Perspektif bertujuan memaparkan pandangan peribadi penulis terhadap pelbagai isu-isu semasa perundangan Islam bagi tujuan perbincangan dan perkongsian bersama. Perspektif is writer's view relating to contemporary issues in Islamic law for discussion and mutual sharing.
Sunday, 2 February 2014
Saturday, 1 February 2014
Ulasan Buku Moderat Antidot Barisan Nasional Menentang Politik Menghalalkan Cara
Ulasan
Buku Moderat Antidot Barisan Nasional
Menentang Politik Menghalalkan Cara oleh Mashitah Ibrahim, Kuala Lumpur:
Yayasan Darling dan Sekretariat Ulama-Umara (UMUM), JPM. 2012. (308 halaman).
Penulisan buku ini adalah satu upaya untuk
menjelaskan perjuangan parti Barisan Nasional dalam konteks perkembangan
politik semasa Malaysia yang diwarnai oleh Islam, kebangsaan Melayu dan
perpaduan di dalam negara yang mengandungi pelbagai latarbelakang etnik dan
agama. Penulis berpendapat bahawa pendekatan sederhana/moderat yang dibawa oleh
Barisan Nasional dan UMNO adalah rahsia kepada kejayaan, kestabilan dan
kemakmuran yang dikecapi oleh Malaysia selama ini. Baginya pendekatan atau
prinsip sederhana/moderat ini adalah selaras dengan ajaran Islam. Oleh itu
penulis telah mengkhususkan Bahagian Pertama buku ini memberi justifikasi
bahawa Islam itu adalah agama yang mementingkan kesederhanaan. Dengan membawa
beberapa ayat al-Quran dan hadith serta peristiwa-peristiwa yang berlaku di
kalangan sahabat seperti kisah antara Abu Darda’ dan Salman, kisah antara Abu
Dzar dan Bilal, kisah antara Umar dan Astaq al-Rumi dan sebagainya, penulis
menyimpulkan bahawa ayat dan kisah berkenaan memberi pengajaran bahawa Islam
mementingkan prinsip kesederhanaan (halaman 19). Contoh yang diberikan ialah etika perbezaan
pandangan di dalam Islam di mana mengikut pandangan penulis kebanyakan anggota masyarakat
yang terpengaruh dengan dakyah-dakyah politik agama tidak dapat menerima
pandangan atau penjelasan orang lain. Perkara ini berlaku kerana ketaksuban
mereka kepada pandangan ketua atau guru mereka. Akibatnya sesuatu yang luas di
dalam agama Islam telah disempitkan dan sifat berlapang dada yang sepatutnya
diamalkan sudah diganti dengan pendekatan yang keras dan emosional (halaman
25). Dalam konteks keutamaan kepada bangsa Melayu yang sering menjadi kritikan parti
pembangkang, penulis menjelaskan ia mempunyai asas di dalam Islam iaitu untuk
membantu kalangan rakyat yang miskin dalam negara dengan merujuk kepada
peristiwa agihan harta fay‘ kaum Yahudi Bani Nadhir (halaman 32). Di dalam peristiwa
ini hanya golongan Muhajirin menerima agihan berkenaan (kecuali dua orang Ansar
yang miskin). Pada pandangan penulis ini adalah asas-asas pendekatan moderat
yang telah dipraktikkan sekian lama oleh parti kerajaan BN sejak dari awal
kemerdekaan lagi. Antara contoh-contoh yang dipaparkan oleh penulis seperti
perjanjian sosio-kontrak antara kaum di Malaysia di awal kemerdekaan, peranan institusi Raja serta jaminan peranan Islam dalam negara serta agenda
mempertahankan hak bangsa Melayu. Sudah tentu justifikasi ini sebegini adalah
bersifat retrospektif kerana ianya dibuat dalam konteks menghadapi cabaran masa
kini parti pembangkang yang berjaya menafikan majoriti 2/3 undi pilihanraya
yang selama ini diperoleh oleh BN. Atau paling kurang pendekatan moderat atau wasatiyyah ini adalah satu bentuk
rebranding yang pragmatik kepada beberapa slogan yang digagaskan sebelum ini
seperti penerapan nilai-nilai Islam, Islam Hadari dan kini Gagasan Satu
Malaysia. Sebagai ahli politik dan bekas Timbalan Menteri, penulis tidak melepaskan peluang untuk
mengkritik parti pembangkang yang digambarkan olehnya sebagai biadap, keras,
kianat, derhaka, retorik, suka menabur janji manis dan sebagainya. Parti Pas secara
khususnya digambarkan sebagai punca perpecahan di kalangan bangsa Melayu di
atas nama Islam, manakala PKR dan DAP punca perpecahan di kalangan kaum dan agama di
Malaysia (bab 13). Namun yang paling menarik ialah kritikan sinikal penulis
kepada parti PAS yang dikatakan telah melupakan perjuangan menegak negara Islam melalui
slogan negara berkebajikan serta peminggiran peranan ulama di dalam PAS
(halaman 190-193). Dengan merujuk kepada buku
A World without Islam (yang telah
diulas sebelum ini), penulis menyimpulkan bahawa apa yang diperjuangkan oleh parti
pembangkang khususnya PAS bukanlah agama, tetapi prejudis dan kebencian kepada
UMNO. Apa yang berlaku bukanlah perbalahan antara agama atau kepercayaan,
miskin atau kaya, maju atau mundur, tetapi konflik atau pertentangan antara
golongan sederhana dan ekstremis. Bagi penulis PAS, adalah satu bentuk
ekstremis agama manakala DAP adalah estremis kaum atau chauvanis China.
