawa fahaman menyalahi ajaran gereja.[1]
Sejarah juga mencatit penolakan gereja terhadap teori Heliocentric Copernicus and Galileo yang kemudiannya menjadi medan pertembungan antara
sains barat dan gereja. Namun begitu adalah sukar untuk menafikan kesahihan
teori sains dan akhirnya ajaran gereja menjadi lemah pada permulaan zaman yang
dikenali sebagai kebangkitan Eropah atau Renaissance.
Kemuncak kepada pertentangan
antara sains barat dan gereja ialah apabila Charles Darwin memperkenalkan teori
evolusinya melalui bukunya bertajuk Origin
of Species pada tahun 1859. Teori ini bercanggah dengan ajaran kristian
mengenai kejadian manusia dan alam sebagaimana yang disebut di dalam Book of Genesis.[2] Perdebatan
antara gereja dan sains mengenai teori evolusi telah memberi kesan yang besar
kepada masyarakat Eropah mengenai pandangan mereka terhadap agama. Ingersoll
sebagai contoh memomok ajaran agama dengan katanya: “religion has reduced Spain to a
guitar, Italy
to a handorgan and Ireland
to exile”, manakala Karl Max mencemuh agama sebagai candu masyarakat (the opium
of the people).[3] Pandangan
umum Eropah terhadap agama ini kemudiannya menular kepada tamaddun lain akibat
daripada dominasi barat terhadap negara-negara timur dan selatan melalui
penjajahan, kekuasaan ketenteraan, ekonomi dan akhir-akhir ini melalui
globalisasi. Proses penularan kefahaman ini di negara-negara timur dan selatan
terutama Asia adalah kompleks untuk dihuraikan
kerana ia berkait dengan pelbagai faktor lain seperti politik, sosial,
pendidikan dan lain-lain.
Namun persoalan
asasnya apakah sikap tamaddun negara-negara tersebut yang berasaskan kepada
agama tertentu seperti Hindu, Buddha dan Islam terhadap kajian-kajian sains? Penulis
Islam seperti M.Husain Sadr berpendapat bahawa tamaddun timur tidak mempunyai
pandangan negatif terhadap kajian sains bahkan keadaan yang berlaku adalah
disebaliknya iaitu menggunakan kajian sains bagi menyokong dan memperkuatkan
ajaran agama. Oleh yang demikian Sadr berpendapat pertentangan agama dan sains
adalah ciptaan unik Barat dan mereka yang cuba untuk mengaitkan dengan
tamaddun lain mungkin bersifat Eurocentric.[4]
Pun begitu andaian bahawa Sains Barat menentang agama bukanlah gambaran yang
menyeluruh kerana terdapat argumen menyatakan bahawa kajian sains juga
menyokong doktrin dan dogma kristianiti dan apa yang berlaku pada masa lepas
adalah salah faham antara saintis dan paderi dan campurtangan politik dan serta
perebutan pengaruh antara golongan tertentu dalam negara Eropah. Oleh demikian,
semacam terdapat dua pandangan yang berbeza mengenai peranan sains dan agama
mengikut pelbagai kebudayaan dan agama. Berasaskan kepada huraian-huraian di
atas artikel ini bertujuan untuk membentangkan pandangan mengenai peranan agama
dan sains dan cuba
untuk membincangkan apakah terdapat penyesuaian di antara kedua-duanya (jika
ada).
Agama dan Sains: Perbezaan dan Persamaan
Agama sering
ditakrifkan sebagai kepercayaan kepada kuasa supernatural atau Tuhan.
