Sunday 24 May 2015

Apa Masalah Dengan "Living Inheritance"

Living Inheritance boleh difahami secara umumnya seseorang yang telah mencapai umur pesaraan terus menyara atau mengeluar perbelanjaan kepada anak atau cucunya yang sudah mencapai umur pekerjaan. Boleh jadi juga seseorang itu menanggung anaknya yang masih belum dewasa, namun itu dianggap sebagai tanggungjawab. Persoalan ini timbul mungkin kerana keadaan ekonomi dan desakan hidup zaman moden yang menyebabkan anak atau cucu perlu bergantung kepada bantuan ibubapa mereka untuk meneruskan penghidupan. Dalam masyarakat Barat terutama di United Kingdom kajian mendapati satu daripada enam orang dewasa berumur dari 18-34 tahun tinggal bersama ibubapa mereka (http://www.dailymail.co.uk/news/article-2748629/Adult-children-staying-home-easy-life-84-parents-say-cooking-laundry-offspring.html). Perumahan yang mahal dan gaji yang rendah adalah faktor utama mengapa anak-anak dewasa ini (terutamanya lelaki yang dikenali sebagai boomerang children) terus tinggal bersama ibubapa mereka. Perkara ini mungkin banyak diwarnai oleh latarbelakang budaya dan agama masyarakat berkaitan. Dalam masyarakat Malaysia, terutama umat Islam, sudah tentulah perkara ini tidak akan dilihat sebagai satu isu, terutama untuk membantu anak-anak yang baru membina penghidupan mereka. Bahkan ia dilihat sebagai satu tanggungjawab atau pengorbanan demi kebahagiaan dan kejayaan anak-anak itu. Namun dari sisi yang lain, kajian mendapati tanggungjawab yang berterusan ini atau diistilahkan sebagai living inheritance akan menjejaskan keupayaan ibubapa yang akan atau telah mencapai umur pesaraan untuk mencapai impian dan hasrat mereka inginkan melalui wang dan harta yang telah dikumpulkan selama ini. Melalui kajian yang dibuat di United Kingdom mendapati 69% daripada pesara berpandangan mereka bersedia membantu anak-anak mereka di samping menikmati hasil simpanan mereka (http://www.thisismoney.co.uk/money/pensions/article-3059296/Will-splash-retirement-help-family-living-inheritance.html). Memandangkan isu nampaknya mula diperkatakan di Malaysia, langkah-langkah awal perlu difikirkan agar ianya tidak menjadi satu gejala yang boleh menjejaskan kualiti penghidupan pesara-pesara.

No comments:

Post a Comment

Pengelakan secara sengaja menjawab soalan dari operator insurans boleh menyebabkan tuntutan pampasan dibatalkan

  CHONG LAI KENG v. PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BHD   [2024] 1 CLJ 293 HIGH COURT MALAYA, SHAH ALAM JAMHIRAH ALI JC [CIVIL SUIT NO: BA-22N...