Kedua-dua bentuk estremis ini adalah merbahaya kepada Islam dan bangsa Melayu
di Malaysia (halaman 208-209).
Bagi menghadapi cabaran-cabaran parti
pembangkang dan lain-lain anasir yang cuba untuk menggugat perpaduan kaum dan
agama yang selama ini telah dibina oleh kerajaan Barisan Nasional penulis dengan memetik
daripada ucapan-ucapan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib dan lain-lain
penulis mengutarakan beberapa cadangan antara lain dengan memberi definisi semula kepada maksud jihad sebagai suatu perjuangan yang berterusan untuk memartabatkan Islam
dan bangsa Melayu serta memelihara hak-hak yang sah kaum-kaum lain di Malaysia.
Untuk mencapai hasrat ini, usaha untuk mengeratkan perpaduan dan hubungan antara
kaum dan agama di Malaysia perlu dipertingkatkan. Usaha perpaduan ini hendaklah
melibatkan semua pihak terutama para ulama, penulis maya, guru dan golongan
muda. Tumpuan kepada golongan ini berasaskan kepada pengaruh dan kesan kepada
pembentukan negara Malaysia pada masa hadapan. Sudah tentu apa yang dibentangkan
oleh penulis buku ini boleh dipersoalkan sebagaimana tulisan-tulisan yang lain,
namun sekurang-kurangnya beliau telah membentangkannya dengan hujah-hujah. Maka
terpulanglah kepada mereka yang tidak bersetuju untuk membahaskan isu yang
dibangkitkan dengan membentang hujah-hujah balas.
Sunday, 17 November 2013
Ulasan Buku 'Aqidah Ahl Sunnah wa al-Jama'ah
Muhammad bin Salih bin
‘Uthaymin, ‘Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, Direktorat Urusan Masjid
Haram dan Masjid Nabawi, t.t. (48 halaman).
Saya diberikan risalah kecil ini sewaktu mengerjakan ibadah Haji bersama
isteri baru-baru ini. Ia mungkin bertujuan sebagai bacaan ringan Jemaah Haji
semasa berada di Tanah Suci. Satu usaha yang baik pada pandangan saya. Turut
diberikan beberapa risalah lain yang terjemahan Bahasa Indonesia dan beberapa
kaset yang pada pandangan saya mungkin kurang sesuai pada Jemaah dari Malaysia.
Risalah kecil ini secara umumnya cuba menjelaskan dasar-dasar akidah yang dianggap
sebagai pegangan Ahl al-Sunnah Wa Jama’ah. Bagi menjelaskan perkara yang
penting ini penulis risalah ini tidak lain tidak bukan ialah ideologue aliran
kefahaman salafi Muhamad bin Salih bin ‘Uthaymin (1925-2001) yang mempunyai
kepakaran bukan sahaja dalam bidang akidah namun juga dalam bidang Syariah
dimana beliau terlibat dalam pengajaran di Masjid Haram dan pensyarah di
Universiti Imam al-Sa‘ud di al-Qasim, Arab Saudi.
