Monday 14 September 2020

Pengajian Pusaka di Malaysia

Tajuk di atas artikel saya di dalam Buletin Lajnah Syariah dan Undang-undang Bil.1, Februari 2003, hh.6-7. Di bawah ini disertakan salinan PDF artikel berkenaan. Terima kasih kepada saudara Mohamad Affendy Junaidi (sekarang peguam Syarie di Brunei Darussalam), Pengerusi Lajnah JSU (sekarang dikenali dengan SALSOC) dan barisan kepimpinan Lajnah sesi 2002/2003 di atas usaha menerbit Buletin ini. Ketika itu masih belum ada media sosial seperti sekarang. Posting ini diharapkan dapat mendigitalkan beberapa usaha generasi pelajar JSU terdahulu.   









Thursday 3 September 2020

Persoalan Amanah Rahsia (Secret Trust)

Bagi orang bukan Islam, kedudukan amanah rahsia telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan melalui keputusan kes rayuan Chin Jhin Thien & Anor v. Chin Huat Yean & Anor [2020] 7 CLJ 137 baru-baru ini. Di dalam kes ini perayu/plaintif membantah keputusan mahkamah rayuan yang membenarkan rayuan responden/defendan mengenai kesahihan wasiat yang dibuat oleh simati. Mahkamah Persekutuan menolak rayuan berkenaan serta turut mengesahkan bahawa amanah rahsia yang dibuat oleh simati terpakai di Malaysia di bawah prinsip ekuti undang-undang Inggeris melalui peruntukan Akta Sivil 1956. Fakta kes ini ialah simati sebelum meninggal dunia membuat wasiat kepada abangnya (defendan/responden pertama) memberi kesemua hartanya kepada defendan. Si mati mempunyai tiga orang isteri. Selepas kematian simati, defendan berjaya mendapat surat tadbir wasiat atau probet. Anak simati daripada isteri pertama membantah pemberian probet ini dan memfailkan permohonan membatalkan wasiat tersebut dengan alasan simati tidak mempunyai kapasiti membuat wasiat dan terdapat keraguan semasa wasiat tersebut dibuat. Dalam pembelaan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi defendan menyatakan antaranya wasiat tersebut dibuat untuk kebajikan isteri kedua simati dan anak-anak mereka yang masih kecil secara rahsia. Mahkamah Tinggi menerima permohonan plaintif dengan menyatakan simati tidak mempunyai keupayaan membuat wasiat kerana dibuat ketika dia menderita akibat sakit barah buah pinggang sebelum meninggal dunia. Keputusan ini diubah oleh mahkamah rayuan dengan menyatakan tiada bukti yang kukuh dikemukakan bagi menyatakan keadaan mental simati tidak stabil semasa dia membuat wasiat berkenaan. Kes ini dirayu ke Mahkamah Persekutuan untuk menentukan beberapa persoalan antaranya ialah kedudukan amanah rahsia di Malaysia. Mahkamah mengambil peluang menjelaskan latar belakang sejarah dan rasional di sebalik kebenaran amanah rahsia ini iaitu melaksana niat simati yang ia tidak ingin masyarakat ramai mengetahuinya, sebagaimana dalam kes ini kebajikan isteri keduanya dan anak mereka. Isteri kedua simati juga merupakan kakak kepada isteri pertamanya. Mahkamah Rayuan juga menegaskan bahawa amanah rahsia ini tidak boleh dikaitkan dengan wasiat kerana ia adalah persetujuan di antara simati dan pemegang amanah iaitu defendan untuk menjalankan tugas menjaga kebajikan isteri kedua dan anak-anak mereka.

