Thursday 31 July 2014

Mutiara al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

 فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ ۖ وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ ۚ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ ۚ
Surah Muhammad ayat 38.
Bakhil di sini bermaksud tidak mahu melakukan kebaikan dengan berbelanja di jalan Allah, maka orang yang sebegini akibatnya kembali kepada dirinya sendiri iaitu dengan tidak mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah swt.

وَمَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ ۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
Surah al-Najm ayat 29.
Ayat ini merujuk kepada perbuatan orang kafir yang mempercayai bahawa malaikat itu anak perempuan Allah atau malaikat itu perempuan. Kepercayaan mereka itu tidak berasaskan kepada ilmu yang jelas dan benar bahkan kepada zan atau sangkaan semata. Sangkaan itu tidak boleh mengatasi kebenaran atau hak yang berasaskan kepada ilmu yang jelas dan benar.

No comments:

Post a Comment

Pengelakan secara sengaja menjawab soalan dari operator insurans boleh menyebabkan tuntutan pampasan dibatalkan

  CHONG LAI KENG v. PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BHD   [2024] 1 CLJ 293 HIGH COURT MALAYA, SHAH ALAM JAMHIRAH ALI JC [CIVIL SUIT NO: BA-22N...