Living Inheritance boleh difahami secara umumnya seseorang yang telah mencapai umur pesaraan terus menyara atau mengeluar perbelanjaan kepada anak atau cucunya yang sudah mencapai umur pekerjaan. Boleh jadi juga seseorang itu menanggung anaknya yang masih belum dewasa, namun itu dianggap sebagai tanggungjawab. Persoalan ini timbul mungkin kerana keadaan ekonomi dan desakan hidup zaman moden yang menyebabkan anak atau cucu perlu bergantung kepada bantuan ibubapa mereka untuk meneruskan penghidupan. Dalam masyarakat Barat terutama di United Kingdom kajian mendapati satu daripada enam orang dewasa berumur dari 18-34 tahun tinggal bersama ibubapa mereka (http://www.dailymail.co.uk/news/article-2748629/Adult-children-staying-home-easy-life-84-parents-say-cooking-laundry-offspring.html). Perumahan yang mahal dan gaji yang rendah adalah faktor utama mengapa anak-anak dewasa ini (terutamanya lelaki yang dikenali sebagai boomerang children) terus tinggal bersama ibubapa mereka. Perkara ini mungkin banyak diwarnai oleh latarbelakang budaya dan agama masyarakat berkaitan. Dalam masyarakat Malaysia, terutama umat Islam, sudah tentulah perkara ini tidak akan dilihat sebagai satu isu, terutama untuk membantu anak-anak yang baru membina penghidupan mereka. Bahkan ia dilihat sebagai satu tanggungjawab atau pengorbanan demi kebahagiaan dan kejayaan anak-anak itu. Namun dari sisi yang lain, kajian mendapati tanggungjawab yang berterusan ini atau diistilahkan sebagai living inheritance akan menjejaskan keupayaan ibubapa yang akan atau telah mencapai umur pesaraan untuk mencapai impian dan hasrat mereka inginkan melalui wang dan harta yang telah dikumpulkan selama ini. Melalui kajian yang dibuat di United Kingdom mendapati 69% daripada pesara berpandangan mereka bersedia membantu anak-anak mereka di samping menikmati hasil simpanan mereka (http://www.thisismoney.co.uk/money/pensions/article-3059296/Will-splash-retirement-help-family-living-inheritance.html). Memandangkan isu nampaknya mula diperkatakan di Malaysia, langkah-langkah awal perlu difikirkan agar ianya tidak menjadi satu gejala yang boleh menjejaskan kualiti penghidupan pesara-pesara.
Perspektif bertujuan memaparkan pandangan peribadi penulis terhadap pelbagai isu-isu semasa perundangan Islam bagi tujuan perbincangan dan perkongsian bersama. Perspektif is writer's view relating to contemporary issues in Islamic law for discussion and mutual sharing.
Sunday, 24 May 2015
Saturday, 14 February 2015
Apakah itu Indeks Syariah?
Apakah itu Indeks
Syariah?
Dalam
dunia hari ini, terutama dalam masyarakat yang mementingkan sains dan
teknologi, sesuatu perkara itu hanya akan dapat diterima sebagai benar atau
tepat, sebagai berkualiti dan sebaliknya dengan menunjukkan nilaian yang dapat
dikira atau dikuatitikan (disebut dalam bahasa Inggeris sebagai quantify atau bahasa Arab dengan kamiyyah). Pada masa dahulu hanya
perkara yang bersifat fisikal atau monetari yang akan diberi perkiraan
berdasarkan kepada formula-formula metametik atau statistik tertentu bagi
tujuan mengukur atau membuat taksiran seperti banyak atau sedikit, turun atau
naik, kuat atau lemah dan sebagainya. Dengan perluasan dan kemajuan ilmu
pengetahuan serta keinginan untuk meningkat displin pengajian kemanusiaan
menjadi lebih saintifik beberapa kaedah pengukuran dan taksiran melalui formula
metametik dan statistik diperkenalkan terutama pada dekat 1990an dan secara
aktifnya selepas melenia baru. Pada masa sekarang kajian kemanusiaan yang
bersifat tulin sungguhpun masih ada, namun sudah dibayangi oleh kajian-kajian
serta penulisan yang disokong oleh data-data emperik yang menggunakan kaedah
pengukuran ini.