Muhammad bin Salih bin 'Uthaymin
Penjelasan yang dibuat di dalam Risalah ini dapat dibahagikan kepada
tiga iaitu (1) metod yang digunakan untuk memahami dan menjelaskan akidah Ahl
al-Sunnah wa al-Jamaah, (2) penjelasan mengenai dasar-dasar akidah itu sendiri
yang berpaksi kepada rukun Iman yang enam dan (3) kesan-kesan keimanan kepada
rukun berkenaan kepada peribadi seseorang Muslim. Sebagaimana yang dimaklumi
bahawa metod yang digunakan untuk menjelaskan prinsip akidah Ahl Sunnah
sebagaimana yang difahami oleh ‘Uthaymin ialah dengan menegaskan apa-apa yang
ditegaskan oleh nas-nas Syariah dan menafikan apa-apa yang dinafikan oleh nas
berkenaan. Tiada yang banyak berbeza penjelasan ini dengan aliran akidah yang
lain, cuma barangkali pengarang semasa menjelaskan tentang keimanan kepada
Allah swt pengarang menyatakan bahawa beliau berpandangan wajib memahami
nas-nas Syarak secara zahirnya dan memahami hakikat nas berkenaan secara yang
layak kepada Allah swt. (halaman 18)
(ونرى وجوب إجراء نصوص الكتاب والسنة في ذلك على ظاهرها وحملها على
حقيقتها اللائقة بالله عز وجل)
Lantaran daripada itu ‘Uthaymin menempelak
mereka yang cuba memberi makna ini selain daripada apa yang dijelaskan oleh nas
Syarak. Golongan ini disifatkan oleh ‘Uthaymin sebagai al-Mu’atilun ((المعطلون
dan golongan al-Ghalun الغالون)). Bagi golongan yang
pertama mereka telah menukarkan apa yang yang dijelaskan oleh Syarak manakala
golongan yang kedua yang memahami keimanan kepada Allah swt dengan memasukkan
unsur-unsur tamthil dan takyif. Penolakan ini walaupun tidak
disebut secara langsung ada kaitannya dengan kaedah golongan ahlu al-kalam dalam
perbincangan sifat Allah swt melalui ta’wil yang dianggap oleh “Uthaymin
sebagai satu bentuk ta‘til (pengurangan) kepada apa yang dikehendaki
oleh nas Syarak. Penjelasan lain yang mungkin relevan terutama dalam konteks
Syiah di Malaysia ialah penegasan beliau bahawa perselisihan yang berlaku di
kalangan para Sahabat RasuluLlah s.a.w. adalah berasaskan kepada ijtihad para
sahabat berkenaan di mana jika benar ijtihad itu mendapat dua pahala dan jika
salah mendapat satu pahala dan kesalahan itu diampunkan oleh Allah swt (halaman
28). ‘Uthaymin menjelaskan perkara ini sebahagian daripada keimanan kepada
RasuluLlah s.a.w. kerana para Sahabat Nabi s.a.w. itu adalah sebaik-baik
golongan daripada umat Muhammad (Ali Imran, 110).
Thursday, 14 November 2013
Ulasan Artikel “International Trade and Domestic Legal Systems: Examining the Impact of Islamic Law”
Ulasan Artikel
“International Trade and Domestic Legal Systems: Examining the Impact of
Islamic Law” oleh Emilia Justyna Powell dan Stephanie J. Rickard, International
Interactions, 36:335-362, 2010.
