Monday 4 December 2017

Ulasan Artikel: Aharon Layish (2014). Islamic Law in the Modern World: Nationalization, Islamization, Reinstatement. Islam Law and Society 21(3) 276-307

Ulasan Artikel: Aharon Layish (2014). Islamic Law in the Modern World: Nationalization, Islamization, Reinstatement. Islam Law and Society 21(3) 276-307

Banyak artikel telah ditulis mengenai tajuk ini oleh sarjana barat. Yang pertama pernah ditulis, barangkali ialah Joseph Schacht melalui artikelnya bertajuk Islamic Law in Contemporary States diterbitkan di dalam AJCL 1959 8(2) 133-147 (https://academic.oup.com/ajcl/article-abstract/8/2/133/2585752?redirectedFrom=PDF). Selepas itu banyak penulisan yang sama muncul, namun tidak dapat saya senaraikan di sini kerana itu bukan fokus tajuk di atas. Sungguhpun dalam kepelbagaian penulisan yang ada, artikel ini pada pandangan saya cuba untuk membuat kesimpulan secara menyeluruh terhadap pembaharuan undang-undang Shariah sejak dari zaman pemerintahan Uthmaniyyah sehingga kini. Oleh itu, artikel ini merupakan satu kesimpulan komprehensif terhadap kedudukan undang-undang Islam semasa mengikut perspektif pengkaji barat. Perkara ini sudah tentu amat berguna kepada para pengkaji dan pelajar yang mahukan analisis terkini mengenai perkembangan undang-undang Islam. Pun begitu, perspektif daripada sarjana Islam terutama dari golongan tradisi apatah lagi masyarakat umum Islam mungkin berbeza. Mengikut penulis perkembangan terkini undang-undang Islam adalah seperti berikut:

(1) Transformasi daripada undang-undang berbentuk jurisprudens yang dikembangkan oleh fuqaha' melalui penulisan fiqh kepada bentuk perundangan bertulis seperti statut, akta, enakmen dan sebagainya yang digubal dan diluluskan di Parlimen atau dewan perundangan. Perkara ini dikenali dengan kodifikasi undang-undang daripada sumber-sumber fiqh atau taqnin al-fiqh. Kesan daripada kodifikasi menyebabkan undang-undang Syariah menjadi positif dalam ertikata elemen-elemen etika keagamaan seperti hukum makruh atau sunat tidak lagi kelihatan. Oleh yang demikian elemen-elemen sunat dinaikkan taraf menjadi satu keperluan yang mesti dipatuhi. Begitu juga elemen-elemen yang dulunya tidak dianjurkan oleh agama atau makruh diangkat menjadi satu tegahan yang boleh dihukum oleh undang-undang. Sebagai contoh anjuran membayar wang ganti rugi atau mut'ah akibat perceraian melalui peruntukan undang-undang menjadi satu kewajipan kepada suami. Mengikut Muslehudin kodifikasi adalah cara berkesan dan cepat untuk melakukan perubahan hukum berbanding melalui cara pendidikan atau sosiolisasi perundangan.

(2) Ulama bukan lagi golongan yang dirujuk untuk menjelaskan undang-undang Syariah. Pada masa kini ianya sudah diuruskan sebahagiannya oleh ahli Parlimen yang meluluskan undang-undang, pihak pentadbir seperti kerajaan, menteri dan pegawai yang merangka undang-undang serta pihak Hakim dan peguam yang bertindak melaksanakan undang-undang berkenaan. Sudah tentu semua proses di atas mendapat nasihat dan kerjasama daripada ulama, namun mereka bukan lagi berseorangan melakukannya. Mengikut penulis rujukan undang-undang Syariah kepada ahli perundangan adalah akibat daripada kodifikasi undang-undang seperti di atas (h.280). Perkara ini sudah dibincangkan oleh Makdisi dan Hallaq yang menyatakan bahawa kepentingan golongan ulama dalam pemerintahan  telah berkurangan melalui modernisasi dan pengenalan sistem pemerintahan, ekonomi (pengantian sistem kewangan berasaskan wakaf kepada percukaian) dan pendidikan daripada barat . Kesemua sistem ini menganti sistem tradisi Islam yang mana pada satu masa dahulu didominasikan oleh golongan ulama. 