Kepercayaan ini akan terselah dalam bentuk komitmen sama ada secara berkelompok
atau peribadi dalam bentuk kepercayaan dan amalan ritual. Perkataan agama di
dalam bahasa Inggeris yang bermaksud religion
berasal daripada bahasa latin religio yang mempunyai beberapa makna antaranya
takut (fear), mengumpul (gather) atau untuk mengulang-gulangkan
sesuatu sehingga menjadikannya sesuatu yang lazim (to pass over things repeatedly to bind things together).[5] Dalam
bahasa Arab agama diterjemahkan sebagai millah
atau din. Kedua-dua istilah ini
ditakrifkan sebagai jalan atau cara yang diamalkan bagi penyembahan kepada
tuhan. Daripada maksud ini agama boleh difahamkan sebagai (1) takut kepada
tuhan atau tuhan-tuhan dan segala macam ritual yang dibuat bagi menghormati
tuhan itu seperti dalam agama abrahamic,
(2) satu obsessi untuk mengadakan amalan ritual kerana perkara tersebut
merupakan amalan yang telah dilakukan secara turun temurun lagi seperti dalam
agama dan kepercayaan nenek moyang dan (3) kehendak ramai bagi membolehkan
masyarakat secara umumnya terlibat dalam upacara keagamaan seperti dalam agama
Hindu. Daripada huraian agama di atas agama lebih tertumpu kepada persoalan
kepercayaan semata-mata atau faith
tanpa menunjangkan kepercayaan itu kepada apa-apa asas empirikal. Ini tidak
menghairankan kerana kepercayaan agama secara umum tidak menghendaki logik dan
pembuktian empirikal. Begitu juga agama dan pemuka agama seperti paderi dan
rahib tidak bertanggungan untuk menunjukkan bukti-bukti terhadap doktrin ajaran
agama mereka. Agama sebagaimana kata sesetengah ahli agama hanya memerlukan
perasaan kasih saying, ihsan dan penyerahan sebagai syarat kepercayaan
kepadanya.
Sains lazimnya
diasosiasikan dengan metod atau proses rasional serta empirikal untuk mengkaji
fenomena alam atau kejadian alam. Secara logiknya data yang diperolehi oleh
sains adalah bersifat objektif dan neutral. Ini adalah kerana asas penting di
dalam sains adalah kuasa taakulan atau reasoning
bagi menerangkan hakikat sesuatu perkara. Kuasa taakulan ini dikatakan adalah
bebas dari pengaruh-pengaruh nilai atau etika. Oleh yang demikian konsep-konsep
agama seperti hari kiamat atau kehidupan selepas kematian tidak mendapat tempat
dalam sains kerana konsep tersebut tidak dapat diterangkan atau dibuktikan
melalui metod empirikal sains secara rasional. Namun begitu tanpa disedari
tujuan, arah tuju dan pemakaian konsep atau teori sains adalah didasari oleh
nilai-nilai tertentu. Azizan Baharuddin dalam konteks ini menyatakan terdapat
dua aliran falsafah secara implisitnya mendasari kemajuan sains masa kini iaitu
aliran scientism dan aliran reductionism.[6]
Dalam hubungan ini maka tidak hairanlah jika ada orang bercakap bahawa sains
juga adalah satu bentuk agama kerana mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.
Daripada
penerangan di atas seolah-olahnya terdapat perbezaan ketara antara sains dan
agama atau dengan kata lain pertentangan antara dogma dan rasional. Mengikut
Khalijah Saleh dalam syarahan perdananya pada tahun 1996 pertentangan ini
banyak berpunca daripada sikap ahli-ahli sains barat yang cuba untuk
memisahkan agama, doktrin metafisik serta nilai-nilai kemanusiaan dari
perbincangan dan proses sains. Mengikut analisisnya faktor ini menjadikan sains
terpisah jauh dari budaya orang Melayu Islam di Malaysia dan seterusnya
menjadikan masyarakat Melayu tidak bersedia untuk meneroka bidang sains