Salah
satu cara untuk menentukan apakah sesuatu perkara itu baik atau buruk ialah
melalui penetapan standard atau tandaras (benchmark) tertentu. Lazimnya skim
pemarkahan diberikan bagi menentukan tandaras ini seperti penggunaan skala
nominal atau gred. Pelbagai aspek sains sosial dan kemanusiaan pada masa kini,
termasuk pengajian Islam, telah menggunakan kaedah atau metod ini dalam
penyelidikan dan penulisan ilmiah bagi menyokong teori atau hipotesis serta
asumsi tertentu terutama untuk memahami gelagat dan faktor sesuatu fenomena
atau trend. Namun begitu untuk membolehkan sesuatu tandaras itu menjadi satu
indeks yang boleh dijadikan ukuran secara reliabel ianya perlu mengambil kira
angkubah-angkubah yang mempunyai kaitan serta kepentingan langsung dengan
indeks yang hendak dibentuk itu. Sebagai contoh indeks harga pengguna atau consumer price index akan mengambil kira
gelagat pengguna dalam pembelian barangan dan perkhidmatan. Tujuan indeks ini
adalah pelbagai iaitu namun secara utamanya ialah sebagai petunjuk ekonomi
sesebuah negara atau negeri. Maka, begitu juga keadaan yang sama kepada indeks
Syariah seperti yang dibangunkan oleh pihak JAKIM sebagai indikator kepada
tahap amalan Islami negara Malaysia.
Indeks
Syariah yang dibangunkan oleh pihak JAKIM adalah satu usaha untuk mengukur
tahap keseriusan pihak kerajaan dalam menepati piawaian Islam dalam dasar dan
programnya. Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan yang ada dalam
konteks berkenaan bagi tujuan penambahbaikan (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1107753). Indeks ini tidak boleh dikelirukan dengan indeks Syariah yang dibangunkan bagi tujuan pasaran saham atau kewangan yang sedia ada di beberapa negara ketika ini. Maksud piawaian Islam ialah
pengukuran mengikut maqasid Syariah yang lima iaitu memelihara agama, nyawa,
harta, keturunan dan minda dalam lapan domain keutamaan yang dipilih iaitu
perundangan, ekonomi, politik, pendidikan, budaya, kesihatan, sosial dan,
prasarana atau infrastuktur dan persekitaran. Bagi mereka yang sudah biasa
dengan penyelidikan tinggi, domain ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia
juga merupa tumpuan keutamaan yang diberikan dalam pentadbiran kerajaan. Angkubah
yang diambil kira semasa membentuk indeks ini ialah item-item yang boleh diukur
dalam perancangan serta pelaksanaan dasar kerajaan iaitu berasaskan formula
hubungan fungsi dengan maqasid Syariah iaitu seperti dasar/polisi, instrument,
kesungguhan politik, kepimpinan, sumber manusia, sistem perundangan Islam,
pendidikan agama, dakwah, mekanisme semak dan imbang, penerimaan masyarakat dan
sebagainya. Rasanya formula ini tidak banyak bezanya dengan kaedah pembentukan
indeks-indeks yang lain.
Sebagaimana dengan penggunaan indeks yang lain,
pengukuran indeks Syariah ini tidak akan terlepas daripada bias di mana
markah-markah yang diperoleh tidak boleh dilihat secara isolasi dari
faktor-faktor keagamaan, sosial, ekonomi dan politik yang lain. Sebagai contoh
indeks islamisiti (Islamicity Index)
yang cuba dibangunkan oleh beberapa sarjana di Universiti George Washington,
Amerika Syarikat boleh memberi gambaran yang kurang tepat apabila tidak sebuah
negara Islam pun berada dalam senarai 25 tertinggi (top 25) negara yang
menepati indeks berkenaan (http://english.astroawani.com/malaysia-news/islamicity-index-study-not-thorough-says-islamic-academic-37577). Ini adalah kerana indeks tersebut tidak melihat
elemen atau kriteria lain yang penting iaitu amalan keagamaan serta keimanan
semasa membuat pengukuran. Daripada apa yang dibentangkan didapati indeks
Syariah yang dibangunkan oleh pihak JAKIM nampaknya mengambil kira kedua-dua
aspek spiritual dan amalan. Sungguhpun demikian terdapat beberapa aspek yang
boleh dibincangkan dari segi skop pengumpulan maklumat. Sebagai contoh empat
negara telah dipilih untuk dilawati iaitu Indonesia, Pakistan, Turki dan Moroko.
