Tuesday 5 April 2016

Sudahpun Radikal Sebelum Menjadi Religius

Di bawah ini adalah beberapa petikan artikel ditulis oleh Fareed Zakaria yang disiarkan dalam New Straits Times pada 2 April 2016 (dalam tulisan berat biru). Di bawah setiap petikan itu diberikan sedikit ulasan saya sendiri.

"Today's terrorists are not religious extremists who became radicals, but radicals who became religious extremists"

Kebanyakan pelampau agama jika dikaji latarbelakang mereka tidak mempunyai asas pengajian Islam. Mereka kebanyakannya terpengaruh dengan bahan bacaan atau ceramah dari elemen ekstrimism. Masalahnya mereka menjadi begitu fanatik dengan dakyah yang mereka baca atau dengar dan menganggapnya itulah satu-satunya kebenaran di dalam Islam. Mereka tidak faham apa yang dikatakan perbezaan pandangan dan tafsiran di dalam memahami nas-nas Syariah. Bagi mereka apa sahaja yang berbeza dengan kefahaman golongan mereka adalah tidak Islamik. Oleh yang demikian ada sarjana yang menamakan mereka sebagai Khawarij moden. 

"Their radicalisation arises around the fantasy of heroism, violence and death, not of Syariah and utopia"

Ini tidak memeranjatkan kerana mereka tidak mempunyai kefahaman kepada ajaran Syariah. Bagi mereka khayalan serta idealism melalui jihad yang dianggap sebagai jalan pendek untuk ke syurga.

"These people are unsure of their identity rooted in neither the old country or the new. They face discrimination and exclusion. And in this context, they choose a life of rebellion, crime and then the ultimate adventure, jihad"

"Belgium issues ... gap in education and unemployment between natives and immigrants is higher in Belgium than any where else in Europe ... Belgium has a particularly poor record of assimilation..."

Sudah banyak kajian dibuat menyatakan faktor ekonomi, krisis identiti dan diskriminasi dalam pendidikan dan pekerjaan bukan sahaja di negara-negara maju bahkan di negara-negara Islam sendiri merupakan faktor-faktor yang menyerapnya gejala radikalism dan pelampau agama di kalangan golongan muda Islam. Mereka lupa ajaran Islam yang menyeru kepada perdamaian, kesejahteraan dan pembangunan.

"A new kind of terrorist, one who is less drawn into terrorism through religion but rather who has chosen the path of terror as the ultimate act of rebellion against the modern world - and who then finds an ideology that can justify his desires"

Cara mudah untuk menarik golongan muda menentangkan apa-apa sahaja nilai moden apatah lagi yang dianggap sebagai sekular ialah slogan pelaksanaan Syariah dan dawlah islamiyyah. Kelemahan ini digunakan sepenuhnya oleh elemen-elemen keganasan untuk kepentingan mereka. Ini termasuk agensi-agensi rahsia Barat sendiri yang menggunakan peluang ini untuk melebarkan kepentingan mereka terutama di Asia Barat.

"Muslims have to battle and eradicate the cancer in their midst, that is radical Islam"

Pelbagai cara telah dicadangkan dan telahpun diambil. Mungkin benar atau tidak, namun cara-cara yang bertentangan dengan kaedah pengajian Islam tradisi melalui tuduhan bid'ah dan tidak berasaskan sunnah perlu ditanggani. Ini adalah kerana sudah terbukti cara-cara atau pendekatan berkenaan memberikan keburukan dan kesan negatif kepada umat Islam sebagaimana yang jelas berlaku di Libya, Mesir, Syria dan Iraq. Benar, terdapat perlbagai dinamika lain yang bermain menyumbang kepada krisis berkenaan, namun jelas kaedah pengajian tradisi Islam yang berasaskan kepada kesederhanaan, mantiq, falsafah dan tasauf serta rasional (melalui qiyas dan lain-lain kaedah taakulan) merupakan benteng utama untuk meroboh apa yang dikatakan sebagai radikal Islam.   




No comments:

Post a Comment

Pengelakan secara sengaja menjawab soalan dari operator insurans boleh menyebabkan tuntutan pampasan dibatalkan

  CHONG LAI KENG v. PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BHD   [2024] 1 CLJ 293 HIGH COURT MALAYA, SHAH ALAM JAMHIRAH ALI JC [CIVIL SUIT NO: BA-22N...