(3) Undang-undang Islam sudah menjadi sekular dan nasionalis melalui proses perundangan. Sebagai contoh undi ramai diperlukan bagi meluluskan atau menolak undang-undang berkenaan. Ia juga berbentuk kenegaraan atau nasional akibat lahirnya negara bangsa (nation-state) di kalangan umat Islam. Oleh itu, undang-undang Syariah sungguhpun diamalkan oleh kalangan mazhab yang sama akan berbeza dari segi kandungannya apabila terdapat perbezaan wilayah dan negara. Kaedah-kaedah penggubalan undang-undang juga mempunyai persamaan dengan kaedah sekular iaitu mementingkan kebolehan faedah atau sejauh mana kecekapan perundangan tersebut menyelesai masalah secara mudah, cepat, kos efektif serta kesan positifnya kepada masyarakat dan negara. Sungguhpun para ulama reformis tidak menamakan kaedah mereka sebagai utilatarianism atau liberalism bagi menjelaskan metodologi yang digunakan, namun pendekatan yang digunakan iaitu maqasid dan neo-ijtihad hermeunitik dalam menafsir nas-nas al-Quran dan al-Sunnah mempunyai persamaan dan kesan yang serupa dengan kaedah sekular (h.283). 

(4) Terdapat pengaruh atau kesan daripada Barat ke atas undang-undang Islam. Perkara ini mungkin kontroversi kerana pada masa dahulu terdapatnya dakwaan bahawa undang-undang Islam dipengaruhi oleh undang-undang romawi ditolak dengan lantang oleh penulis-penulis Islam seperti Muhammad Abu Zahrah, Yusuf Musa, Subhi Mahmasani dan Abd al-Karim Zaydan. Namun begitu pada pandangan saya, perkara ini bukan sesuatu yang negatif kerana tabiat undang-undang Islam itu sendiri berupaya untuk menyerap apa-apa sahaja elemen positif dari mana-mana sistem timur dan barat. Pun begitu undang-undang Islam tetap mempunyai nilai-nilainya yang sendiri seperti aspek-aspek keagamaan dan spritual yang mungkin tidak ada pada sistem perundangan yang lain. Mengikut Layish yang dimaksudkan pengaruh tersebut boleh disimpulkan kepada tiga perkara penting  iaitu: (a) Falsafah dan prinsip perundangan atau cara berfikir yang banyak meresap masuk kedalam perbincangan dan pelaksanaan perundangan, sebagai contoh sistem Mahkamah dan kodifikasi adalah meniru daripada barat. (b) Penubuhan institutsi kehakiman yang mempunyai rujukan atau persamaan dengan di Barat, sebagai contoh sistem hiraki Mahkamah dan sistem rayuan serta khidmat guaman dan (c) Kaedah perundangan yang meniru dari Barat baik dari segi bentuknya mahupun juga dari isinya, sebagai contoh Coulson and Ballantyne menunjukkan bahawa undang-undang Madani atau Sivil negara-negara Arab timur tengah berasaskan kepada undang-undang Eropah terutama Perancis (h.278).  

(5) Runtuhnya sistem kekeluargaan tradisi di negara-negara Islam. Ini adalah argumen penulis-penulis barat sebelum ini seperti Coulson dan Anderson apabila mereka membincangkan perubahan di dalam undang-undang perkahwinan, perceraian dan pusaka. Bagi mereka perubahan-perubahan yang berlaku di dalam undang-undang keluarga seperti larangan atau sekatan berpoligami, perkahwinan bawa umur, halangan kepada cerai secara talak dan perubahan dalam agihan pusaka seperti isteri dan anak perempuan berhak mendapat keutamaan daripada 'asabah seperti saudara dan bapak saudara simati merupakan kesan daripada perubahan sistem kekeluargaan ini. Dalam konteks ilmu sosiologi/antropologi, pada masa dahulu struktur sistem kekeluargaan adalah bersifat tribal dan ekstended, sedangkan masa kini keluarga adalah bersifat nuklius. Begitu juga sistem pendidikan yang bertambah baik menyebabkan penglibatan wanita yang lebih aktif dalam kegiatan sosial, ekonomi dan politik negara-negara Islam. Ini memberi kesan dan pengaruh yang besar kepada sistem kekeluargaan tradisi.

(6) Islamisasi beberapa bentuk amalan masyarakat dan menjadi sebahagian daripada hukum Syariah. Penulis seperti Hooker cuba menunjukkan bahawa undang-undang Syariah seperti yang dikembangkan di Nusantara Melayu adalah berbeza dengan hukum Islam di Asia Barat. Pemasukan elemen-elemen tempatan dalam jurisprudens hukum Islam menyebabkan wujudnya perbezaan dalam amalan dan orientasi masyarakat Islam seperti undang-undang perkahwinan dan muamalat serta juga ibadat. Contohnya berzikir dan berdoa beramai-ramai serta bersalaman selepas solat. Hooker bukanlah orang pertama menonjolkan elemen ini kerana Coulson sudah menulis sejak dari tahun 1965 menunjukkan bahawa elemen adat sentiasa menjadi rujukan penting dalam undang-undang Islam seperti amalan Khameesa di Moroko, harta sepencarian di Nusantara dan lain-lain lagi. Pun begitu tulisan Hooker bertujuan untuk mengkritik argumen sesetengah golongan yang mempercayai superimasi timur tengah dalam soal-soal hukum Syariah sebagaimana yang cuba dibawa oleh protagonis salafism.