Artikel ini bermula dari premis dapatan kajian
lepas yang mendapati perhubungan dagangan antarabangsa banyak di pengaruhi oleh
faktor perundangan tempatan sesebuah negara. Kajian oleh Nathan Nuun pada tahun
2007 menunjukkan negara yang menggunakan sistem perundangan common Inggeris
lebih banyak mengekspot barangan oleh industri yang menggunakan kontrak jual
beli secara intensif berbanding dengan negara yang menggunakan sistem
perundangan sivil atau kontinental. Oleh yang demikian kajian oleh kedua-dua
penulis artikel ini, mengikut mereka, adalah percubaan kali pertama untuk
menganalisis kesan sistem perundangan negara yang menggunakan undang-undang
Islam terhadap perdagangan antarabangsa. Menurut mereka, perdagangan
antarabangsa lazimnya dibuat berasaskan kepada kontrak jual beli samada yang
melibatkan pertukaran barangan ataupun perkhidmatan. Tujuan kontrak ini adalah
untuk mengurang risiko dan kos sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini
kerana tanggungjawab dan kewajipan pihak-pihak penjual dan pembeli telah
dipersetujui melalui kontrak berkenaan. Namun begitu kewujudan kontrak ini
tidak bermakna ianya adalah berkesan bagi mengurangkan risiko dan kos, kerana
ianya bergantung kepada kepada beberapa factor lain. Antara yang terpenting
ialah keupayaan untuk menguatkuasakan terma-terma kontrak berkenaan oleh sistem
perundangan negara berkenaan. Menurut penulis faktor ini adalah penyebab utama
mengapa perdagangan antarabangsa giat berlaku di negara yang mengamalkan
undang-undang komon Inggeris berbanding dengan negara-negara lain. Ini adalah kerana
undang-undang komon Inggeris mempunyai sistem dan prosedur yang jelas dalam penguatkuasaan
kontrak berbanding sistem perundangan kontinental. Oleh yang demikian ciri
utama yang menggalakkan perdagangan antarabangsa sesebuah negara ialah keupayaan
sistem perundangannya menguatkuasakan terma-terma kontrak jika berlaku sesuatu
perkara yang diluar jangka seperti kemungkiran kontrak dan sebagainya. Penulis
membawa satu contoh sebuah syarikat Jepun yang telah menandatangani perjanjian
pembinaan sebuah bangunan di Jakarta dengan sebuah syarikat Indonesia. Di dalam
kes ini tuntutan telah dibuat di mahkamah Indonesia yang mana akhirnya tiada
sebarang perintah atau award telah dibuat bagi membolehkan syarikat jepun
menguatkuasakan terma kontrak yang telah dipersetujui. Contoh ini mengikut
penulis memberi dua pengajaran penting iaitu pertama jika sesuatu terma kontrak
itu tidak dapat dikuasakan dengan baik maka ia akan meningkatkan risiko dan kos
dan kedua maklumat atau pengetahuan mengenai sesuatu bidangkuasa adalah penting
juga bagi mengurangkan risiko. Kedua-dua perkara ini dikenali sebagai mekanisme
kasual (casual mechanism) perdagangan
antarabangsa. Penulis seterusnya dengan menganalisis penulisan lalu mendapati
bahawa sistem undang-undang kontinental tidak mempunyai mekanisme penguatkuasaan
yang berkesan berbanding dengan undang-undang komon Inggeris kerana prosiding
mahkamahnya telah diperundangkan dengan banyaknya menyebabkan timbul keadaan
yang dikenali sebagai formalism perundangan. Keadaan ini menyebabkan prosiding
menjadi panjang serta mengambil masa yang lama, tidak konsisten, keputusan yang
tidak adil, dan kadang-kadang gelaja korupsi. Kajian empirikal mendapati formalism
perundangan sebegini melemahkan penguatkuasaan kontrak. Mekanisme kasual kedua
yang boleh menggalakkan perdagangan antarabangsa ialah sistem perundangan atau
institusi yang sama (institutional similarity). Kajian mendapati negara
yang berkongsi sistem perundangan yang sama mempunyai hubungan dagang yang
lebih sesama sendiri daripada negara yang mempunyai sistem perundangan yang
berbeza. Ini adalah kerana sistem perundangan yang sama seperti undang-undang
komon Inggeris yang meggunakan prinsip duluan mengikat atau stare decisis boleh mengurangkan risiko
dan sekaligus meningkatkan perdagangan kerana kejelasan dari segi apa yang akan
berlaku. Ketiadaan prinsip duluan mengikat ini di negara yang mengamalkan
sistem perundangan continental juga dikatakan antara sebab mengapa dagangan
antara negara berkenaan kurang berbanding dengan negara undang-undang komon. Jika
perbezaan yang terdapat di antara kedua-dua sistem perundangan utama dunia
memberi kesan kepada hubungan dagangan antara negara berkenaan, maka perbezaan
yang terdapat di antara undang-undang Islam dengan undang-undang common atau
sivil secara logiknya akan memberi kesan yang lebih besar. Mengikut penulis artikel,