sepenuhnya.[7] Brooke
semasa menghurai perhubungan agama dan sains berpendapat bahawa tidak semua
perhubungan sains dan agama dalam keadaan konflik. Brooke memberi dua lagi
keadaan iaitu sains dan agama saling lengkap melengkapi dan penemuan sains
memberi manafaat kepada pengukuhan ajaran agama.[8]
Konflik antara
agama pada masa lepas dikatakan adalah berpunca daripada sikap ahli agama yang
tidak bersedia untuk bertolak ansur dan mengamal sikap keterbukaan dalam
menilai penemuan sains. Dalam tamaddun barat, pertentangan agama dan sains
adalah berpunca daripada sikap ahli agama yang enggan memisahkan dasar ajaran
agama dengan simbol atau perlambangan tertentu seperti penolakan teori Heliocentric Copernicus kerana
mempertahankan doktrin Geocentric
bahawa bumi adalah pusat alam. Azizan juga menunjukkan kepada kita bahawa
pertentangan ini juga wujud dalam tamaddun Islam di mana tokoh-tokoh reformis
Islam seperti Sayyid Ahmad Khan, Afghani dan Iqbal mendapat tentangan daripada
ulama-ulama tradisi ketika mana tokoh-tokoh reformis ini menganjurkan sikap
keterbukaan kepada sains dan kemajuan ilmu pengetahuan moden.[9]
Begitu juga sains bukanlah penyebab utama keruntuhan agama. Drees berpendapat
bahawa sains bukan faktor utama kemerosotan agama di Barat. Faktor lain yang
lebih utama mengikutnya adalah sikap ajaran agama itu sendiri terhadap
perubahan seperti toleransi terhadap kebudayaan dan agama lain dan sikap dingin
masyarakat kepada agama. Bagi Dress, walaupun terdapat kemerosotan dalam agama di Barat , ia
masih penting memandangkan agama merupakan faktor yang membentuk cara hidup,
pengalaman dan pandangan seseorang terhadap dunia dan sekelilingnya.[10]
Agama dan Sains Saling Memerlukan
Semasa
membincangkan konflik antara agama dan sains, Brooke mengemukakan dua keadaan
yang saling bercanggah iaitu (1) apabila terdapat konflik antara agama dan
sains, maka agama akan mengalah dan memberi laluan kepada sains, namun (2)
walau sains telah berjaya memperkecilkan agama, ia masih dapat bertahan dan
tidak dapat dihapuskan pengaruhnya.[11]
Kenyataan ini menunjukkan bahawa sains dan agama mesti wujud bersama-sama demi
untuk kesejahteraan umat manusia. Ia juga boleh memberi makna bahawa agama dan
sains tidak semestinya wujud dalam konflik, tetapi juga saling bantu membantu
dan mewujudkan masyarakat dunia yang lebih baik. Ini adalah kerana jika dulunya
agama berada dalam keadaan defensif, maka sekarang tiba giliran sains yang
menjadi sasaran kritikan kerana kegagalannya menyumbang kepada kesejahteraan
manusia terutama penggunaan teknologi sains secara berlebihan yang menyebabkan
pencemaran alam, masalah dan isu moral dan sebagainya. Azizan menegaskan bahawa
sudah tiba masanya kemajuan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi
didasari dengan nilai-nilai kemanusiaan. Bagi Azizan kemajuan dan survival umat
manusia bergantung kepada gabungan antara kaedah empirikal sains dan
nilai-nilai kemanusian.[12]
Agama, mengikut
Azizan lagi boleh belajar daripada sains dari segi menerima perubahan. Jika
agama adalah kebenaran maka penemuan sains akan menjadikan ajaran agama semakin
kukuh kerana sains adalah pemerhatian kepada bukti-bukti empirikal kejadian
alam.[13] Azizan
menerangkan bahawa sains itu adalah kefahaman terhadap aspek luaran sesuatu
realiti, manakala agama adalah kefahaman terhadap aspek dalaman realiti itu.
