Tuesday 28 November 2023

Syed Othman al-Habsi (1985). Program Mengemaskinikan Kewangan Baitul Mal. Occasional Papers Kulliyyah of Economics, IIUM.

Salinan kertas ini ada dalam simpanan saya sebagaimana pautan di bawah. Tidak pasti siapa yang memberinya. Namun saya rasa Almarhum Dr. Abd Aziz Hanafi yang mengedarkannya kepada kami semua semasa beliau mengendalikan kursus Zakat dan Baitulmal pada tahun 1986. Ketika itu saya berada di tahun 4. Ini adalah kursus baru yang diperkenalkan di Fakulti Syariah, Akademi Islam. Berbeza dengan kursus-kursus lain ianya disampaikan di dalam Bahasa Melayu. Jadi Dr. Abd Aziz Hanafi banyak menceritakan pelbagai cerita. Ada yang mengelikan hati. Semoga Allah swt menempatkan beliau di Syurga Firdaus bersama-sama Anbiya', Syuhada', Siddiqin dan Solihin. Amin.

https://drive.google.com/file/d/0B5Z-0S3541i3RWlXQkJKTW5CQ2F5Q1h3Qk5zWFQ1M21RcGs4/view?usp=drive_link&resourcekey=0-UHawtgS5M8-yLTLh_48cUg

Monday 27 November 2023

Undang-undang Sebagai Mekanisme Penyelesaian Pertikaian

 Undang-undang Sebagai Mekanisme Penyelesaian Pertikaian

Law as Dispute Resolution Mechanism


Kuliah Pada 7 Mac 2011



Bukan Penyelesaian Tapi Pengurusan Pertikaian


Pertikaian adalah perkara yang lumrah dalam penghidupan seharian manusia berpunca dari pelbagai faktor seperti ekonomi, politik, sosial dan juga emosi dan citarasa. Ini adalah kerana masyarakat dan negara berfungsi kerana perhubungan sesama manusia atau antara manusia dengan organisasi/kerajaan atau sesame organisasi/kerajaan.  Oleh itu amatlah mustahak pertikaian ini diselesaikan, kerana tanpa penyelesaian masyarakat dan negara tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Dalam masyarakat bertamaddun atau madani (civil society) penyelesaian pertikaian hendaklah dibuat secara yang teratur dan berlandaskan kepada nilai-nilai sejagat ataupun sekurang-kurangnya kepada nilai dan standard yang diterima oleh masyarakat berkenaan. Dalam hubungan ini sejak dari dahulu lagi undang-undang merupakan mekanisme yang utama dalam penyelesaian konflik. Tidak dinafikan terdapat pelbagai lagi cara atau keadah penyelesaian konflik dalam masyarakat dan negara namum undang-undang nampaknya menjadi asas utama penyelesaian kerana proses dan pendekatannya diterima dan diakui baik sama ada secara langsung/rasmi mahupun secara konvension. 


Memandangkan pendekatan undang-undang seperti yang dibincangkan di kuliah yang lalu bersifat menentukan hak serta melihat penyelesaian hanya kepada pertikaian yang dijadikan isu perundangan dan mementingkan keputusan sama ada salah atau benar, maka penyelesaian secara undang-undang dikatakan tidak menyelesai masalah atau pokok pertikaian secara memuaskan. Bahkan kadang-kadang penyelesaian undang akan menyebabkan bertambahnya lagi tekanan/persaingan/persengketaan. Sebagai contoh penyelesaian kes-kes kekeluargaan seperti perceraian atau hak jagaan anak tidak semestinya menyebabkan semua pihak berpuashati dan masalah kekeluargaan akan selesai. Namun pandangan ini mungkin tidak tepat memandangkan emosi manusia itu tidak akan atau sukar untuk menerima sesuatu yang tidak disukainya walaupun kehendaknya itu adalah sesuatu yang tidak wajar atau bertentangan dengan nilai masyarakat disekelilingnya. 


