Sunday 6 October 2024

Tugasan Profesor Pelawat di Fakultas Hukum, Universitas Brawijaya, Malang Indonesia 1-5 Oktober 2024

Menerima undangan sebagai profesor pelawat di Fakultas Hukum, Universitas Brawijaya, Malang Indonesia dari 1-5 Oktober 2024. Sepanjang tempoh pelantikan berkenaan diberikan tugas pengajaran kursus atau matakuliah "Comparative Commercial Laws: Modern, Arab Laws and Shariah" kepada pelajar ijazah pertama. Universitas Brawijaya ini adalah yang terbaik di Indonesia dan kemudahan pembelajarannya adalah sangat memuaskan. Turut dilantik bersama sebagai Profesor Pelawat ialah Profesor Datin Dr. Raihanah Abdullah yang diberi tugasan memberi syarahan kepada pelajar ijazah pertama mengenai hak-hak wanita dan keluarga. Terima kasih diucapkan kepada Prosefor Dekan, Timbalan Dekan, para dosen dan pelajar-pelajar yang melayan dan menerima kedatangan kami di Malang. Insya Allah jika ada peluang berjumpa lagi. Mohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan.


 





Berita lawatan juga turut dimuatkan dalam Istangram Fakultas Hukum, Universitas Brawijaya di pautan berikut:


No comments:

Post a Comment

Sumbangan Buku Profesor Dr. Md Amin al-Jarumi

Pada 2hb Ogos 2024 yang lalu saya menerima kunjungan dari Profesor Dr. Md Amin Abdul Rahman al-Jarumi atau lebih dikenali dengan Profesor Am...