Oleh demikian agama dan sains saling memerlukan untuk mencapai keseimbangan
alam ini. Sebagai contoh persidangan mengenai alam sekitar dunia mengistiharkan
bahawa pengaruh dan kuasa moral agama hendaklah digunakan bagi mengakhiri
ekploitasi manusia yang tidak terkawal terhadap sumber-sumber alam serta
menanam semangat bertanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar.[14] Dari
aspek agama, sains juga mengajar akan kelemahan
dan kekurangan manusia untuk memahami fenomena alam sepenuhnya. Sebagai contoh
kejadian ombak tsunami yang melanda negara-negara Asia pada 27 Disember 2004
yang telah mengorbankan lebih 100,000 jiwa mengingatkan ahli-ahli sains dan
juga orang ramai bahawa sains ada batasannya. Maka yang menjangkau batasan ini
adalah agama. Maka bagi saintis Muslim perkara ini amat relevan kerana ia
mengingatkannya sebagai makluk ciptaan Allah swt.[15]
Sikap agama masa
kini, terutama Kristianiti, terhadap sains juga telah berubah dengan drastiknya.
Penemuan dan pengumuman oleh gereja menyatakan bahawa ajaran-ajaran Injil
tidaklah bercanggah atau menekan pemikiran saintifik terutama dalam aspek
kritikal seperti pengklonan gen, kejuruteraan genetik dan tenaga nukliar. Namun
apa yang memeranjatkan ialah pengumunan oleh gereja katolik bahawa kejadian
manusia berkemungkinan bukan ciptaan Tuhan secara tiba-tiba, tetapi melalui
proses evolusi.[16]
Sungguhpun pihak gereja katolik tidak merujuk kepada teori evolusi dalam
kenyataan ini, ramai yang memahami bahawa ia adalah pengiktirafan kepada teori
evolusi Darwin .
Apa yang berlaku kepada gereja Katolik secara mikronya tidaklah penting kerana
kontroversi teori Darwin
tersebut mungkin tidak dapat diterima oleh agama atau tamaddun lain terutama
Islam. Namun apa yang mustahaknya sudah terdapat titik pertemuan atau
sekurang-kurangnya kerjasama antara sains dan agama.
Kesimpulan
Konflik antara
agama dan sains mungkin berpunca dari keunikan satu tamaddun Barat yang telah
menular kepada tamaddun lain akibat dominasi Barat ke atas umat dunia melalui
penjajahan, penguasaan ekonomi dan ketenteraan serta globalisasi. Konflik ini
telah menurun masa kini kerana interaksi dengan tamadun lain yang tidak
mempunyai pandangan yang hostail terhadap kajian dan penemuan sains. Keadaan
sekarang menunjukkan terdapat penyesuaian dan kerjasama di antara sains dan
agama. Antonino Zichichi, seorang pakar nukliar fizik Itali yang terkenal
menyatakan: “Alaf baru akan menyaksikan kerjasama agung di antara agama dan
sains Galileo’.[17] Kerjasama
ini berpunca daripada sikap keterbukaan agama dan sains dalam menilai fenomena
alam demi kesejahteraan umat manusia. Perkara ini sudah lama ditegaskan oleh
Iqbal dengan katanya: “the only course open to us is to approach modern
knowledge with a respectable but independence attitude and to appreciate the
teachings of Islam in the light of that knowledge, even though we may be led to
differ from those who had gone before us”.[18]
5. Rujukan
Azizan Baharuddin (2000), “Rediscovering the Resources
of Religion”, dalam Sharon M.P.Harper (editor), The Lab, the Temple
and the Market: Reflections at the
Intersection of Science, Religion and Development, International
Development Research Centre and Kumarian Press Ltd.
Brooke, John Hedley (1993), Science and Religion: Some Historical Perspective, University of Cambridge Press.
Drees, Willem B. (1996), Religion,
Science and Naturalism, Cambridge
University Press.
Edwin, Joseph, “Science Requires A More Holistic
Approach”, New Straits Times, September 20, 1996 .
Forward, Martin (2002),
Religion: A Beginner’s Guide,
Oneworld Publications.
Lederer, Edith M., “Religion Must Use Moral Force to
Protect Planet From Disaster”, New
Straits Times, November
1, 1998 .
Sadr, M.Husain (1984), “Science and Islam”, di dalam
Ziaudin Sadr, The Touch of Midas:
Science, Values and Environment in Islam and the West, Manchester
University Press.
Tagliabue, John, “Church Backs Scientific View of
Evolution”, New Sunday Times, October 27, 1996 .