Disebabkan oleh kekurangan dari segi kepuasan ini ahli-ahli sosiologi perundangan tidak mengistilahkan mekanisme undang-undang sebagai penyelesaian pertikaian bahkan apa mereka menganggap apa cuba dilakukan oleh undang-undang untuk mengurangkan masalah atau tekanan daripada pertikaian daripada menjadi lebih parah melalui apa yang diistilah sebagai pengurusan konflik atau pertikaian (conflict regulation/management). Istilah dispute resolution juga dikenali dengan conflict resolution atau settlement.  Manakala istilah dispute proceeding merujuk kepada proses awal penyelesaian pertikaian manakala istilah conflict of laws bermaksud percanggahan undang-undang yang boleh menimbulkan konflik. Dalam perbincangan perundangan conflict laws merupakan satu displin jurisprudens yang mempunyai prinsip-prinsip tertentu. Berasaskan kepada huraian ini dapat difahamkan terdapat tiga elemen dalam penyelesaian pertikaian iaitu pengurusan atau pemprosesan pertikaian, (2) penyelesaian/penyuraian dan (3) kepuasan/pengentasan tension yang menjadi punca kepada pertikaian berkenaan.





Dispute

  1. Managed/Processed/Regulated






  1. Solved/Resolved/Settled






  1. Tension Released/Alleviated



Punca dan Tahap-tahap Konflik/Pertikaian


Punca kepada konflik atau pertikaian adalah rasa tidak puashati (grievance) atau penentangan (resentment) kepada pihak lain terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan hak atau tanggungjawab. Ia juga berpunca daripada persepsi bahawa keadilan tidak berlaku kepada diri seseorang akibat tindakan atau tinggalan seseorang atau pihak yang lain. Dalam pengajian sosio perundangan perasaan atau persepsi ini dikenali sebagai peringkat pra konflik (pre conflict stage). Di peringkat ini perasaan dan persepsi ini hanya terhad kepada satu pihak sahaja atau apa yang dikenali di peringkat monadic. Dalam sesetengah keadaan seperti yang akan dinyatakan nanti perasaan atau persepsi ini akan hilang atau diabaikan oleh pihak merasainya dan tiada konflik akan timbul sungguhpun ianya tidak bermakna masalah diselesaikan. Namun dalam banyak keadaan perasaan dan persepsi pihak yang menderitainya akan berhadapan dengan pihak kedua. Di peringkat ini berlakunya komunikasi antara dua pihak yang akan menzahirkan perkara-perkara yang selama ini dalam perasaan dan persepsi penderitanya. Di peringkat ini konfik dikatakan dyadic di mana pihak yang menderita akan berhadapan atau bersemuka dengan pihak yang dikatakan menjadi punca masalah untuk dizahirkan perasaan ketidakpuashatian tadi. Dalam sesetengah keadaan keazaman atau keberanian pihak yang menderita untuk berhadapan dengan pihak lain sudah merupakan satu perkara yang amat melegakan dan kadang-kadang boleh menjadikan penderita berpuashati dan tidak akan meneruskan lagi tindakannya. Oleh yang demikian dapatlah difahamkan bahawa tidak semua perselisihan faham akan membesar menjadi konflik atau pertikaian penuh (full blown dispute) kerana manusia yang mempunyai emosi dan naluri akan memilih jalan keluar yang tidak semestinya bersifat perundangan. 


Sekiranya konflik di peringkat dyadic ini tidak diselesaikan maka campur tangan pihak ketiga diperlukan untuk menyelesaikannya. Konflik antara kedua-dua pihak ini akan menjadi umum dengan penglibatan pihak ketiga ini atau apa yang dikenali sebagai triadic. Dalam konteks sosio-perundangan pihak ketiga ini terdiri daripada sesiapa sahaja baik secara formal atau tidak formal. Tumpuan kajian sosio perundangan ialah kepada penyelesaian masalah. Di peringkat triadic ini konflik antara pihak-pihak sudah menjadi pertikaian atau dispute yang perlu kepada penyelesaian. Cara dan bagaimana pertikaian ini diselesaikan bergantung kepada faktor-faktor sosial dan akses serta kewujudan institusi yang mengurus penyelesaian konflik. Sebagai contoh dalam masyarakat desa atau tradisional penyelesaian konflik lebih kepada saluran informal manakala dalam masyarakat kota atau moden penyelesaian konflik adalah secara mahkamah atau litigasi.


