Friday 11 October 2024

Sumbangan Buku Profesor Dr. Md Amin al-Jarumi

Pada 2hb Ogos 2024 yang lalu saya menerima kunjungan dari Profesor Dr. Md Amin Abdul Rahman al-Jarumi atau lebih dikenali dengan Profesor Amin al-Jarumi. Pertemuan berkenaan berlaku di kediaman saya di Desa Subang Permai Shah Alam pada sebelah pagi. 

Di dalam pertemuan berkenaan Prof Dr. Amin telah menghadiahkan kepada saya empat buah buku karangan beliau iaitu:

1. Aplikasi Qawaid Fiqhiyyah Kuliyyah dan Dawabit Fiqhiyyah Dalam Pembuktian Islam, 2023

Buku ini mempunyai persamaan dengan buku karangan beliau yang diterbitkan pada tahun 2020 bertajuk Kaedah-Kaedah Fiqah dan Aplikasinya Dalam Dakwaan Syarie. Buku terbitan tahun 2020 ini telah diberi ulasan di dalam Jurnal Syariah pada tahun 2021. 

2. Kaedah-Kaedah Fiqah Yang Utama, 2024

3. Keraguan al-Syubhah dan Pelaksanaannya Ke Atas Kes-Kes Kekeluargaan Islam dan Jenayah Syariyyah, 2024

4. Cetusan Minda Amin al-Jarumi, 2024

Kesemua buku-buku ini diterbitkan oleh Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah. Buku-buku ini terutama tiga yang pertama amat penting kepada pengamal undang-undang di Mahkamah Syariah baik sama ada peguam-peguam Syarie atau Hakim Syarie kerana ditulis secara spesifik bagi kegunaan di Mahkamah Syariah. Prof Dr. Md Amin al-Jarumi adalah juga hakim mahkamah rayuan Syariah negeri Kedah Darulaman di samping Prof di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (saya difahamkan kini beliau sudah bersara dari Universiti berkenaan). Ucapan tahniah dan syabas kepada Prof. Dr. Md Amin al-Jarumi di atas kejayaan menerbitkan buku-buku ini.








No comments:

Post a Comment

Sumbangan Buku Profesor Dr. Md Amin al-Jarumi

Pada 2hb Ogos 2024 yang lalu saya menerima kunjungan dari Profesor Dr. Md Amin Abdul Rahman al-Jarumi atau lebih dikenali dengan Profesor Am...