[1]
John Hedley Brooke (1993), Science and Religion:
Some Historical Perspective, University
of Cambridge Press , h.39.
[2]
Pihak gereja katolik tidak pernah secara rasminya mengutuk teori evolusi, namun
terdapat kenyataan keras pihak gereja terhadap teori ini oleh Pope Pius XII
melalui suratnya bertajuk Humani Generis
yang diterbitkan pada tahun 1950. Pope Pius XII bimbang bahawa teori ini akan
digunakan oleh golongan atheist untuk memperluaskan lagi pengaruh komunis di
kalangan masyarakat dunia. Lihat John Tagliabue, “Church Backs Scientific View
of Evolution”, New Sunday Times, October 27, 1996 .
[3]
M.Husain Sadr (1984), “Science and Islam”, di dalam Ziaudin Sadr, The Touch of Midas: Science, Values and
Enviroment in Islam and the West, Manchester University Press, h.15.
[4] Ibid, h.13.
[5]
Martin Forward (2002), Religion: A
Beginner’s Guide, Oneworld Publications, h.1.
[6]
Azizan Baharuddin (2000), “Rediscovering the Resources of Religion”, dalam
Sharon M.P.Harper (editor), The Lab, the
Temple and the Market: Reflections at the Intersection of Science, Religion and
Development, International Development Research Centre and Kumarian Press
Ltd, h.109.
[7]
Dipetik dari Joseph Edwin, “Science Requires A More Holistic Approach”, New Straits Times, September 20, 1996 .
[8]
Brooke, op.cit, hh.2-4.
[9]
Azizan Baharuddin, op.cit, h.115.
[10]
Willem B. Drees (1996), Religion, Science and Naturalism,
Cambridge University Press, h.xiii.
[11]
Brooke, op.cit, h.33.
[12]
Azizan Baharuddin, op.cit,
hh.105-106.
[13] Ibid, h.116.
[14]
Edith M. Lederer, “Religion Must Use Moral Force to Protect Planet From
Disaster”, New Straits Times, November 1, 1998 .
[15]
M.Hussain Sadr, op.cit, h.23.
[16]
John Tagliabue, op.cit.
[17]
Dipetik dari Ibid.
[18]
Dipetik daripada Azizan Baharuddin, op.cit,
h.116.
Faktor Kemorosotan Tamadun Islam
Graham E. Fuller dalam bukunya "A World Without Islam" (2010) menyatakan bahawa terdapat enam faktor utama kemerosotan tamadun Islam iaitu (halaman 245-248):
(1) Faktor utama ialah keupayaan intelektual yang mengalah kepada lokalisasi dan atrophy yang pada masa dahulunya terbuka dan mempunyai semangat untuk menyelidik. Semangat ini diganti oleh sikap ritual dan legalism sempit yang menghalang semakan semula tafsiran nas-nas dan sumber-sumber autoriti di mana pada masa dahulunya sesuatu yang lazim. Sikap ini akhirnya membawa kepada pemusuhan antara sains/kemajuan teknologi dan Islam (sungguhpun telah diteduhkan pertentangan ini oleh justifikasi reformis/modernis Islam.
Selanjutnya adalah faktor-faktor eksternal seperti berikut:
(2) Pencerobohan Mongol ke atas kerajaan Islam Abbasiah pada kurun ke 13 Masehi yang meruntuhkan serta menghancurkan pusat-pusat populasi dan perbandaran Islam di mana terdapatnya kekayaan, perpustakaan, kesenian, pusat perniagaan dan pelbagai di mana kehancuran ini sudah sukar untuk dipulihkan lagi selepas itu kepada zaman kegemilangannya yang lalu. Ini berbeza dengan pusat-pusat kecemerlangan barat yang terus dipelihara seperti Andalus dan Konstantinpole sungguhpun berada di bawah kekuasaan Islam.
(3) Perpecahan kesatuan umat Islam melalui penubuhan kerajaan Shiah di Iran pada kurun ke 16 Masehi. Penubuhan kerajaan ini memutuskan perhubungan antara dunia Islam dan barat yang pada masa dahulunya faktor kecemerlangan Islam akibat daripada pertukaran ilmu dan pengetahuan.