Monday 6 November 2023

Ulasan Buku Rahmah El Yunusiyyah: Sang Pendidik Bergelar Shaikhah Padang Panjang 1900-1969

Ulasan Buku Rahmah El Yunusiyyah: Sang Pendidik Bergelar Shaikhah Padang Panjang 1900-1969 oleh Aminuddin Rasyad, Leon Salim dan Isnaniah Saleh, Jakarta: Kompas Gramedia (2023), 302 halaman kulit nipis. 

  

Pada 1 November 2023 yang lalu genap ulang tahun ke100 Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia. Dalam Bahasa Arab institusi ini dikenali sebagai al-Madrasah al-Tarbiyyah lil Banat ditubuhkan oleh seorang perempuan yang masih muda namun mempunyai wawasan, keyakinan, keazamankecekalan serta keikhlasan untuk mendidik dan memberi ilmu kepada kaum wanita terutama anak-anak gadis. Usaha dan keazaman ini adalah sesuatu yang luar biasa ketika mana pada masa itu masyarakat Islam melihat pendidikan wanita tidak melebihi daripada tujuan farduayn. Namun keadaan dan suasana mental dan kefahaman masyarakat tidak menghalang keazaman sosok ini untuk mencapai hasratnya.


Itulah Shaykhah Rangkayo Rahmah El-Yunusiah, yang dilahirkan pada 19 Disember 1900 anak dari seorang ulama di Padang Panjang bernama Syeikh Muhammad Yunus. Beliau mempunyai persiapan minda dan ilmu untuk mencapai cita-cita tersebut yang di hadapannya terdapat pelbagai cabaran sukar. Namun begitu dengan keikhlasan dan kemurniaan niat untuk membantu dan memperbaiki masyarakat melalui pendidikan wanita yang berteraskan ajaran Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah beliau berjaya menghadapi segala dugaan tersebut. Ini adalah kerana beliau memahami betapa pentingnya pendidikan kepada seorang wanita sebagaimana kata-kata yang dipetik dari Profesor Dr. A. Mukti Ali (m.2004), Menteri Agama Indonesia ke-12 (1971-1978) iaitumendidik seorang lelaki adalah mendidik diri, tetapi mendidik seorang wanita adalah mendidik satu keluarga” (h.85). Dari wanita lahirnya keluarga dan darinya lahir masyarakat dan bangsa. Jika wanita itu berpengetahuan dan berkemahiran sudah tentulah anak bangsa yang dilahirkan itu adalah kuat dan bermutu. Perkara ini sudah dimaklumi dan menjadi asas atau teras di dalam pendidikan Islam. Namun dalam konteks perjuangan dan usaha Ibu Rahmah, sebagai tambahan kepada asas-asas ilmu pengetahuan pengajian Islam moden, penekanan diberikan bagi melahirkan wanita Islam yang berpendidikan sebagai ibu dan isteri rumahtangga adalah kepekaan sosial sebagai antithesis kepada kepekaan susila atau akhlak di dalam pendidikan Islam ketika itu.  

 

Fokus kepekaan sosial dalam pendidikan wanita Islam adalah seperti kehalusan budi pekerti dan kebijaksanaan mengurus keluarga. Kemahiran pengurusan yang diterapkan adalah seperti bercucuk tanam, masak memasak, jahit menjahit serta ilmu perubatan yang berkaitan wanita seperti kehamilan dan kelahiran/membesar anak. Dalam aspek pembinaan shakhsiyah diterapkan displin tinggal di asrama, pergaulan, tolong menolong, gotong royong, bantu membantu, toleransi, di samping pemantapan spiritual seperti solat jamaah dan tahajjud. Aspek kehalusan budi pekerti diterapkan melalui kemahiran tenun menenun dan sulam menyulam bagi membina kesabaran dan perancangan, termasuk juga kemahiran bermain alatan muzik dan nyanyian bagi membina bakat dan kreativiti (h.58). Namun apa yang lebih mengagumkan ialah daripada kemahiran-kemahiran halus (soft skills) beliau mengabungkannya dengan peranan dakwah kaum wanita dalam keluarga, masyarakat serta bangsa dan negara terutama kemahiran berpidato di