Pihak urusetia mungkin mempunyai alasan tertentu memilih negara-negara
berkenaan. Moroko dipilih kerana mewakili negara Arab dan mungkin benua Afrika.
Mungkin akan ada orang bertanya mengapa tidak dipilih Arab Saudi atau salah
satu negara-negara teluk?
Monday, 29 September 2014
Questions from Islamic Banker Asia Magazine
Islamic Banker Asia Magazine posted me three questions as below on 29/9/2014. Immediately after the questions are my answers. I do not know what they want to do with the answers.
QUESTION 1:
Recently, we have heard a lot about the why it is advisable to bring Halal industry into the banking industry. This issue was mentioned during the recently held Global Islamic Finance Forum 2014. In your views, how this would help to raise integrity for both industries and pioneer inroads for Islamic finance, specifically into new emerging markets? And what role does Shari'a scholars such as yourself play in this initiative?
Answer:
With the desire to increase the assets of Islamic banking and finance, Halal industries which are hitherto produced and operated largely by large and multinational corporations (mostly owned by non-Muslim companies), it is a wise decision to create a symbiosis between the two. In my view it is more a kind of strategic financial planning rather a technical Syariah issue. But of course the measure is within the scope of the general purpose of the Shariah or maqasid. And as such it is upon the Muslim government to stimulate, nurture and if necessary introduce rules and laws to favour the collaboration and esprit de corps between these two economic agents.
QUESTION 2:
As we all aware, assets managed by the Islamic financial industry is currently about 1% of total banking assets globally and majority of the assets are concentrated in the muslim majority countries - such as the GCC. What steps should Islamic banks implement to attract and engage more non-Muslim entrepreneurs to utilise Islamic finance?
Answer:
To concentrate more on substance and purpose. To seek common grounds and maximise them, and to reduce differences and to minimise them. To elucidate benefits and advantages of Islamic finance based on practical efficiency and common sense with the emphasis of moral obligation to protect the society and world natural resources. In general there has always been a challenge for an economic system based on moral inclination to persuade the general public to participate in the system, because human generally including Muslims are attracted to material and physical rewards. Therefore the success of a moral economy cannot be measured through the same instruments or methodologies of material economy.
QUESTION 3:
Islamic finance requires greater linkages or connectivity in integrating it with global economy. One of the key enabler in facilitating the integration is the harmonisation of Islamic finance standards. In your opinion, is dis-harmonisation of standards still impeding the growth of the industry?
Answer:
This is an old-aged question as the result of globalisation and financial industries going international (to make more money) together with the so-called cross border transactions. Efforts have been made by many parties whether government or industries to calibrate and fine tune their differences in many aspects of government and businesses. In situation of economic equilibrium among states dis-harmonisation of standards could post as an impediment or difficulty to economy growth. But given the fact of economic disparities among states currently, financial and banking standards normally benefit rich and developed nations.
Tuesday, 16 September 2014
Ulasan Buku Dendang Perantau: Memoir Seorang Ahli Akademik
Sobri Salamon (2013). Dendang Perantau: Memoir Seorang Ahli Akademik. Bangi: Middle Eastern Muslim Graduates Association. 334 halaman (termasuk indeks).
