Perspektif bertujuan memaparkan pandangan peribadi penulis terhadap pelbagai isu-isu semasa perundangan Islam bagi tujuan perbincangan dan perkongsian bersama. Perspektif is writer's view relating to contemporary issues in Islamic law for discussion and mutual sharing.
Saturday, 26 October 2024
Faktor Kesukaran Menghabiskan Agihan Zakat?
Mungkin berlaku kerana faktor pengurusan kewangan secara moden menggunakan budjet dan kaedah perakaunan.
Friday, 25 October 2024
Akta Halal Masih Jauh Lagi Perjalanannya
Ahmad Hidayat Buang
Sungguhpun demikian, akibat perubahan masa terdapat perbezaan dalam urusan halal ini dengan urusan keagamaan lain. Jika pada masa dahulu urusan halal dan haram adalah perkara keperluan persendirian umat Islam namun kini ianya sudah menjadi satu industri, satu bentuk perniagaan multinasional dan internasional. Urusannya lebih hampir kepada industri kewangan Islam. Oleh yang demikian meletakan urusan halal dalam situasi masa dahulu mungkin akan menjejas keberkesan urusannya dari segi proses, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang. Berbeza dengan urusan agama yang lain, urusan halal ini sejak dari dahulu lagi apabila melibatkan agensi-agensi kerajaan yang lain yang melibatkan import eskport barangan makanan diuruskan oleh pihak JAKIM. Apatah lagi untuk melindungi kemaslahatan masyarakat Islam daripada penyelewengan dan penyalahgunaan logo halal oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian mahu tidak mahu urusan halal ini perlu ditanggani oleh satu pihak di peringkat Pusat, khususnya apabila melibatkan pihak dari luar negara.
Memang tidak dinafikan bahawa pada masa kini pihak JAKIM bagi pihak kerajaan Pusat telah diberi tanggungjawab bagi menguruskan urusan halal seperti pengeluaran sijil dan penguatkuasaan logo halal. Namun tangunggjawab ini hanya berpunca daripada arahan eksekutif dan bukan daripada kuasa undang-undang melalui Akta tertentu. Ini adalah kerana urusan produk dan makanan halal di Malaysia melibatkan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) dan pihak kerajaan tempatan. Kementerian-kementerian dan jabatan ini mempunyai kuasa melalui akta mereka bagi menjalankan tanggungjawab dan fungsi masing-masing. Oleh yang demikian Akta Halal ini boleh memberikan JAKIM kuasa undang-undang yang dikehendakinya menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya dalam urusan halal. Memang tidak dapat dinafikan kerjasama yang erat telah diberikan oleh agensi kerajaan yang lain kepada JAKIM untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam perkara halal. Sebagai contoh Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan baru-baru ini telah mengiktiraf penggunaan logo halal JAKIM dan Majlis Agama Islam negeri sebagai logo halal yang boleh dipamerkan oleh badan perniagaan. Begitu juga kakitangan JAKIM dilantik sebagai pegawai penguatkuasa di bawah Akta berkenaan. Namun begitu Akta diletakkan di bawah KPDNKK.
Perlembagaan Malaysia telah digubal sejak 50 tahun yang lalu. Dalam tempoh masa itu kita melihat banyak pindaan telah dibuat kepada Perlembagaan. Tujuan pindaan ini dibuat adalah bagi menyesuaikan Perlembagaan berkenaan dengan perkembangan semasa. Sebagai contoh utama ialah pindaan kepada perkara 121 (1A) Perlembagaan Malaysia pada tahun 1988 terhadap bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar kes-kes yang berkaitan dengan undang-undang Islam secara eksklusif. Kita melihat selepas pindaan ini Mahkamah Syariah telah berkembang menjadi institusi agama Islam yang mantap dan kukuh. Persoalan halal haram dalam kerangka Perlembagaan mungkin sesuai pada masa dahulu. Dengan perkembangan perniagaan halal pada masa kini kerangka ini mungkin lagi tidak sesuai. Ramai pihak kurang selesa dengan pendekatan pindaan Perlembagaan ini bagi membolehkan penggubalan Akta Halal kerana melibatkan banyak perkara yang sensitif dan seterusnya menjadikan usaha yang murni ini sesuatu yang sukar terutama dalam keadaan politik semasa yang tidak menentu. Namun begitu didapati banyak perkara yang berkaitan dengan kemaslahatan umat Islam di Malaysia pada hari ini nampaknya bukan dihalang oleh kehendak masyarakat atau rakyat, dan bukan juga oleh pengaruh politik atau pemerintahan, tetapi halangannya banyak kepada aspek-aspek kuasa dan teknikal perundangan serta pentadbiran. Jika dilihat kepada pengalaman negara-negara Islam yang lain yang cuba untuk melaksanakan prinsip-prinsip Syariah dalam pemerintahan dan pentadbiran negara, kegagalan berlaku bukan kerana tiada kehendak atau peruntukan undang-undang, namun berpunca daripada kekurangan kepakaran dalam sistem pentadbiran yang menyokong usaha-usaha itu.