Penulis dan isteri bersama Ustazah Fauziah Fauzan, turut kelihatan
Puan Fadhilah Tsani, Penasihat Undang-undang Diniyyah
Puteri yang juga alumni JSU APIU
M
hadapan khalayak ramai yang merupakan sesuatu yang baru bagi wanita Muslim Nusantara. Terbukti kemahiran ini telah melahirkan ramai aktivis-aktivis wanita Muslim baik di Indonesia mahupun di Malaysia. Gagasan sebegini bagi pendidikan wanita Muslim tanpa soal adalah sesuatu yang revolusioner ketika itu. Ini sungguhpun ketika pembukaan abad ke20 masehi di Nusantara Tanah Melayu sudah terdapat pemodenan dalam pendidikan Islam bagi menganti pendidikan tradisi pondok atau pesantren melalui perubahan kurikulum pengajian yang mengabungkan antara tradisi dan ilmu-ilmu pengetahuan moden. Namun apa yang dilakukan oleh Ibu Rahmah ialah memfokuskan kepada pendidikan wanita, merupakan satu warna cemerlang dalam usaha-usaha pemodenan ini

  

Cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Ibu Rahmah bukan setakat dari masyarakat yang masih berpegang kepada cara-cara lama namun juga secara personal dan kewangan. Namun dengan keyakinan, semangattawakkal dan keikhlasan, institusi pendidikan yang diimpikan oleh Ibu Rahmah berjaya didirikan dan dilaksanakan. Sungguhpun pada tahap awal penubuhannya adalah amat sederhana sekali dengan bangunan beratapkan dan berdindingkan buluh serta berlantaikan tanah. Ibu Rahmah membina institusi pendidikan wanita ini secara bersendirian dengan bantuan masyarakat Islam yang simpati dengan aspirasinya. Pelbagai cabaran dihadapinya dari bencana alam yang memusnahkan bangunan perguruannya pada tahun 1926, perintah Mahkamah Belanda menyita bangunan sekolah pada tahun 1935 (h.22-23), perbuatan vandalism tapak bangunannya oleh elemen-elemen komunis pada tahun 1955 (h.171-172) serta lain-lainnya.


Sungguhpun berhadapan dengan cabaran dan dugaan ini, Ibu Rahmah sangat konsisten dengan objektif pendidikannya dengan menolak sebarang usaha dan cadangan untuk menguasai perguruannya melalui bantuan kewangan atau naungan organisasi yang lebih besar ataupun melalui ancaman serta ugutan. Beliau juga mempunyai prinsip untuk tidak mencampuripolitikdalam

Barisan orang kenamaan yang hadir, ditengah berbaju merah hati,
Wakil Presiden Indonesia ke-10 dan 11, Bapak Yusuf Kalla

pendidikan. Mengikut Harian Pelita (19 April 1983) Ibu Rahmah tidak ingin perguruannya berada di bawah naungan mana-mana organisasi politik atau keagamaan seperti PERMI atau Muhammadiyah kerana baginya perkara sedemikian boleh membahayakan tujuan pendidikannya (h.188). Namun ini tidak bermakna beliau menolak politik kerana Ibu Rahmah sendiri terlibat dengan politik sebagai anggota Parlimen Indonesia dari Parti Masyumi pada tahun 1955. 


Pendirian Ibu Rahmah yang tegas dan konsisten ini berjaya melahirkan lulusan yang bermutu yang menjadi pendidik di merata-rata tempat bukan sahaja di Indonesia bahkan juga ditempat-tempat terutama Malaysia. Memandangkan terdapat permintaan yang tinggi kepada tenaga-tenaga pengajar ini, kursus perguruan wanita Islam diperkenalkan pada tahun 1937 melalui penubuhan Kulliyatul Mu’allimat al-Islamiyyah (KMI) atau Sekolah Guru Puteri Islam (h.25-26). Kursus perguruan ini adalah tambahan selama tiga tahun selepas kursus tujuh tahun tiga tahap pengajian sekolah iaitu awalliyyah, ibtida’iyyah dan thanawiyyah. Kejayaan Ibu Rahmah dalam bidang perguruan wanita Islam ini telah menarik minat pihak Universiti al-Azhar Mesir yang ketika itu berhasrat untuk membuka peluang kepada kaum wanita untuk menyambung pengajian di universiti berkenaan akibat daripada dasar pemodenan Presiden Gamal Abdul Naser dalam bidang pendidikan. Sama ada berkebetulan atau tidak, sudah terdapat permintaan daripada pelajar wanita Tanah Melayu memohon menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar semenjak tahun 1950an lagi.