dengan memetik pandangan daripada Timur Kuran perbezaan ketara antara
undang-undang Islam dengan sistem perundangan dunia yang lain ialah terdapat
kuasa budibicara yang lebih meluas kepada hakim di dalam sistem perundangan
Islam. Ini adalah kerana keputusan hakim di dalam perundangan Islam adalah
berasaskan kepada kefahaman personal hakim tersebut atau ijtihad. Begitu juga konsep
pemilikan di dalam Islam adalah berbeza dengan undang-undang barat di mana
prinsip pemilikan di dalam Islam berada dalam ruang sosial yang lebih luas di
mana manusia tidak dianggap sebagai pemilik kekal, di mana harta dipegang atas
dasar sebagai seorang pemegang amanah kerana pemilik mutlak sesuatu harta itu
adalah Allah swt. Perkara ini menyebabkan penguatkuasaan di dalam undang-undang
Islam agar longgar berbanding dengan undang-undang komon. Faktor seterusnya
ialah ketiadaan standard dalam perkara prosidur di dalam undang-undang Islam yang
menyebabkan wujudnya keadaan ketidakpastian dalam penguatkuasaan. Ini ditambah
lagi dengan ketiadaan rekod yang berkaitan dengan penguatkuasaan berkenaan yang
boleh dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin berdagang di negara Islam. Bagi
penulis kesimpulan di atas adalah berbentuk monadic
yang mungkin tidak menunjukkan secara tepat keadaan sebenar perdagangan
antarabangsa. Terdapat beberapa lagi faktor yang mempengaruhi pedangangan
antara negara seperti penggunaan bahasa yang sama, ketiadaan konflik politik
atau ketenteraan, sistem pemerintahan yang menggalakan perdagangan seperti
demokrasi dan perjanjian dua hala pedagangan antara negara. Bagi menguji
ketepatan hipotesis kajian, penulis menguji sistem perundangan negara ini
secara dyadic dan monadic dengan menggunakan standard
gravity model. Ujian secara dyadic mendapati bahawa: (1) perdagangan antara
negara Islam adalah kurang, (2) negara Islam lebih banyak menjalankan
perniagaan dengan negara yang mengamalkan sistem perundangan common berbanding
dengan undang-undang kontinental, (3) negara undang-undang komon lebih banyak
menjalankan perniagaan antarabangsa berbanding dengan negara undang-undang
kontinental. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa sistem perundangan sesuatu
negara itu adalah penting dan menyumbang kepada perdagangan antara negara
terutama kerana keupayaannya untuk menguatkuasakan terma kontrak. Manakala
ujian secara monadic mendapati bahawa
negara-negara undang-undang Islam mempunyai kadar perdagangan yang paling
rendah, manakala negara-negara undang-undang common mempunyai yang paling
banyak. Kajian ini juga mendapati pengantarabangsaan dan globalisasi telah
mengurangkan pergantungan kepada perundangan tempatan negara berkenaan.
Pengantarabangasaan perdagangan antara negara dicapai melalui pelantikan badan
arbitrasi atau timbangtara antarabangsa yang tidak lagi menggunakan
undang-undang tempatan bagi pelaksanaan penguatkuasaan kontrak, tetapi akan
memilih satu bidangkuasa ketiga atau neutral bagi tujuan ini, di mana lazimnya
undang-undang Inggeris yang akan digunakan. Begitu juga perbezaan antara
perundangan negara dikurangkan melalui penggunaan kontrak perniagaan
antarabangsa yang standard seperti UNIDRIOT Principles of International Contracts.
Pada pandangan saya sungguhpun kadar perdagangan antara negara Islam adalah
rendah dan ini tidak dapat dinafikan, namun ianya bukan berpunca akibat
daripada undang-undang Islam. Masalah utama ialah sistem pengurusan dan
pentadbiran yang lemah serta sosio-budaya negatif negara-negara Islam berkenaan
seperti rasuah, tidak amanah dan sebagainya yang banyak menyumbang kepada kadar
yang rendah dalam perdagangan antara negara Islam. Oleh demikian kajian ini
walaupun memberi kesimpulan yang negatif kepada negara Islam, ianya adalah satu
pembuka mata kepada semua supaya berusaha dengan lebih keras lagi untuk
menjadikan Syariah Islam itu unggul di dalam sistem perundangan dunia.
Saturday, 9 November 2013
Sunday, 27 October 2013
Sunday, 29 September 2013
10th Kuala Lumpur Islamic Finance Forum
I attended the 10th
Kuala Lumpur Islamic Finance Forum otherwise known as KLIFF on 23rd September
2013 as representative from Bank Islam Malaysia Berhad as I sit in their
Shariah Advisory Council as a member. The first session was on a forum by top
Sharia scholar on Islamic banking and finance.
All of them are from the Middle East; Shaikh Nizam Yaqubi, Shaikh Abd
al-Rahim Sultan Olama, both are from UAE and Shaikh Esam Ishaq from Bahrain.