Sebagaimana yang dinyatakan di atas keputusan ini tidak menimbulkan persoalan kepada orang bukan Islam kerana mereka ditadbir oleh undang-undang statut dan perkara wasiat dan juga prinsip undang-undang Inggeris dalam perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam statut seperti kes di atas. Namun begitu bagi orang Islam apakah konsep amanah rahsia ini boleh terpakai kepada mereka. Dalam hukum wasiat, antara syarat utama yang perlu dijaga ialah larangan wasiat kepada waris dan tidak boleh melebihi satu pertiga harta dan tujuan wasiat itu bukan sesuatu yang dilarang syarak. Oleh demikian nampaknya tidak ada sebarang masalah jika seorang Muslim membuat suatu wasiat kepada seseorang supaya hartanya diagihkan kepada seseorang yang lain secara rahsia jika tidak melanggar syarat-syarat di atas. Persoalannya apakah pemberian seseorang Muslim kepada anak luar nikahnya secara rahsia melalui wasiat selepas kematiannya boleh dianggap sebagai maksiat dan oleh itu wasiat berkenaan tidak sah? Saya rasa tidak, kerana tiada bezanya pemberian tersebut kepada anak orang lain yang tidak sah taraf, bahkan terlebih afdal dia membantu anak luar nikahnya. Tambahan pula agama Islam menyeru supaya keaiban seseorang itu ditutup.


CHIN JHIN THIEN & ANOR v. CHIN HUAT YEAN & ANOR [2020] 7 CLJ 137
FEDERAL COURT, PUTRAJAYA
MOHD ZAWAWI SALLEH FCJ; IDRUS HARUN FCJ; NALLINI PATHMANATHAN FCJ;
ZALEHA YUSOF FCJ; HASNAH MOHAMMED HASHIM FCJ
[CIVIL APPEAL NO: 02(f)-29-04-2019(P)]
07 JULY 2020
[2020] CLJ (JT4)

The doctrine of secret trust which enables a testator to direct vide his will the disposition of his property upon his death to a 'legatee' to hold it on trust for an unnamed or a secret beneficiary is statutorily applicable in Malaysia, bearing in mind the purport of s. 3(1) of the Civil Law Act 1956, the Wills Act 1959 and the fact that the concept has never been explicitly abrogated by any of our statutes or Acts of Parliament. The doctrine does not offend public policy and is consistent with the fundamental human right of privacy, and the Wills Act, it ought to be noted, protects the testamentary freedom of testators. Another justification for its enforcement is that it is made outside and independently of the will, having arisen from the independent obligation as so accepted by the trustee. It follows therefore that if the testator is of sound mind, memory and understanding, and has not been shown to have been suffering from any testamentary incapacity, such as the testator in this case, it would not be right to deny him his agreement with his trustee and with it his right and desire to make dispositions to his sons through his marriage to his second wife, and nor would it be realistic for the court to uphold a strict reading of the statutes so as to allow the trust to fail.

SUCCESSION
Probate - Will - Validity - Allegation that will made was secret trust - Whether testator had testamentary capacity to make will before death - Whether requirements for formality of valid will satisfied - Whether will a secret trust - Whether will contradictory to Wills Act 1959 and/or against public policy - Whether will valid and ought to be given effect

TRUSTS
Secret trust - Will - Allegation that will made was secret trust - Whether requirements for formality of valid will satisfied - Whether will a secret trust - Whether concept of secret trust applicable to Malaysia - Whether secret trust abrogated in Malaysia - Whether secret trust applicable in cases involving issue of testamentary capacity of testator - Whether secret trust contradictory to Wills Act 1959 and/or against public policy

https://mail.google.com/mail/u/0/?tab=rm&ogbl#inbox/FMfcgxwJXLfplnXtvMhMsCchzXsPkHxM


Pengelakan secara sengaja menjawab soalan dari operator insurans boleh menyebabkan tuntutan pampasan dibatalkan

  CHONG LAI KENG v. PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BHD   [2024] 1 CLJ 293 HIGH COURT MALAYA, SHAH ALAM JAMHIRAH ALI JC [CIVIL SUIT NO: BA-22N...