(4) Kebangkitan negara-negara Eropah dari aspek ilmu dan teknologi pada kurun ke 17 masehi dengan dominasi dari aspek ketenteraan terutama penguasaan atau supremacy jalan laut. Dominasi maritim ini didorong oleh halangan-halangan jalan darat untuk mendapatkan bahan-bahan dan sumber-sumber ekonomi di Timur yang pada masa itu dikuasai oleh pemerintah Islam. Begitu juga didorong oleh semangat untuk mencari dunia baru bagi tujuan kekayaan serta aspirasi untuk mengembang ajaran Kristian seperti mana dalam peristiwa pelayaran Columbus ke Benua Amerika dan Vasco DeGama ke dunia timur melalui Afrika dan India. Faktor strategik yang lain kerana masalah wabak penyakit Black Death yang berlaku pada kurun 14th Masehi menumpulkan minat Eropah untuk menggunakan jalan darat ke Timur.
(5) Perubahan alam sekitar seperti kerosakan hutan yang berlaku di tanah subur sekitar Mesir, Palestin dan Iraq yang dikenali sebagai fertile cresent atauard sawad dalam bahasa Arab. Kerosakan alam ini menyebabkan kawasan ini menjadi kurang subur sebagaimana dahulu yang menyebabkan berlakunya perpindahan tempat tinggal dan tumpuan kegiatan ekonomi. Begitu juga semasa permulaan kemajuan Eropah, bahan-bahan penting bagi pembangunan industri Eropah seperti arang batu, bijih besi serta iklim cuaca yang sederhana menyumbang kepada pembangunan Eropah. Apabila minyak dijumpai kebanyakan negara Islam ketika itu sudahpun berada di bawah penjajahan dan dominasi pihak Barat.
Can An Insurance Agent Offering Takaful Business?
I am not that entirely sure to the notion that Takaful agent should be completely independent from conventional insurance on the pretend that Muslim Takaful agent must not involve in any activities that are inconsistent with Islamic Takaful, at least in current practice. It is noted that conventional insurance and other alike are not Islamically acceptable by majority (or probably all) of the IFIs Shariah Advisers. Not that I am saying that conventional insurance is permissible, but looking at the current business scenario, segregating these two businesses will definitely put a toll and strains on the agents considering the small size and avenues of Takaful business. Because of this, exemption should be given in order to give space for the agent to develop and built their business so that they are not left behind by their competitors in term of money and cents. الامر إذا ضاق اتسع. Perhaps until Takaful is at par with conventional insurance from the market share perspective then the ruling on the segregation will be practical and fair because it will then provide a same level of playing field to all Takaful operators and their agents. At the moment it seems some the Takaful operators allow mixing of Takaful and Insurance business while the others are not. It is therefore high time for the regulator i.e. Bank Negara Malaysia to issue some directive on this matter as it will provide a same ruling for all Takaful operators so that the agent are given an equal and fair business opportunities.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ulasan Buku: Ensiklopedia Perawatan Islam oleh Dr. Hj Abdullah Yusof Al-Kemachi (Puchong: MHCS Sercives, 2026).
Ulasan Buku: Ensiklopedia Perawatan Islam oleh Dr. Hj Abdullah Yusof Al-Kemachi (Puchong: MHCS Sercives, 2026, kulit nipis, 544 halaman). ...
-
*Artikel ini ditulis pada November 2011 © Ahmad Hidayat Buang 2011 Peristiwa terbunuhnya bekas pemimpin Libya Kolonel Muamar Ghad...
-
MOHD ISHA AWANG v. MOHAMAD IDRIS SERAMAL BARIS [2020] 9 CLJ 760 COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA KAMALUDIN MD SAID JCA; ABU BAKAR JAIS JCA; GU...
-
House ownership is no longer affordable to many common folks simply because the price is beyond the reach. One of the recent proposal to mak...