Setakat yang saya tahu sudah terdapat dua tokoh lulusan timur tengah atau dengan lebih tepat lagi lulusan al-Azhar yang menulis memoir mereka bagi menceritakan pengalaman pahit manis sejak dari muda sehingga mereka mencipta nama sebagai tokoh-tokoh terkenal negara. Tulisan Dr. Sobri ini adalah buku ketiga selepas penerbitan memoir oleh Profesor Datuk Dr. Ismail Ibrahim dan Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad. Buku ini menceritakan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh penulis bagi memenuhi impiannya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sungguhpun dalam kesempitan kewangan serta lain-lain cabaran, namun semangat dan cita-cita untuk mencari ilmu tidak pernah padam atau kendur dari dirinya. Atas kesedaran untuk memajukan diri sendiri, keluarga dan masyarakat Dr. Sobri mengharungi semua itu sejak dari pengajiannya di Ihya al-Syarif Gunung Semanggol, Perak sehinggalah menjejak kaki di Mesir dan seterusnya berangkat ke New York Amerika Syarikat dengan hanya berbekalkan USD2. Kejayaan penulis mengharungi semua itu hanya dengan berbekalkan semangat dan cita-cita yang tekal membuktikan bahawa usaha yang gigih serta berani menghadapi cabaran boleh mengatasi segala masalah yang ada walaubagaimana besar sekalipun. Pun begitu buku ini banyak menyelit beberapa peristiwa penting pendidikan Islam tanah air, politik dan keadaan sosial timur tengah, sejarah UKM dan penubuhan Bank Islam. Namun yang mungkin berbeza ialah keadaan pendidikan Islam dan sosial masyarakat Melayu Jawa di Selangor diceritakan oleh penulis dalam bab-bab permulaan bukunya. Aspek ini bagi saya mungkin jarang diperkatakan apabila menyentuh sejarah pendidikan Islam di Malaysia, kerana sebagaimana yang kita tahu kebanyakan penulis banyak menumpu kepada negeri Kelantan dan Kedah sebagai pusat pengajian Islam di Tanah Melayu ketika itu. Sungguhpun kita sudah mengetahui sumbangan Ihya al-Syarif Gunung Semanggol dalam pendidikan Islam negara, namun Dr Sobri menceritakan bagaimana pengajian yang beliau ikuti di sana memberi kesan kepada pewatakan dan world viewnya terhadap Islam. Ini dapat dilihat dalam ulasannya terhadap pengajian Islam yang mana menurutnya perlu diberi pembaharuan supaya dapat diterjemahkan bagi menyelesai isu-isu semasa masyarakat dan negara. Buku ini menurut penulis merupakan permulaan dan akan mempunyai sambungannya dalam dua siri iaitu penulis sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Selangor dan sebagai penasihat Syariah Bank Islam. Didoakan agar Allah swt menganugerahkan kesihatan dan kelapangan kepada Dr. Sobri untuk menceritakan kepada kita pengalaman-pengalamannya di dalam memoir yang seterusnya.
Saturday, 13 September 2014
Peranan Sultan Dalam Pemilihan Menteri Besar Selangor: Kesinambungan Teori Siyasah
Apa
yang diutarakan oleh Profesor Shamrahayu melalui rencananya bertajuk Peranan
Sultan dalam kemelut MB Selangor yang disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia
pada 24 Ogos 2014 perlu direnungkan dalam konteks bagaimana Syariah Islam boleh
memainkan peranan dalam menyelesai kemelut yang dihadapi (rencana berkenaan
boleh diakses di http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140824/re_08/Peranan-Sultan-dalam-kemelut-MB-Selangor).
Sesuai dengan perkembangan semasa asas pemerintahan di Malaysia serta juga
sebahagian negara-negara Islam yang lain terutamanya Indonesia, Turki dan
Pakistan adalah demokrasi, iaitu pemilihan pemerintahan melalui suara majoriti
rakyat. Prinsip demokrasi ini nampaknya tidaklah dapat dipraktikkan dengan
berkesan dan lancar di negara-negara Arab. Bahkan kesemua negara-negara teluk
asas pemerintahan adalah kerajaan beraja secara mutlak. Namun begitu yang
membezakan Malaysia dengan negara-negara Islam yang lain ialah demokrasi
Malaysia menerima pakai sistem beraja. Secara mudahnya, jika dapat diterima
kesimpulan ini, sistem pemerintahan di Malaysia adalah campuran atau
perkahwinan antara sistem demokrasi moden dan sistem beraja. Sungguhpun sistem
demokrasi berasaskan kepada nilai-nilai kebebasan bersuara dan proses pemilihan
pemerintahan secara majoriti Barat, namun kebanyakan ahli politik Islam
menerima sistem ini kerana ianya tidak bercanggah dengan dasar-dasar
pemerintahan Islam, terutamanya dengan dasar pemilihan Khalifah Rasyidin yang
kesemuanya dipilih melalui suara ramai. Manakala sistem beraja pula diterima
oleh para ulama terdahulu dengan syarat bahawa pemimpin berkenaan menjalankan
pemerintahan dan pentadbiran secara adil berasaskan kepada Syariah serta
mendapat bai'ah daripada rakyat. Namun begitu dalam konteks Malaysia, sumber
tertinggi undang-undang adalah Perlembagaan Persekutuan dan diikuti dengan
Perlembagaan Negeri. Peruntukan undang-undang ini yang menyatakan secara
bertulis apakah syarat-syarat dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam
pemerintahan negara. Jika melihat kepada peruntukan Perlembagaan Negeri
Selangor, sebagai contoh, syarat utama pelantikan Menteri Besar ialah mendapat
sokongan majoriti ahli DUN serta perkenaan DYMM Sultan. Sebagaimana dengan
undang-undang bertulis yang lain, tidak semua perkara dinyatakan secara jelas
atau bertulis. Persoalan yang dikemukakan ialah bagaimanakan kita hendak
menjelaskan perkara-perkara itu dan seterusnya mencorakkan amalan serta
tafsiran undang-undang. Sebagai contoh tiga perkara telah ditimbulkan oleh
banyak pihak akibat ketiadaan peruntukan bertulis iaitu apakah seorang wanita
tidak layak menjadi Menteri Besar? seorang itu mesti warga negara asal dan
ianya mesti anak jati negeri berkenaan. Satu persoalan yang lebih penting ialah
peranan DYMM Sultan atau Raja dalam pelantikan Menteri Besar. Sudah tentu
pelantikan ini berasaskan kepada individu yang mendapat kepercayaan majoriti
ahli DUN dan dalam konteks ini parti politik yang mempunyai kerusi majoriti.