Tuesday, 22 October 2024
Wakaf, Takaful dan Skim Hybrid Persaraan
Sunday, 20 October 2024
Saturday, 19 October 2024
Friday, 18 October 2024
Friday, 11 October 2024
Sumbangan Buku Profesor Dr. Md Amin al-Jarumi
Pada 2hb Ogos 2024 yang lalu saya menerima kunjungan dari Profesor Dr. Md Amin Abdul Rahman al-Jarumi atau lebih dikenali dengan Profesor Amin al-Jarumi. Pertemuan berkenaan berlaku di kediaman saya di Desa Subang Permai Shah Alam pada sebelah pagi.
Di dalam pertemuan berkenaan Prof Dr. Amin telah menghadiahkan kepada saya empat buah buku karangan beliau iaitu:
1. Aplikasi Qawaid Fiqhiyyah Kuliyyah dan Dawabit Fiqhiyyah Dalam Pembuktian Islam, 2023
Buku ini mempunyai persamaan dengan buku karangan beliau yang diterbitkan pada tahun 2020 bertajuk Kaedah-Kaedah Fiqah dan Aplikasinya Dalam Dakwaan Syarie. Buku terbitan tahun 2020 ini telah diberi ulasan di dalam Jurnal Syariah pada tahun 2021.
2. Kaedah-Kaedah Fiqah Yang Utama, 2024
3. Keraguan al-Syubhah dan Pelaksanaannya Ke Atas Kes-Kes Kekeluargaan Islam dan Jenayah Syariyyah, 2024
4. Cetusan Minda Amin al-Jarumi, 2024
Kesemua buku-buku ini diterbitkan oleh Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah. Buku-buku ini terutama tiga yang pertama amat penting kepada pengamal undang-undang di Mahkamah Syariah baik sama ada peguam-peguam Syarie atau Hakim Syarie kerana ditulis secara spesifik bagi kegunaan di Mahkamah Syariah. Prof Dr. Md Amin al-Jarumi adalah juga hakim mahkamah rayuan Syariah negeri Kedah Darulaman di samping Prof di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (saya difahamkan kini beliau sudah bersara dari Universiti berkenaan). Ucapan tahniah dan syabas kepada Prof. Dr. Md Amin al-Jarumi di atas kejayaan menerbitkan buku-buku ini.
Sunday, 6 October 2024
Tugasan Profesor Pelawat di Fakultas Hukum, Universitas Brawijaya, Malang Indonesia 1-5 Oktober 2024
Kewajipan Sijil Halal Melalui Perlesenan Perniagaan?
Cadangan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan (MPKB) melalui laporan akhbar pada 28 Disember 2024 yang lalu untuk mewajibkan pemili...
-
Yang dimaksudkan dengan sekuriti makanan ialah keadaan di mana terdapatnya bekalan makanan yang mencukupi secara tetap dan makanan tersebu...
-
12 Mei 2017 (Balai Ilmu, APIUM) Forum ini diwacanakan oleh gabungan tiga ahli panel terdiri dari ahli akademik, pengamal sukan diving ...
-
Kealpaan Membawa Padah: Tidak Patuh Syariah pada akad Bai ‘Inah dalam Kes FLH ICT Services & Anor v. Malaysian Debt Ventures Bhd [2016...