The session was chaired by none other Shaikh Dr. Daud Bakar, who is also
chairman of Bank Negara Shariah Council. The first round was opening remarks by
the panelists, started with Shaikh Nizam Yaqubi who stresses on importance of
having coordinating unit in the Islamic financial institution (IFIs)
functioning to harmonize different facets of the banking products (muntaj masrafi islami) which include
among others; the accounting, legal, central banking policy, taxation, international
standards such as BASEL II and so on. Example is given on the requirement of
Basel II in the case of bankruptcy of the financial institution offering sukuk, which parties should have the
preference, the investor or shareholder? Shaikh Abd al-Rahim Sultan Olama on
the other hand expresses concern on the declining Islamic value of IFIs, which
in his view must manifest as working towards achieving the objectives of the
Shariah. Whereas Shaikh Essam explaining criteria of a successful hub of an
Islamic institution with reference to the size of financial asset and
preparatory steps taken to develop and sustain the system. The most important
aspects are Shariah supervision, sound regulatory infrastructure and support
and commitment from the government. He
also elaborates Shaikh Sultan Olama points on the Shariah objective of the Islamic
finance where he is of the view that Islamic financial institution’s main
objectives of making profit appears to have eclipsed the Shariah objectives or maqasid. Nevertheless he defended IFIs
saying that the role to establish the maqasid
is the sole responsibility of IFIs. In order to achieve this all parties,
including the government and society should be involved. This is especially so
in respect of the government where assistance must be provided to IFIs through
the creation of new industries and capacity building of talented human capital.
The second round of the forum is the question and answer session. Among the
main issues discussed is yet again on the question of maqasid where it was suggested that IFIs should now focus in
introducing products based on musharakah
and mudarabah and reducing or
eliminating the use of debt based financial instruments such as murabahah and ‘inah. This suggestion was quickly dismissed by Shaikh Nizam Yaqubi
as a dangerous proposition that will make IFIs impractical and miss the point
that IFIs are only part of the larger players of Islamic economy. On the
question Shariah compliance, the same Shaikh lamenting on the possibility of
non-compliance of certain practices namely that of tawarruq. While the principle of tawarruq is permissible in Islamic law, where it must be transacted
by three independent parties, in practice the independence of these
transactions are questionable, since it no notable transfer of property is
involved. The issue of government support is again raised in order to ensure
that Islamic finance is the dominant players in the economy. Example given is
that government should guarantee the payment of sukuk, as incentive to the public to invest through sukuk. Without such a support Islamic
finance will continue to remain in the periphery of national and global
financial system. On the other technical issue raised is the question of
beneficial ownership or known in arabic as milkiyyah
manfa‘iyyah whether it can be used as a principal in any given transaction
of IFIs. The reply given to this issue is that such a concept although might be
novel to the fiqh tradition, it is acceptable and view with approval by most of
the Shariah bodies around the world. The concept drew its substance from
principle of common law of leasehold in mortgage transaction and from this it
is extended to the practice of Islamic finance. The panelists are of the view
that there are some English law principles that of assistance to Islamic
finance which now have been assimilated or adopted. One of the most salient is
the principle of trust that makes the issuance of sukuk possible. Because this principle is not known in the civil
law which is the basis for the commercial law in Arab countries, there has been
some issues on the introduction of sukuk.
There is no general conclusion to the forum, except discussion on matters that
are already known and at least still being debated among the scholars of
Islamic finance. However it is a good platform to Shariah scholars particularly
from Malaysia to interact and discuss with scholars from overseas.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ulasan Buku: Ensiklopedia Perawatan Islam oleh Dr. Hj Abdullah Yusof Al-Kemachi (Puchong: MHCS Sercives, 2026).
Ulasan Buku: Ensiklopedia Perawatan Islam oleh Dr. Hj Abdullah Yusof Al-Kemachi (Puchong: MHCS Sercives, 2026, kulit nipis, 544 halaman). ...
-
Muhammad bin Salih bin ‘Uthaymin, ‘Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah , Direktorat Urusan Masjid Haram dan Masjid Nabawi, t.t. (48 hal...
-
Ulasan Artikel "The Juridical Theology of Shafi'i: Origins and Significance of Usul al-Fiqh" oleh George Makdisi, Studia Isla...
-
House ownership is no longer affordable to many common folks simply because the price is beyond the reach. One of the recent proposal to mak...