Penulisan bersama ALUMNI API di Majlis Sambutan Ulang
Tahun Seabad Diniyyah Puteri,Padang
Panjang pada 4 November 2023



Lantaran itu pada tahun 1955, Syeikhul al-Azhar Profesor Dr. Abdul Rahman Taj telah melawat Perguruan Diniyyah Puteri di Padang Panjang untuk berjumpa sendiri dengan Ibu Rahmah dalam rangka untuk melihat sendiri pendidikan wanita dalam pengajian Islam. Kedatangan Syeikhul al-Azhar sendiri ke institusi Ibu Rahmah adalah satu pengiktirafan yang bernilai dan berharga. Lawatan ini disusuli pula dengan undangan Universiti al-Azhar kepada Ibu Rahmah pada tahun 1956 di mana Senat Universiti al-Azhar telah menganugerahkan gelaran Shaykhah kepadanya (h.195). Sepanjang ingatan ini adalah satu-satunya gelaran yang pernah diberikan oleh Universiti al-Azhar kepada seorang wanita dari rantau Nusantara. Anugerah ini sesungguhnya adalah sesuatu yang istimewa serta pengiktirafan tertinggi terhadap usaha-usaha Ibu Rahmah dalam bidang pendidikan wanita Islam. Tidak syak lagi pembukaan fakulti pengajian di Universiti al-Azhar pada tahun 1962 adalah akibat tidak langsung daripada usaha-usaha yang dilakukan oleh Ibu Rahmah 

 

Dalam konteks Malaysia, Perguruan Diniyyah Puteri telah melahirkan beberapa tokoh tanahair dari pelbagai latarbelakang politik. Antara yang terkenal ialah Tan Sri Aishah Ghani (m.2013), Menteri Kebajikan Am, Puan Sri Datin Sri Sakinah Junid (m.2004), Ketua Dewan

Persembahan muzik modern tradisional oleh pelajar
Diniyyah Puteri
 
Muslimat PAS (juga isteri kepada YAB Menteri Besar Kelantan Tan Sri Dato’ Sri Asri Muda yang juga pejuang kemerdekaan Tanah Melayu di dalam AWAS bersama-sama dengan Tan Sri Aishah Ghani) dan Senator Hajah Salmah Sheikh Hussein, Ahli Dewan Negara wanita pertama dari PAS lantikan Yang DiPertuan Agong dari tahun 1975-1982 berasal dari Pulau Pinang. Beliau juga Ketua Dewan Muslimat PAS) (h.188 dan 204). Kelahiran tokoh-tokoh wanita di tanah air adalah bukti jelas hasil dan kesan pendidikan Diniyyah Puteri. Buku yang diulas ini juga melampirkan ucapan dari YAB Dato’ Asri Muda di halaman xxix-xxx dan petikan ucapan Tan Sri Datin Sri Sakinah Junid di halaman 114. Buku ini adalah kumpulan catatan-catatan penulisan serta ucapan-ucapan dari pelbagai pihak seperti ahli-ahli politik, akademis dan alumnus Perguruan Diniyyah Puteri. Ia juga mengandungi pelbagai gambar-gambar bersejarah serta dokumen-dokumen rasmi dan peribadi Ibu Rahmah yang membuktikan kesungguhan, keazaman, kecekalan serta keikhlasan beliau mengasas, memimpin, mendidik, berdakwah bagi pendidikan Islam khususnya bagi wanita. institusi yang beliau asaskan ini terus berdiri dan berkembang sehingga kehari dan menjadi antara sekolah terbaik di seluruh Indonesia.



Pengelakan secara sengaja menjawab soalan dari operator insurans boleh menyebabkan tuntutan pampasan dibatalkan

  CHONG LAI KENG v. PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BHD   [2024] 1 CLJ 293 HIGH COURT MALAYA, SHAH ALAM JAMHIRAH ALI JC [CIVIL SUIT NO: BA-22N...