Namun begitu jika dalam keadaan di mana terdapat krisis sebagaimana yang
berlaku di Selangor pada masa kini, maka bagaimana keadaan ini perlu dijelaskan
atau diselesaikan? Dalam keadaan di mana peruntukan Perlembagaan tidak
menjelaskan penyelesaiannya apakah sumber yang perlu dirujuk? Bagi sebuah
negara yang mengamal sistem perundangan komon Inggeris, barangkali akan
terdapat hujah bahawa rujukan harus dibuat kepada tradisi undang-undang
tersebut. Namun begitu sebagaimana kata Prof Shamrahayu kita perlu merujuk
kepada sejarah dan tidak perlu meniru raja berperlembagaan yang diamalkan di
negara lain kerana ianya tidak sesuai dan berbeza dari segi sejarah dan hala
tuju negara. Oleh kerana sistem beraja di Malaysia berasaskan kepada sistem
kesultanan Melayu yang bertonggakan kepada perundangan Islam, maka sewajarnya
persoalan amalan yang tidak dinyatakan secara bertulis di dalam Perlembagaan
itu dirujuk kepada perundangan Islam. Dalam pemilihan Menteri Besar Selangor
DYMM Sultan sebagai satu instituisi pemerintahan, mengikut teori politik Islam
atau Siyasah Syar'iyyah bertindak sebagai ahli al-hall
wa 'aqd dalam menentukan siapakah yang layak menjadi menteri besar.
Oleh yang demikian pada pandangan saya apa yang dilakukan oleh Sultan
Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesai kemelut ini adalah sesuatu yang syarie
dan wajar disokong oleh semua pencinta undang-undang Islam di Malaysia.
Sungguhpun demikian dalam mencari jawapan atau penjelasan daripada perundangan
Islam, tidak semestinya kita terikat dengan tafsiran atau ijtihad ulama
terdahulu, bahkan para ulama dan ilmuan Islam Malaysia boleh membentuk satu
tafsiran yang sesuai dengan budaya dan masyarakat Malaysia serta mengambil kira
perkembangan semasa.
Sunday, 31 August 2014
Ulasan Artikel “Restoring the Ethical Basis of Finance” oleh Abdul Karim Abdullah (Leslie Terebessy)
Ulasan
Artikel “Restoring the Ethical Basis of Finance” oleh Abdul Karim Abdullah
(Leslie Terebessy), dalam Islam and
Civilisational Renewal, IAIS, volume 5, Number 1, January 2014, pp.84-95.
Artikel ini menekankan keperluan transformasi
sistem kewangan daripada yang bersifat pinjaman hutang berasaskan faedah kepada
perkongsian risiko yang dianggap lebih beretika. Penulis berpendapat bahawa
pengambilan pendapatan atau keuntungan dengan hanya meminjam wang adalah punca
kepada jurang perbezaan antara miskin dan kaya serta faktor berlakunya krisis
kewangan dunia terutama melalui pasaran hadapan atau hedging. Begitu juga penulis menggunakan alasan filosofis bagi
menolak amalan faedah bank sebagai tidak beretika kerana ia memberi pulangan
atau keuntungan kepada pemberi pinjam tanpa memberi apa-apa tukaran yang
mempunyai nilai samada dalam bentuk usaha atau perkongsian risiko (halaman 89).
