Friday 14 August 2020

Keputusan Kes He-Con Sdn Bhd v. Bulyah Ishak Memperkukuhkan Perbankan Islam Malaysia?

HE-CON SDN BHD v. BULYAH ISHAK & ANOR AND ANOTHER APPEAL [2020] 7 CLJ 271 FEDERAL COURT, PUTRAJAYA

Di dalam kes rayuan ini pemaju perumahan telah mencagar kepada bank rumah yang dijualnya kepada pembeli di mana bayaran telah dibuat secara penuh. Mahkamah memutuskan jika bayaran penuh telah dibuat oleh pembeli, sekalipun pendaftaran rumah tersebut masih di atas nama penjual, ia dilarang untuk melakukan apa-apa transaksi ke atas harta berkenaan. Pada ketika itu penjual telah menjadi sebagai seorang pemegang amanah harta berkenaan. Tidak dipastikan apakah kedudukannya jika pembeli belum membuat pembayaran apakah boleh penjual membuat apa-apa transaksi kepada harta berkenaan, kerana keputusan mahkamah adalah spesifik kepada harta yang telah dibayar secara penuh. Jika kes ini dirayu mengikut undang-undang Islam, keputusan yang sama akan diberikan. Ini adalah berdasarkan kepada prinsip akad telah sempurna apabila berlaku ijab dan qabul dan pertukaran salah satu barangan atau harga. Pegangan kepada harta atau qabd, jika belum berlaku tidak memberi hak kepada penjual untuk melakukan apa-apa transaksi tanpa kebenaran pembeli. Pada saat ini, penjual akan menjadi pemegang amanah kepada harta berkenaan. Keputusan kes ini juga menguatkan lagi urusan transaksi perbankan Islam yang menggunakan prinsip jual beli terutama tawarruq, murabahah, bba dan 'inah, termasuk juga AITAB. Sungguhpun tidak berlaku pertukaran pendaftaran nama pemilikan secara rasmi, namun apabila berlakunya pembayaran pembeli mempunyai beneficial interest atau beneficial owner kepada harta berkenaan. Adalah dimaklumi di dalam transaksi jual perbankan Islam, penjualan berlaku secara kontrak tanpa melalui apa-apa proses pindah milik mengikut prosedur perundangan seperti Kanun Tanah Negara dan sebagainya. Nampaknya melalui kes ini konsep beneficial interest atau ownership diperkukuhkan melalui kes ini. Oleh yang demikian pendaftaran hakmilik bukan lagi pendalihan atau justifikasi bagi kesahihan sesuatu urusaniaga sekiranya terdapat urusaniaga lain yang dilakukan seperti pembayaran penuh pembelian harta berkenaan. Sungguhpun perkara ini sudah diselesaikan lama dahulu, keputusan ini sebagaimana yang dinyatakan di atas memperkukuhkan transaksi kewangan Islam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Pengelakan secara sengaja menjawab soalan dari operator insurans boleh menyebabkan tuntutan pampasan dibatalkan

  CHONG LAI KENG v. PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BHD   [2024] 1 CLJ 293 HIGH COURT MALAYA, SHAH ALAM JAMHIRAH ALI JC [CIVIL SUIT NO: BA-22N...