(7) Pemakaian atau amalan undang-undang Islam di negara-negara bukan Islam. Yang dimaksudkan di sini ialah pelaksanaan di negara-negara bukan Islam Eropah dan Amerika termasuk juga di Australia, New Zealand, Jepun dan Korea. Ini adalah kerana kawasan-kawasan ini tidak mempunyai penduduk asli masyarakat berketurunan Islam sebagaimana di negara-negara bukan Islam yang lain seperti India, Rusia, China dan Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand dan Filipina. Secara umumnya pelaksanaan undang-undang Islam di kesemua kawasan ini dikenali sebagai undang-undang Islam minoriti. Bidang ini menimbulkan satu displin baru dalam undang-undang Islam dan dikenali sebagai fiqh aqalliyyat. Mengikut penulis, pelaksanaan undang-undang Islam dalam bentuk ini timbul akibat daripada faktor globalisasi yang menyaksikan migrasi penduduk Islam ke negara berkenaan serta juga pemelukan Islam penduduk negara berkenaan kepada Islam. Akibatnya terdapat beberapa ciri perbezaan antara undang-undang Islam yang diamalkan di negara-negara penduduk majoriti Islam dan minoriti Islam. Sebagai contoh perundingan mengenai pelaksanaan hukum-hukum Islam dibuat secara terbuka dan ruang kebebasan yang lebih dalam amalan seperti perkahwinan campur dan perkahwinan tidak terbubar akibat perbezaan agama dan sebagainya (281). 

Sunday 3 December 2017

Islamic State an Impossibility?

I was invited to a seminar by Faculty of Sharia and Law, UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta on 18th April 2012. I think this was the first time I visited Yogyakarta which is known as the culture capital of Indonesia. Probably because of the Borobudur and Kraton Palace where the Sultan of Yogyakarta still has an official position in the Indonesian politics that gave Yogya that title. One of the prominent western scholar invited was Professor Dr. Wael Hallaq. From what I know Prof Hallaq is a historian with focus on Islamic law. Thus his approach or methodology would be historical. Probably some faculties of UIN were Prof Hallaq's students that explain for his present here. Many Indonesian undertook sandwich studies program at MacGill University in Montreal, Canada where Prof Hallaq was sometime a Professor there. During the presentation given by Prof Hallaq, he confidently stated that Islamic state is not only an impossibility but also a contradiction to modern world for four reasons:

(1) Incompatibility with modern concept of constitutionalism with the stress on equal rights among its citizen without due regards to one's religion, freedom of expression and belief (right to choose), superiority of personal rights or choice etc among others.

(2) Legislature of modern state is a different concept from the Shariah in the sense that all citizens Muslim and non Muslim alike can participate.

(3) Globalization has changed dramatically, the world view of Shariah especially the concept of abode of peace and abode of war.

(4) The idea of modern corporation is anathema to the Islamic idea of fair economy where wealth is amassed by a few at the expense of many.

I am sure that for the protagonist of the Islamic state they will have answers for every details of the above reasons. But for me Islamic law must not be viewed solely or largely to its letters. When we limit ourselves to the expressed meaning of the letters of the law which are largely arrived at by cognitive process and confirmed later on through dogmatic principles such as ijma' of the scholars and taqlid, then probably Prof Hallaq's claim is true.

The mission of Islamic religion is both spiritual and moral. It is for the blessing or rahmat and mercy to human kind and universe (alam). Thus anything that is good for human kind, it is good in the eye of Allah. Islam moreover is the religion of change and progress with character of adaptability and flexibility. Combination of both I think will make Islamic Shariah dynamics and inclusive as well as responsive to the changing needs of the modern world. So the picture is not so gloomy after all!

Pengelakan secara sengaja menjawab soalan dari operator insurans boleh menyebabkan tuntutan pampasan dibatalkan

  CHONG LAI KENG v. PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BHD   [2024] 1 CLJ 293 HIGH COURT MALAYA, SHAH ALAM JAMHIRAH ALI JC [CIVIL SUIT NO: BA-22N...