Kesimpulan ini berasaskan kepada teori perundangan Islam yang menyatakan bahawa
wang bukanlah harta bagi membuat keuntungan kerana wang adalah medium
pertukaran harga semata-mata. Bagi penulis untuk melakukan perubahan dalam
amalan sistem kewangan konvensional dan juga sistem kewangan Islam yang banyak
meniru sistem kewangan konvensional perubahan dalam masyarakat dan pendidikan
adalah perlu bagi membangkit kesedaran peri pentingnya kewangan yang berasaskan
kepada perkongsian risiko. Perubahan dari segi sosial dan pendidikan ini akan
disusuli oleh perubahan dalam sistem perundangan yang pada akhirnya melarang
sistem kewangan atas dasar faedah. Bagi menggalakkan perubahan dalam minda dan
amalan masyarakat dan negara beberapa insentif perlu diperkenalkan antaranya
ialah memberi kelonggaran dalam percukaian kepada pihak yang ingin mengamalkan
sistem kewangan berasaskan risiko. Begitu juga perubahan dalam penawaran dan
permintaan dengan membenarkan pemilik rumah menjual harta mereka secara
berhutang. Mengikut penulis cara ini boleh mengurangkan kos perumahan dan
dengan itu meningkatkan permintaan.
Saturday, 16 August 2014
Animal's Right in Islamic Law
This is footnote I read from an article which I distributed to my students taking course IUEL4307 Fatwa and Islamic Law as their reading materials and quiz questions. The article written by Vardit Rispler-Chaim, entitled "Between Islamic Law and Science: Contemporary Muftis and Muslim Ethicists on Embryo and Stem Cells Research", published in Comparative Islamic Studies, volume 2.1 (2006) pp.27-50. The article deals with Islamic ethical and moral standards and rules with regards to the use of embryo and stem cell in research and medicine. The author concludes that Islamic ethics and rules permit the use embryo and stem cell (especially on the permissibility of legal abortion of the embryo) in research with certain restriction namely to protect the sanctity of live where in according to the Quran after the ensoulment of the embryo after 120 days of gestation. The quotation that I want to reproduce here is concerning of animal experimentation in scientific research whereby the author rightly pointed out that little has been written on the subject of animal rights in Islam.
"On Islamic attitudes to experiments on animals see Abul Fadl Mohsin Ebrahim, Islamic Guidelines on Animal Experimentation (Qualbert, S.A.: Islamic Medical Association of South Africa, 1992. Ebrahim claims that classical Islamic sources speak of animals in general, not of experiments on animals. According to Ebrahim, alleviating animals’ pain, and verifying that the experiment is indeed necessary and has the potential to save human life are among the most important considerations in assessing the permissibility of any such experiment. In a recent book by Richard C. Foltz, Animals in Islamic Tradition and Muslim Cultures(Oxford: Oneworld, 2006), the author claims that Muslim jurists today, when pronouncing their opinions on “animal rights,” still make use of Qur’an and Hadith citations, no more, or at best circulate a treatise published a century ago by the head jurist of Al-Azhar seminary and titled “Treatment of Animals in Islamic Law” [Al-Rifq bil-Hayawan fi al-Shari‘a al-Islamiyya] (43–44). The few exceptions, represented by the Indian B. A. Masri (1914–1993) and the Turkish Sufi master Said Nursi (1877–1960), who devotedly advocated animals rights, only prove, according to Foltz, that the subject has not been given enough thought by Muslim jurists so far (Chapter 5)" at p.43.
The above paper cutting is probably a way too much.
The above paper cutting is probably a way too much.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ulasan Buku: Ensiklopedia Perawatan Islam oleh Dr. Hj Abdullah Yusof Al-Kemachi (Puchong: MHCS Sercives, 2026).
Ulasan Buku: Ensiklopedia Perawatan Islam oleh Dr. Hj Abdullah Yusof Al-Kemachi (Puchong: MHCS Sercives, 2026, kulit nipis, 544 halaman). ...
-
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA & ORS v. SEORANG KANAK-KANAK & ORS; MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (INTERVENER) [2020] 4 CLJ 731 FED...
-
House ownership is no longer affordable to many common folks simply because the price is beyond the reach. One of the recent proposal to mak...
-
MAQSOOD AHMAD & ORS v. KETUA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA & ORS [2022] 2 CLJ 259 HIGH COURT MALAYA, SHAH ALAM VAZEER ALAM MYDIN MEER...





